Memaparkan catatan dengan label SOSIALISMA UNTUK RAKYAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SOSIALISMA UNTUK RAKYAT. Papar semua catatan

Rabu, 3 Februari 2010

RAKYAT DI DAHULUKAN - TANAH MEREKA DIREMBATKAN




KAMPONG HALAMAN BERIBU RIBU TAHUN - DIRAMPAS PENDATANG





PINDAH SETINGGAN DI JB MAHU MB CAMPUR TANGAN - malaysiakini

Wakil penduduk di sebuah penempatan setinggan di Johor Bahru menuntut supaya menteri besar menganjurkan pertemuan bagi menyelesaikan masalah pemindahan hampir 3,000 penduduk di lapan kampung di kawasan tersebut.

Penduduk meminta supaya pertemuan itu juga dihadiri wakil rakyat, unit perancang ekonomi negeri Johor (UPEN, mewakili menteri besar) dan juga Malaysian Resources Berhad (MRCB) yang merupakan pemaju projek pembinaan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur.

Setakat ini, projek itu masih terhenti di Kampung Belantik, salah sebuah daripada lapan kampung terbabit, kerana penduduk berkenaan masih belum berpindah, kata pengerusi jawatankuasa induk bertindak bagi kawasan setinggan berkenaan, Syed Othman Syed Abdullah.

Turut terjejas ialah penduduk di Kampung Desa Melayu, Kampung Desa Makmur, Kampung Desa Jaya, Kampung Tengah, Kampung Tok Siak, dan Kampung Bakar Batu dan juga Kampung Hajah Hasnah.

Syed Othman menjelaskan, penduduk berkenaan yang diberi tempoh sebelum 2012 untuk berpindah, kini masih tiada jalan keluar kerana unit rumah pangsa untuk menggantikan rumah setinggan sedia ada, masih belum pun didirikan.

"Jadi kita mahu jaminan daripada kerajaan negeri untuk penduduk ini berpindah ke mana, sebab rumah yang dijanjikan di Stulang Baru itu belum buat lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari in

KAH KAH KAH..

woit… HABIS KAMPONG MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah…. PADAN MUKA ORANG JOHOR… kah kah kah..

kah kah kah… TAK SEDAR SEDAR…PENYOKONG TOTOK GEROMBOLAN…kah kah kah..

woit… HABIS TANAH JUAL PADA CUKONG SINGAPURA…kah kah kah..

kah kah kah… PADAN MUKA ..MEREMPAT DI KAMPONG SENDIRI…kah kah kah..



EMPANGAN KELAU : SEMAKAN EIA 14 APRIL - malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 14 April bagi membuat keputusan permohonan 27 Orang Asli bagi menyemak semula keputusan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) meluluskan Laporan Kajian Penilai Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek pembinaan Empangan Kelau di Raub, Pahang.

Hakim Mohamed Apandi Ali menetapkan tarikh berkenaan apabila kes itu disebut hari ini.

Pendor Anger dan 26 yang lain, daripada suku kaum Senoi dan Temuan memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Okt 2007, menamakan Ketua Pengarah JAS, kerajaan negeri Pahang dan Malaysia sebagai responden.

Pada 30 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran permohonan kepada mereka untuk mendapatkan semakan kehakiman terhadap keputusan JAS itu.

Mereka mendakwa tanah yang terbabit dalam projek itu adalah tanah turun-temurun dan telah mewarisinya sejak zaman nenek moyang mereka untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Selain itu, mereka juga memohon satu deklarasi bahawa tindakan responden meluluskan projek empangan itu telah mengingkari kewajipan fidusiari untuk melindungi, memajukan dan memelihara kebajikan Orang Asli di negara ini.

Kumpulan Orang Asli itu diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin manakala Peguam Persekutuan Kanan Datin Azizah Nawawi mewakili responden.

