Rabu, 7 Oktober 2015

NAJIB , YAHUDI DAN ZIONIS





NAJIB, YAHUDI  DAN ZIONIS

Rakyat Malaysia terutama - Orang Melayu terperanjat besar apabila melihat gambar Muhamad Najib bin Abdual Razak  beramah mesra dengan Benjamin Bibi  Netanyahu.  Bibi ini nama manja Netanyahu - yang kini menjawat kerusi Perdana Menteri Israel.

Gambar ini tersebar luas dalam portal berita dan juga dalam FaceBook. Anak-anak muda dan pengamal Media Baru heboh dengan berita ini.   Netanyahu ini seorang Yahudi dan seorang Zionis yang ganas. 

Belum pun reda berita gambar ‘ramah mesra’ ini tetiba The Times of Israel mengeluarkan  berita memuji-muji Najib Razak. Portal berita Israel melaporkan tentang  Najib Razak a.k.a suami Rosmah Mansor yang amat mesra dengan Isreal berbanding dengan pemimpin Malaysia yang terdahulu. 

Di Malaysia berita ‘mesra’ ini meledak dan memeranjatkan. Kemesraan sabagini  belum pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Tidak pernah akhbar Isreal memuji pemimpin Malaysia. Malah Mahathir Muhamad bekas Perdana Menteri amat dibenci oleh Israel dan kaum Zionis.

Sebelum meneruskan  tulisan ini adalah sopan dan stratejik untuk diterangkan  apakah itu Zionis dan apakah itu Yahudi. Telah beberapa kali saya menulis dalam usaha untuk menerangkan dua pekara ini. Saya lakukan ini  kerana pada pemerhatian saya di Malaysia ini telah berlaku kesilapan takrifaan tentang Zionis dan Yahudi.

Yahudi ialah  kaum, bani atau bangsa. Dalam Kitab suci al-Quran ada terdapat perkataan Bani Israel. Ini bangsa Yahudi. Dua puluh empat dari 25 Nabi yang wajib dikenali namanya oleh penganut Islam adalah dari bani Israel. 

Bani Yahudi ini sama saperti  Bani Melayu yang telah wujud dari zaman berzaman walau pun  Bani Melayu tidak disebut dalam Quran.

Manakala Zionis atau Zionisma ialah satu fahamaman politik. Ianya  diwujudkan oleh Theodor Herzl pada tahun 1897. Zionisma ialah  satu gerakan politik bangsa Yahudi yang bertujuan untuk mendirikan negara Israel. 

Yang boleh jadi Yahudi hanya Yahudi. Tetapi yang bukan Yahudi boleh menjadi Zionis. Melayu, Arab , China  - siapa sahaja boleh jadi Zionis. Menerima pakai falsafah dan menyokong perjuangan Zionis maka seseorang itu dianggap Zionis. 

Dari fakta sejarah,  dunia tahu bahawa Uganda telah ditolak sebagai wilayah  untuk dijadikan negara Isreal dalam Kongres Ke Tujuh Zionis  pada tahun 1905. Malah Australia, Canada dan Texas pernah dicadangkan untuk dijadikan  wilayah penempatan bangsa Yahudi i.e negara Israel. Terbukti Zionisma adalah  satu gerakan politik Yahudi untuk mencari tanah jajahan. Justeru amat jelas Zionisma ini bertopengkan agama Yahudi.

Palestin telah dipilih melalui  kerjasama  kuasa kolonial British dengan kaum Zionis melalui  melalui Deklarasi Belfour 1917. Negara Palestin telah dijajah oleh  gerakan Zionis pada tahun 1948. 

Malapetaka atau Nakba penjajahan Palestin ini bermula pada 15 Mei 1948 apabila Isreal didirikan atas bumi Palestin. Kaum Zionis telah berjaya membawa  masuk bangsa Yahudi  yang telah ditindas di Eropah masuk ke Palestin berbondong-bondong terutama satelah tamat Peang Dunia KeDua.

Lalu persoalan timbul mengapa akhbar Israel memuji suami Rosmah?  Pasti ramai akan tertanya-tanya mengapa secara tetiba pujian sampai? Betulkah suami Rosmah ini terserempak dengan Netanyahu? 

Suami Rosmah  bertegang tekak menerangkan  bahawa dia hanya terserempak dengan  Bibi Netanyahu. Betul kah ini? Kalau terserempak siapa pula yang ambil gambar? Siapa pula yang menghantar gambar kepada  media sedunia?

