Ahad, 12 Februari 2023

CONTOH PEMIMPIN. CHINA YANG WARAS


Kita kerajaan bukan lagi pembangkang, kata Loke kepada ahli DAP

SETIAUSAHA Agung DAP Anthony Loke memberi pesanan kepada ahli partinya supaya mengubah pemikiran mereka daripada pembangkang kepada kerajaan pemerintah.

Beliau yang juga menteri pengangkutan dan Kerajaan Perpaduan berkata DAP tidak lagi boleh berkelakuan seperti pembangkang kerana ia adalah parti dalam kerajaan sekarang.

“Kita adalah parti pemerintah bukan hanya di peringkat persekutuan tetapi juga di banyak negeri.

“Jadi kita perlu ada anjakan paradigma sebagai parti pemerintah. Kerana sebagai kerajaan, peranan kita adalah menguruskan negara dan menyelesaikan masalah, bukan hanya membangkitkan isu,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas DAP menerima kecaman hebat termasuk daripada parti komponen Pakatan Harapan susulan kenyataan dikeluarkan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy.

Dalam satu hantaran di Facebook, Ramasamy menggesa kerajaan melaksanakan reformasi sektor awam yang didakwanya didominasi orang Melayu.

Ramasamy berkata perbahasan penglibatan ramai Melayu dalam sektor awam bagi mengimbangi dominasi Cina dalam sektor ekonomi seperti digariskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sudah tidak lagi relevan.

Beliau juga berkata yang dasar perkauman seperti itu tidak lagi boleh dipertahankan terutama dalam Kerajaan Perpaduan sekarang.

Disebabkan itu, beliau menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menangani isu itu dan memastikan perkhidmatan awam mencerminkan komposisi kaum negara ini.

Anwar bagaimanapun semalam memberi jaminan yang kerajaan tidak bercadang menangani isu dominasi Melayu dalam sektor awam kerana Putrajaya menganggapnya bukan satu masalah.

Loke bagaimanapun berterima kasih kepada pemimpin parti komponen PH atas pandangan mereka terhadap isu tersebut, tetapi berkata DAP mempunyai cara tersendiri untuk menanganinya.

“Apa sahaja pandangan diberikan kawan (sekutu), saya berterima kasih. Tetapi DAP mempunyai cara sendiri menangani isu dalaman kami.

“Kami mempunyai cara sendiri dalam parti kami. Kami akan menangani sebarang isu menggunakan saluran dan pendekatan DAP,” kata Loke lagi.

Kenyataan Ramasamy itu mencetuskan kecaman ramai termasuk Ketua Pemuda Amanah yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan yang menggesa DAP memecat Ramasamy.

“Saya percaya DAP perlu berbuat sesuatu kerana ini bukan kali pertama kenyataan sedemikian dikeluarkannya (Ramasamy) yang menyusahkan DAP.

“Tindakan paling wajar bagi saya adalah memecatnya sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang kerana saya percaya ramai lagi pemimpin lain yang lebih cekap boleh dilantik ke jawatan itu,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Tambah Mohd Sany lagi, Ramasamy cuba menjadi “hero” dengan publisiti murahan.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang Abshar Nurasyra juga mendesak Ramasamy dikenakan tindakan.

Katanyanya, Ramasamy kini menjadi liabiliti Pakatan Harapan kerana sering mengeluarkan kenyataan kontroversi yang tidak memberi manfaat kepada kerajaan, rakyat dan negara. – 12 Februari, 2023.

WOIT

ANTONI LOKE

CONTOH PEMIMPIN

CHINA YANG BIJAK

AMIN

 DAP  WAJIB

BANYAKKAN LAGI

PEMIMPIN 

JENIS INI

AMIN

CHINA MALAYSIA

YANG TAHU SEJARAH

TANAH MELAYU INI

BUKAN MACAM

TONI PUA ATAU

RAMASAMI

KHALAS

JIKA RAMAI

RAMASAMI TONI PUA

 KEMUNGKINAN

KERAJAAN AKAN

RUNTUH KERANA

PERANGAI DAP

AMIN

Tiada ulasan: