Rabu, 23 September 2026

AMERIKA BINCANG DENGAN IRAN


AMERIKA DAH

KALAH 

TERAM TAKDA

PILIHAN

KAH KAH  KAH

BULAN 11 ADA PRU

JIKA PARTI KALAH

PASTI  ADA 

CADANGAN

PECAT TERAM

AMIN

JALAN  SELAMAT

 BERUNDING

CARI DAMAI

KAH KAH KAH

KHALAS


Wakil AS terbuka bertemu dengan pemimpin Iran


NEW YORK: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Iran di luar sidang Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Rubio berkata, walaupun pertemuan berkenaan belum dijadualkan namun pihaknya terbuka ke arah itu.

"Kami terbuka untuk itu. Saya tidak fikir tiada yang sudah dijadualkan ketika ini, tetapi kami pastinya terbuka kepada sesuatu seperti itu," katanya dalam temu bual dengan NBC pada Selasa.

Rubio berkata, AS bersedia mengadakan pertemuan sekiranya rundingan berkenaan mampu membawa kepada sesuatu yang positif dengan matlamat utama memastikan Iran tidak memiliki senjata nuklear.

Kenyataan itu dibuat tidak lama sebelum Presiden AS, Donald Trump dijadualkan menyampaikan ucapan di New York.

Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berlepas ke New York pada Selasa bagi menghadiri Perhimpunan Agung PBB dan dijadual menyampaikan ucapan pada Rabu.

Namun, Trump dijangka sudah meninggalkan New York pada Rabu untuk kembali ke Washington bagi menyambut Presiden China, Xi Jinping, dalam pertemuan berprofil tinggi minggu ini.

Trump sebelum ini turut menyatakan keterbukaannya untuk mengadakan rundingan dengan Tehran.

Pezeshkian menjadi pegawai tertinggi Iran yang menjejakkan kaki ke bumi AS sejak tercetusnya perang di Asia Barat pada akhir Februari susulan serangan AS dan Israel terhadap Iran.

Tehran mahu perang serta tindakan agresif terhadap Iran dan sekutunya di rantau itu dihentikan, selain menuntut sekatan terhadap pelabuhan negara itu ditarik balik.

Antara isu utama konflik Washington-Tehran ialah pembukaan semula Selat Hormuz, laluan strategik bagi transit tenaga global.

Tehran menyekat laluan itu sejak konflik tercetus, manakala Washington mengekalkan sekatan balas terhadap pelabuhan Iran selain meningkatkan tekanan ekonomi terhadap negara berkenaan



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Runding bagaimana nak bayar pampasan kepada Iran?