Saya tidak pernah sampai ke Amerika  dan belum pernah melihat bangunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Tetapi pada hemat saya mustahil bangunan yang bagini penting dibuat dengan jalan laluan yang terhad. Kalau banguanan PPB ini dibuat oleh Kontrektor Bumiputera saya amat yakin bangunan ini akan hanya ada satu pintu keluar masuk dengan tiga  butir lift. Maka masuk akal Najib dan Netanyahu akan terserempak dipintu lift.

Tetapi bangunan PBB ini direka oleh Oscar Niemeyer dan Le Corbusier. Dua orang Mamat ini bukan dari Rembau. Oscar seorang berfahaman Komunis  berasal dari  Brazil. Manakala Le Corbusier dari France. Mereka ini pereka bangunan yang tersohor dalam dunia.

Hakikatnya mereka bukan Kontrektor Bumiputera. Hakikatnya ada banyak laluan  pergi dan datang banguan PBB. Hakikat mustahil suami Rosmah dan Netanyahu terserempak dipintu lift.

Jika TIDAK  terseremapk maka timbul persoalan apa sebenarnya telah berlaku?

Dengan fikrah yang kritikal mari kita ingati kembali APCO. Apakah pembaca telah terlupa apa itu APCO? Apakah Bani Melayu dan Bani Ketuanan Melayu telah terlupa  siapa itu APCO? Sebelum APCO digaji oleh suami Rosmah  syarikat ‘iklan’ ini telah digaji oleh siapa?  

Justeru jika ingatan para pembaca  telah cerah maka senang untuk memahami siapa agaknya yang menyediakan ucapan suami Rosmah yang mengambil ayat-ayat dari Kitab Torah. 

Semua ini dirancang. Semua  ini disusun. Dalam Persidangan Sambutan 70 Tahun PBB - tidak ada  Ketua Negara datang tanpa perancangan yang terperinci. 

Jadi apa berita dibelakang berita?

Bagini kesahnya : Suami Rosmah sedar bahawa media dunia - Wall Street Journal, The New York Times, Washington Post, The Guardian, Sydney Morning Herald dan dan dan  - semuanya telah mengarahkan muncung senapang mereka  ke dada suami Rosmah. Najib Razak wajib dihumbankan sacepat mungkin.

Akhbar dan media dunia yang berpengaruh ini menyerang suami Rosmah kerana  Najib terlibat dalam apa yang mereka anggap 'money laundring’ atau pengalihan wang haram. Kerja jahat ini amat bahaya untuk sistem ekonomi kapitalis yang mereka sokong. Bahaya  menjadi berganda-ganda kerana kerja jahat ‘ money laundring’ ini  dilakukan oleh kepala negara. 

Dalam masa yang sama Muhamad Najib bin Abdul Razak juga sedar bahawa hampir kesemua  media besar dalam dunia  ini sama ada dimiliki oleh  Zionis atau bersimpati dengan gerakan Zionis.   (Mustahil Mamat APCO tidak sedar pekara ini )

Dalam politik antarabangsa - mustahil ada pemimpin negara Dunia Ketiga yang berani mengutuk Israel. Mana saja negara atau kepala negara yang berani mengutuk Israel pasti akan diserang. Ahmadinejad dari Iran telah diketepikan. Gadaffy dan  Sadam Hussein diwafatkan. Suami Rosmah sedar akan hal ini.

Justeru - ucapan suami Rosmah dirancang dengan ayat-ayat yang bersangkutan dengan Yahudi dan Isreal. Dirujuk ayat-ayat suci dalam Kitab Taurah. Bijak. Hakikatnya ucapan suami Rosmah bukan ucapan yang mengutuk keganasan Zionisma. Bukan mengutuk penjajahan Palestin. Bukan membongar jenayah Israel yang mengancam dunia Arab. Semuanya tidak.

Justeru ucapan  dari suami Rosmah  menjadikan Bibi suka. Dari gambar yang kita lihat jelas senyuman Bibi amat menggumbirakan. Apakah Bibi telah tahu lebih awal isi ucapan suami  Rosmah? Mungkin Mamat APCO yang dipakai oleh Bibi adalah Mamat APCO yang sama yang dipakai oleh suami Rosmah. Walah hua alam bisawab.

Apa tujuan semua ini? Jelas semua ini dilakukan sebagai langkah minta nyawa. Muhamad Najib bin Abdul Razak dari Malaysia sedang minta nyawa  dari kaum Zionis. Ini makna ucapan dan gambar Najib bersama Netanyahu.

