Sabtu, 19 September 2026

JEREBU ADALAH GENOSIDA !!!


KENAPA 

NAMA SYARIKAT

PUNCA JEREBU

DIRAHSIAKAN?

AMIN

INI GENOSIDA

SEPERTI DI GAZA

KHALAS


Jerebu: 17 Kawasan catat IPU tidak sihat setakat 4 petang


KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Sarawak merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat iaitu IPD Serian (178), Kuching (171), Sri Aman (168), Samarahan (164), Sibu (157), Sarikei (152) dan Bintulu (106).

Di Johor, tiga kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Larkin (158) , Pasir Gudang (155) dan Tangkak (102), diikuti Kuala Lumpur dengan Cheras (149) dan Batu Muda (121).

Seri Manjung, Perak mencatatkan bacaan 159, manakala Shah Alam, Selangor merekodkan 152.

Putrajaya (121), Nilai, Negeri Sembilan (111) dan Bukit Rambai, Melaka (108) turut berada pada tahap tidak sihat.

Sementara itu, sebanyak 38 kawasan lain mencatatkan bacaan pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan merekodkan kualiti udara baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Najib dapat house arrest kita semua ikut skali...stay at home and dont fucking go oit cause the haze is like the mentality of the majority. Kakakakak...