Rabu, 29 Mac 2023

TAHNIAH ZAHID


Umno guna lambang dacing pada PRN 6 negeri, kata Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan semua calon parti itu akan menggunakan lambang dacing bagi Pilihan Raya Negeri di enam negeri nanti.

Timbalan perdana menteri itu berkata parti-parti lain dalam kerajaan perpaduan pula akan menggunakan lambang pilihan masing-masing bagi calon mereka.

“Namun kita bergerak sebagai satu jentera, jentera kebersamaan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Al-Ansar, Kem Sri Pantai, di Kuala Nerus hari ini.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata Umno bersama parti lain dalam kerajaan perpaduan setakat ini masih belum membincangkan secara formal mengenai perkara itu.

Sementara itu Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkan Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said dilantik semula sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). 

Katanya pelantikan semula Ahmad yang berkuat kuasa serta merta itu diharap dapat memacu pembangunan di tiga daerah di bawah pentadbiran Ketengah iaitu Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman. – Bernama, 28 Mac, 2023.

WOIT

HAM DU LIL

AMIN

TAHNIAH ZAHID

BUAT BETUL

KAH KAH KAH

KALAU GUNA

LOGO PAKATAN

BUNGKUS PAKATAN

AMIN

AMAT BERAT

PIKUL KAVADI

AMIN

RAKYAT BENCI

PADA GEROMBOLAN

RAKYAT PILIH PN

KERANA PAKATAN

PIKUL KAVADI

KHALAS

Tiada ulasan: