Sabtu, 19 September 2026

KJ CALON SALEPAS ZAHID


PASANG TAJUR

AWAL-AWAL

KAH KAH KAH

LEPAS ZAHID

KJ MASUK CALON

KAH KAH KH

KHALAS



Zahid Hamidi dirujuk bakal PM: Ini penjelasan KJ

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, menjelaskan bahawa gelaran 'bakal Perdana Menteri' (prime minister-in-waiting) yang dirujuknya terhadap  Ahmad Zahid Hamidi, bukan satu bentuk sokongan untuk melantik Presiden parti itu sebagai Perdana Menteri.

Khairy berkata, kenyataannya itu dibuat berdasarkan penilaian beliau terhadap ucapan Ahmad Zahid yang dilihat menggariskan visi lebih luas untuk Malaysia, berbanding ucapan berteraskan politik kepartian semata-mata.

"Saya katakan ia adalah ucapan seorang 'bakal Perdana Menteri'. Sudah tentu kritikan dangkal daripada sesetengah pihak mendakwa bahawa ia cuma 'melepaskan batuk di tangga' atau mengampu.

"Bukan itu maksud saya. Maksud yang saya ingin sampaikan ialah beliau (Ahmad Zahid) telah memikirkan apa yang mahu dilakukannya sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri kelak," katanya dalam episod terbaru audio siar (podcast) 'Keluar Sekejap'.

Khairy berkata, beliau pernah mendengar pelbagai ucapan dasar Presiden UMNO sejak era Dr Mahathir Mohamad, dan sudah terbiasa dengan gaya ucapan Ahmad Zahid sebagai Presiden parti.

Namun, beliau menyifatkan ucapan terkini Ahmad Zahid agak menonjol kerana menggariskan apa yang dilihatnya sebagai visi untuk negara.

"Saya fikir ini kali pertama beliau menggariskan visi untuk negara. Ia bukan sekadar ucapan politik. Ia ucapan mengenai negara, satu visi untuk negara," katanya.

Khairy merujuk kepada penekanan Ahmad Zahid berhubung 'Agenda Malaysia Biru' dan lapan inisiatif strategik yang bertujuan menyediakan Malaysia menjelang sambutan ulang tahun ke-100 kemerdekaan pada 2057.

Antara bidang digariskan ialah sains dan teknologi, ekonomi masa depan, transformasi sosioekonomi luar bandar dan keterangkuman kaum, serta cadangan berkaitan hasil kerajaan termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Ini bukan ucapan presiden parti yang biasa. Ini adalah ucapan seseorang yang sedang 'menjalani uji bakat' untuk jawatan Perdana Menteri," katanya.

Bagaimanapun, Khairy menegaskan sama ada Ahmad Zahid akhirnya menjadi Perdana Menteri atau tidak, ia bergantung sepenuhnya pada keputusan pengundi.

"Sama ada beliau akan menjadi Perdana Menteri atau tidak, itu tertakluk kepada penentuan pengundi. Namun 'point' saya di sini, ini bukan ucapan presiden parti yang biasa.

"Ia adalah ucapan seseorang yang mempunyai cita-cita lebih besar, yang menyampaikan mesej bahawa 'saya bersedia, ini visi saya apabila menjadi Perdana Menteri nanti'," katanya.


Tiada ulasan: