LU BUKAN
ANAK WARIS
LU JANGAN
MASUK CAMPUR
ADAT KAMI
KHALAS
Datuk Undang Berempat dan pemimpin adat Negeri Sembilan hari ini memberi amaran kepada Perdana Menteri Anwar bin Ibrahim dan kerajaan persekutuan agar tidak campur tangan dalam hal ehwal negeri tersebut.
Amaran ini dibuat sebagai respons terhadap nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC)—sebuah badan persekutuan—yang menyatakan bahawa keputusan Exco Negeri Sembilan untuk menerima proklamasi bertarikh 19 April oleh para pembesar itu untuk menggantikan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar adalah tidak sah.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Mubarak Thahak ( Undang Sungai Ujong), Maarof Mat Rashad (Undang Jelebu), Muhammad Abdullah (Undang Johol), dan Abdul Rahim Yasin (UdangRembau) selain Tunku Besar Tampin dan Datuk Syahbandar Sungai Ujong, menegaskan bahawa merekalah pihak yang memegang kuasa untuk melucutkan kedudukan Tuanku Muhriz daripada takhta.
Kata mereka, Menteri Besar Ismail Lasim dan barisan exco hanya melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh mereka.
"Kami mengecam sekeras-kerasnya setiap usaha pihak tertentu yang terang-terangan mahupun berselindung cuba mencabuli prerogatif dan hak perlembagaan kami di negeri kami ini.
"Kami ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan khususnya prerogatif kami di bawah Perkara 10 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 kerana YAB Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat sedemikian.
"Janganlah semata-mata kerana laba dan pengaruh politik atau tunduk kepada tekanan pihak tertentu, YAB Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja tanpa menggunakan akal dan hati nurani malah tidak segan silu melanggarkan prinsip keluhuran Perlembagaan," kata mereka.
Mereka merujuk kepada Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan bahawa sebarang pertikaian mengenai hak pewarisan takhta Raja hendaklah diputuskan semata-mata oleh pihak berkuasa berkenaan dan mengikut perlembagaan negeri.
Tegas mereka, sebarang tindakan yang melanggar peruntukan itu adalah tidak berperlembagaan.
Mereka juga menasihati Tuanku Muhriz supaya menerima hakikat bahawa baginda telah disingkirkan daripada takhta.
"Kami juga menasihatkan Tunku Muhriz agar bermuhasabah, merendah hati dan menerima hakikat bahawa beliau telah diturunkan takhta maka berundurlah secara terhormat.
"Kami juga menyeru semua penjawat awam negeri agar tidak melayani sebarang tekanan daripada mana-mana pihak dan hendaklah akur kepada ketetapan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta menumpahkan sepenuh taat setia kepada Raja Pemerintah Negeri Sembilan, iaitu Tuanku Nadzaruddin," kata mereka.

1 ulasan:
mandiri kutuk najib lebih dari anwar pun kena amla...
ini wayang apa ?
Catat Ulasan