KAH KAH KAH…

woit … RAKYAT DI DAHULUKAN… TANAK DI REMBATKAN … kah kah kah..

woit… BERIBU RIBU TAHUN ORANG ASLI HIDUP TAK ADA YANG GANGGU…kah kah kah..

woit…TIBA TIBA ADA KAUM PENDATANG… REMBAT TANAH MEREKA…kah kah kah..

woit… SIAPA KAUM PENDATANG INI ?... kah kah kah..

woit… CHINA KE? INDIA KE? MELAYU KE?.... kah kah kah..

woit … UNTUK ORANG ASLI… SEMUA INI KAUM PENDATANG… kah kah kah..

woit… ORANG ASLI ADALAH ORANG ASAL BUMI INI…kah kah kah..

kah kah kah… TAPI MEREKA PALING DITINDAS DAN DI HINA…kah kah kah

woit… KALAU ADA ASDRAF BARU GEROMBOLAN HORMAT…kah kah kah..

nota:
asdraf = asli darat action force




Ahad, 24 Januari 2010

PROJEK TIPU MELAYU



NANTI AKAN DIKELUARKAN FATWA - DAKWAT HITAM ADALAH AJEN YAHUDI




UNDI POS BAKAL DIKENALI PENGUNDIAN AWAL - malaysian insider

Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.

KAH KAH KAH…KAH KAH KAH… KAH KAH KAH

woit… APA PUNYA TUUUUUR… kah kah kah..

woit… SATU MALAYSIA MAHU UNDI POS DI HAPUS… BUKAN TUKAR NAMA… kah kah kah..

kah kah kah…. RASUAH TUKAR JADI: KOMISEN… SELESAI.. MALAYSIA TAK ADA RASUAH… kah kah kah..

kah kah kah… ROMPAK TUKAR JADI : AMBIL TANPA KEBENARAN… SELESAI… MALAYSIA TAK ADA ROMPAKAN… kah kah kah..

kah kah kah.. TIPU TUKAR JADI : MAKLUMAT TAK CUKUP… SELESAI…MALAYSIA TAK ADA KES TIPU…. kah kah kah..

woit… BANGANG… INI NAK MENIPU MELAYULAAA….kah kah kah..

woit… KENAPA TAK BUAT PERATURAN… UNTUK CALON GEROMBOLAN KIRA SAMPAI MENANG… kah kah kah

nota:
indonesia dan thailand pakai dakwat hitam
kenapa tak nak ikut?
takut gerombolan tak boleh undi berkali kali kah kah kah





Isnin, 9 Mac 2009

PENYEBAR FITNAH DISELAR – berita hairan


Umno Bahagian Kangar mengecam pihak tertentu di negeri ini yang mengaitkan institusi raja ketika menyebarkan fitnah menerusi SMS kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu diarah bercuti panjang.

Setiausahanya, Aziz Had, percaya penyebaran fitnah itu didalangi segelintir pihak berkepentingan yang masih tidak dapat menerima hakikat pelantikan Md Isa sebagai Menteri Besar dan bagi mengelirukan rakyat, terutama ahli Umno.



ah kah kah…. INI BERITA BAIK… INI BERITA HOT… INI BERITA BAGUS..kah kah kah

kah kah kah …. GEROMBOLAN PERLIS GADUH SAMA SENDIRI…kah kah kah

kah kah kah ….. EMPIRE SHAHIDAN STRIKES BACK…. kah kah kah..



Khamis, 16 Oktober 2008

TERBARU - HOT ! BERITA GUMBIRA - ajensi berita

President President Rafael Correa Isnin lalu telah mengumumkan satu Piagam Perlembagaan Baru untuk Ecuador. Ini setelah mendapat sokongan 70% dari warga Ecuador yang telah mengundi untuk melahirkan piagam ini.

Ecuadore kini akan menjalankan dasar ekonomi sosialis.

Perlembagaan Baru ini akan memberikan warga hak terhadap air, kesihatan, pencen dan pembelajaran percuma dari tadika hingga ke universiti.

Perlembagaan Baru ini juga akan memilik negarakan tanah-tanah yang luas untuk diagih-agihkan kepada kaum tani yang tidak bertanah. Ini adalah dasar Tanah Untuk Penggarap.

Presiden Correa juga TIDAK akan memperbaharui perjanjian Khemah dan Lapangan Terbang Tentera Amerika di Manta, Ecuador. Ini berdasarkan pengharaman wujudnya tentera asing di bumi Ecuador.

Perkembangan terbaru di Ecudor ini adalah sebahagian dari gerakan rakyat Latin Amerika yang mengambil jalan sosialis yang bebas dan merdeka dari kuasa imperil Amerika Syarikat.