Isnin, 8 Jun 2015

ANAK MUDA MULA BERSUARA







Mampukah ulama PAS ‘menangi’ hati anak muda? – Mandeep Singh

Muktamar PAS yang ditunggu-tunggu akhirnya tamat. Pesta hentam-mengentam yang berlangsung selama 3 hari itu berakhir dengan penyapuan bersih golongan “Jebon”.
Jebon ‘dikenali’ sebagai kumpulan yang melawan presidennya. Kalau tahun lalu ada bacaan doa 30 minit, tahun ini tidak ada kurangnya, apabila ahli Parlimen Temerloh yang suka berkaca-mata bersinar menggunakan perkataan ‘siku’ dan ‘lutut’. 
Oh lupa, Ketua Pemuda PAS yang baru juga dikhabarkan pandai 'mencakar’ walaupun ‘malu rimau.’
Apakah inisiatif PAS untuk merampas Putrajaya juga langsung tidak kedengaran. Yang ada hanya, DAP ini, DAP itu. Orang ini serang presiden, orang itu lawan presiden. Oh, saya lupa sekali lagi muktamar ini adalah sebenarnya untuk memastikan ulama terus dihormati.
Malah, timbalan presiden baru juga “gagal” untuk mengadakan upacara sujud syukur dan sembelih kambing kerana menang jawatan kerusi timbalan presiden. Moga-moga upacara ini dapat dilaksanakan 2 tahun akan datang.
Ketua Pemuda PAS dan anak muda.
Saya lebih minat mengetahui perancangan atau gerak kerja Ketua Pemuda PAS yang baru.
Jika 4 tahun dulu, Pemuda PAS dari kumpulan ulama sering menentang program-program ‘fun’ seperti Valentine Day, konsert rock dan sebagainya. Kemudian, kita melihat Ketua Pemuda 2013-2015 agak ‘cool’ kerana tidak membantah program ini. Adakah tokoh ulama Ketua Pemuda yang baru ini akan mengulangi perkara yang sama semula?
Anak muda pada hari ini lebih berminat program-program sebegini. Maka, jikalau program sebegini ditentang, sudah pasti PAS akan kehilangan sokongan anak muda (sudah kehilangan sebenarnya) . Anak muda semua bangsa juga dibebani dengan satu cukai yang zalim. Cukai GST menjadi beban kesulurahan anak muda.
Dengan pendekatan agama yang sering digunakan Ketua Pemuda yang baru, mampukah beliau mendekati anak muda hari ini?
Malah, adakah Ketua Pemuda yang baru ini hanya akan berceramah di masjid atau surau? Apakah pelan-pelan dan perancangan Ketua Pemuda ini untuk mendekati anak muda non-Muslim?
Suka saya mengetahui perkara-perkara ini kerana, jujur saya berkata Ketua Pemuda PAS yang baru ini sebenarnya masih gagal menunjukkan apa-apa kesungguhan mendekati anak muda sejak dilantik sebagai ahli Parlimen.
Mungkin, beliau banyak menjalankan aktiviti di Pasir Mas. Tetapi, beliau harus faham anak muda bukan hanya berada di Pasir Mas.
Saya juga berminat untuk mengetahui bagaimana beliau akan mula mendekati wanita-wanita Melayu yang tidak bertudung dan apakah wanita-wanita ini akan senang mendekati beliau.
PRU14 tinggal kurang dari 3 tahun. Berkemungkinan besar, kepimpinan Pemuda PAS ini akan kekal sehingga tarikh PRU14.
Apakah Ketua Pemuda ini akan berjaya memenangi hati anak muda dan akan bersikap terbuka dengan mendekati golongan anak muda ini?
Golongan ini akan mengundi pada PRU14. Dianggarkan lebih kurang 3 juta. Tidak mungkin 3 juta ini suka mendengar kuliah agama. Dan ‘non-Muslim’ tidak akan ada di masjid atau surau.
Jelas, berpolitik di masjid dan surau tidak cukup. Berpolitik di Pasir Mas juga tidak mencukupi. Anak muda juga meminati politik jalan raya. Mampukah Ketua Pemuda membawa mereka turun ke jalan raya dan disembur dengan gas pemedih mata.
Masa yang tinggal tidak banyak. Program ceramah di padang bola juga tidak mencukupi.
Dan akhirnya, anak muda juga mahu melihat Ketua Pemuda berhujah mengenai isu nasional seperti GST, ekonomi, kos kehidupan sehari, dan isu penganguran. Hujahan-hujahan ini penting dan inilah akan membawa sokongan anak muda kepada perubahan yang dicari-cari.
Jika Ketua Pemuda PAS gagal membawa ini, maka Khairy Jamaluddin boleh melebarkan senyumannya. – 8 Jun, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/mampukah-ulama-pas-menangi-hati-anak-muda-mandeep-singh#sthash.v7Fr3VwI.dpuf


--------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dulu pas orang respek
kepimpinan tok guru orang hormat
sekadar pimpin kelantan
sekadar pimpin melayu 90 peratus
lain negeri boleh bye bye
terenganu jatuh kedah jatuh
selangor akan jatuh
perak kecundang
kerenah pas rugi negara
tiada wawasan tiada akal fikiran
hanya mencari syurga bidadari sunti
selepas mati di kubur
masa hidup pakai mini cooper
miliki bunglow duitan kaya raya
kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Woiiii bro isam ... X yah post cite pasal pas ni ... loya tekak aku baca la .... lupa kan je la parti mangkok ni ....

Tanpa Nama berkata...

Orang orang PAS kan jenis Budak Bahalol dan GAGAL BER FIKIR

Apa lagi yang boleh di buat pon

Makin banyak anak muda merempit memganggur dan mrngentot tepi jalan atas motor adalah

Bukan semua anak melayu nak campor orang orang SLOW dalam PAS , kalau ada budak bahalol jugak tu.

azam berkata...

pas tak kira semua tu
janji umno kata nak tolonh hudud
tuhan akan masukkan hadi dll ke syurga
walau lepas ni kalah teruk
nak sedapkan hati cakap tuhan nak pas kalah
kalah sebab tuhan nak uji
semua salah tuhan