Rabu, 29 Mac 2023

BILA MINYAK HABIS


Rizab petroleum hanya boleh bertahan 15 tahun, kata Azalina


RIZAB petroleum untuk sumber minyak dan gas di negara ini hanya boleh bertahan selama 15 tahun lagi, kata Azalina Othman Said.

Dalam jawapan bertulis Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata mengikut pengiraan Indeks Hayat Rizab setakat 1 Januari 2022 rizab petroleum yang mungkin dan terbukti Malaysia adalah bersamaan dengan jumlah 6.9 bilion tong minyak.

Beliau bagaimanapun berkata keadaan itu boleh diperbaiki sekiranya terdapat teknologi dan pelaburan yang lebih baik.

“Keadaan ini boleh dioptimumkan (dan dipanjangkan) sehingga lebih 40 tahun dengan pelaburan modal yang tinggi, teknologi baharu serta landskap pelaburan yang lebih stabil dan berdaya saing.

“Daripada keseluruhan medan minyak dan gas di semenanjung, Sabah dan Sarawak, 70 peratus dianugerahkan kepada syarikat untuk penerokaan dan pembangunan,” kata ahli Parlimen Pengerang itu.

Beliau menjawab soalan Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar-BN).

Azalina juga berkata kajian dan pengumpulan data sedang dijalankan ke atas blok yang belum diterokai untuk ditawarkan dalam Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) akan datang.

Sementara itu beliau juga berkata bahawa Petronas sedang membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di atas tanah seluas 2,551 hektar meliputi loji penapisan minyak dengan kapasiti 300,000 tong sehari, loji petrokimia dengan kapasiti 3.6 juta tan setahun, loji penjanaan bersama, terminal pengegasan semula serta tangki simpanan minyak mentah dan produk petroleum.

“Pelaburan Petronas dalam pembangunan PIC termasuk PRefChem yang merupakan syarikat penapisan minyak dan loji petrokimia usaha sama dengan Saudi Aramco berjumlah RM109.6 bilion,” tambahnya. – 29 Mac, 2023. 

MINYAK AKAN

HABIS

AMIN

INI HAKIKAT

YG KITA HADAPI

AMIN

DARI SEKARANG

KITA BERSEDIA

AMIN

GUNAKAN AKAL

GUNAKAN FIKIRAN

UNTUK HADAPI

EKONOMI MASA

DEPAN

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terbaik kata2 awek tomboy ni. apa yg gagal difahami ialah mengapa kelantan dan terengganu masih menagih2 wang royalti walhal semasa pemerintahan tebuk atap dulu pun mrk gagal mengubal undang2 royalti minyak.dunia sudah tahu saudi sudah ada wawasan. saudi sedar minyak,haji dan umrah sudah tidak bole dijadikan pendapatan tetap negara saudi wahabi.dimalaysia ni terutama ust2 dari utara sibuk menuduh si polan itu wahabi walhal mekah dan madinah itu diperintah saudi.malah asal usul saudi itu juga arab yahudi.tak da pula puak2 islamis dan tokey2 haji umrah ini memboikot mekah dan madinah.student2 mekah dan madinah itu dibiayai raja saudi wahabi.imam sudais bacaan sedap juga adalah wahabi malah the grand mufti of saudi juga wahabi dan setia dgn raja dan dolar.selangor,penang bukan negeri minyak.ekonomi dan wang simpanan selangor masih terkaya di asia kalo tak silap.para agamawan mahu mencuri wang simpanan selangor dgn kisah2 hudud dijadikan ruu355, kisah bidadari yg mempunyai air cipap yg banyak, dijual takut neraka dan syurga buatan PAS.serambi mekah kelantan dan tganu gagal menjejaki langkah saudi dlm ekonomi.gua sarankan kelantan bina pusat judi patuh syariah. pusat karoake patuh syariah dan perlumbaan kereta2 mewah. gua sarankan YB machang bina tempat2 parking kapal2 layar mewah, kalo bole disediakan pelacur2 patuh syariah dan bole dihalalkan dgn perkahwinan kontrak sejam dua..saudi sudah jauh meninggalkan pendapatan dari sumber minyak bro.