Jumaat, 8 Disember 2023

SOKONG KEPIMPINAN ZAHID

Orang Melayu sokong PN kerana UMNO tidak berubah – Akmal

KUALA LUMPUR – Sokongan orang Melayu kini beralih kepada Perikatan Nasional (PN) kerana mereka merasakan UMNO tidak melakukan perubahan seperti yang dimahukan mereka.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, mereka tiada alternatif selain daripada memberi undi kepada PN untuk menunjukkan protes terhadap UMNO.

Beliau juga percaya, orang Melayu akan kembali semula kepada UMNO jika kepimpinan parti sedar tentang perubahan yang dikehendaki rakyat ketika ini dan berusaha untuk melakukannya.

“Kerana saya percaya, rata-rata orang Melayu masih sayangkan UMNO tetapi kepercayaan mereka terhadap UMNO berkurangan atas sebab-sebab yang perlu pemimpin UMNO berani untuk lakukan perubahan.

“Jika perubahan yang dilakukan kena pada kemahuan orang Melayu, insya-Allah UMNO akan mendapat kepercayaan seperti sebelum ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas,  Hashim Jasin dilaporkan berkata, Pas bersedia untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama yang mendapat kepercayaan orang Melayu dan Islam.

Pada masa sama, Dr Akmal menyangkal dakwaan bahawa UMNO kini tidak langsung mempunyai tempat di hati orang Melayu.

Menurut beliau, hakikat itu dibuktikan melalui kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang mana hampir 70 peratus pengundinya terdiri daripada orang Melayu.

“Pas juga pernah mengalami kekalahan teruk sebelum ini, tetapi kita tidak pernah menyatakan bahawa Pas umpama kanser.

“Adalah adat sesebuah parti politik, mesti ada naik dan turun,” jelasnya. – 

UNTUK

 SELAMATKAN

MALAYSIA

 ZAHID

WAJIB TERUS

JADI PRESIDEN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: