Ahad, 12 Februari 2023

MAIN KTU - KINI PELABUAN



Sapiza extra saving: 6 wanita antara 8 individu ditahan

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu disyaki terlibat dalam skim penipuan sapiza extra saving di empat negeri menerusi serbuan pada 27 Januari lepas.

Setiausaha PDRM Noorsiah Saaduddin berkata kesemua mereka terdiri daripada enam wanita dan dua lelaki berusia antara 31 dan 37 tahun.

Beliau berkata serbuan turut merampas sebuah kenderaan mewah, beberapa kad mesin juruwang automatik (ATM), telefon bimbit pelbagai jenama dan dokumen dipercayai digunakan dalam kegiatan itu.

“PDRM menerima 116 laporan di seluruh negara berhubung skim penipuan berkenaan yang melibatkan kerugian dianggar RM4.43 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noorsiah siasatan awal mendapati skim itu mula aktif sejak 2015 dengan menawarkan simpanan berasaskan ‘permainan kutu’.

Beliau berkata ia bermula pada 2021 apabila skim tersebut mula menawarkan beberapa pelan simpanan baharu iaitu serendah RM250 hingga RM20,000 merangkumi tempoh simpanan antara dua dan lima bulan.

“Sebagai tambahan, skim baharu yang ditawarkan turut menjanjikan keuntungan sebanyak 15 hingga 40 peratus daripada jumlah wang disimpan bagaimanapun, sejak Oktober 2022, pengendali skim simpanan ini didapati mulai gagal untuk melunaskan pembayaran keuntungan kepada peserta,” katanya.

Noorsiah berkata dalam usaha untuk membanteras kegiatan penipuan seumpama itu, PDRM mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan melakukan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan. – Bernama, 12 Februari, 2023.


WOIT

KAH KAH KAH

DULU ADA

PAK MAN TELO

KAH KAH KAH

SELAGI ADA

MAT BANGANG

MINAH BANGANG

YANG TAMAK

MAKA PAT MAN TELO

AKAN TERUS WUJUD

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro, yg tahu kisah pak man telo sumernya usia 60an. Masa tu takde internet takde smartfon tp pak man telo main labu peram je pun ramai yg kena tipu. Pak man telo ke scammer ke bukannya dorang sangat bijak tp mangsa yg terlebih mangkuk.