Suami Rosmah amat amat sedar akan pengaruh kaum Zionis International. Dunia hari ini dilakar, dirancang dan diatur oleh kaum Zionis International. Ini bukan tohmah atau omong kosong. Ini fakta politik dunia.

Sebelum berucap di PBB - suami Rosmah dikatakan telah minum pagi, minum petang, makan malam - dengan pelbagai jenis Malaon di New York.  Suami Rosmah diaporkan telah memberi ucapan kepada kaum pemodal besar di New York. Kaum pemodal besar ini selalunya adalah kaum Zionis. 

Sayugia dimaklumkan bahawa kota New York adalah sarang kaum Zionis International.

Apakah kaum Zionis International tidak tahu siapa suami Rosmah ini? Apakah Bibi Netanyahu tidak tahu apa yang sedang berlaku di Malaysia? Pasti tahu. Buktinya cukup senang dalam laporan berita The Times of Israel ada diselitkan berita tunjuk perasaan anti-Israel yang berlangsung Jumaat lalu. Ertinya media Zionis mengikuti apa yang berlaku di Kuala Lumpur. Bukan sahaja APCO ajen mereka - ramai lagi sosok ‘cari makan’ yang bersedia untuk menjadi talibarut Zionis.

Langkah minta  nyawa oleh suami Rosmah ini cukup jelas. Portal The Times of Israel telah membandingkan suami Rosmah dengan pemimpin  Malaysia yang terdahulu. Nama pemimpin dahulu tidak disebut tapi kita tahu sosok yang tegas mengutuk Israel ialah Mahathir Muhamad.

Si Mahathir ini jugalah yang pada ketika ini sedang mengepalai kempen untuk menerajang suami Roamah dari kerusi Perdana Menteri. 

Apakah Bibi tidak tahu hal ini? Apakah The Times of Israel tidak tahu hal ini? Mungkin budak-budak APCO telah diberhentikan secara resmi. Tetapi pasti ada tunggul dan benih benih baru yang memberi laporan terperinci kepada BOSS di Tel Aviv.

Apa yang memeranjat ialah para Pak Lebai,  para Pendakwah, Tok Kadi, Pak Imam , Tok Mufti senyap tak berani bersuara tentang suami Rosmah ‘terserempak’ dengan Bibi Netanyahu. Hanya dua minggu dahulu DAP dikatakan ajen Zionis Yahudi. Sebelum ini Anwar Ibrahim. 

Penjual Agama ini  tidak heboh mungkin mereka menyimpan harapan - mana tahu - jika Penderma Tok Arab itu akan datang sekali lagi membawa beg.

Lalu timbul persoalan - Apakah suami Rosmah berjaya minta nyawa dari Bibi Netanyahu? Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat apa yang akan dilakukan oleh Mahathir Muhamad.(TT)



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45



------------

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Apa yang memeranjat ialah para Pak Lebai, para Pendakwah, Tok Kadi, Pak Imam , Tok Mufti senyap tak berani bersuara tentang suami Rosmah ‘terserempak’ dengan Bibi Netanyahu. " ku kira kenyataan ini tepat.padan la pas baru nak mgutuk, baru nak bincang undi x percaya.mana komondo2 yg melayu, yg islamis, mana kepala2 pesilat yg marahkan pak samad-pak samad kata silat hanya petunjukan shj..apa lg, g la pecah bata,patah kayu hentak zion israel..takut ke pak2 mufti,takkan berani haramkan vapor/vape je.takkan berani lawan speaker LGE je.mana geng2 mamak penang?dah tukar nama jd john ke tp tetap hitam..

Unknown berkata...

harunsani mana ea...suara mufti mana...lama x dengar berita...mufti cap ayam......

Tanpa Nama berkata...

bayangkan klu anwar yg bergambar dgn setanyahu. tv3, utusan, bh, tok peti dan seluruh prof2 kankung akan berkokok 40 hari 40 malam. tak ada maruah ka?

Unknown berkata...

kekejaman yahudi letak at one side...

kenapa penulis kata yahudi tiada hak berada di jerusalem n tanah yang kini di kenali Israel... asal usul bangsa yahudi adalah dari Bumi Arab jugak... so tak payah putar belit sangat...

palestin dan orang arab , persia sama sama GANAS seperti yahudi.. tak ada beza nya....
usah org msia masuk campur... sampai kiamat mereka akan bergado sama sendiri... biarkan aja...

Tanpa Nama berkata...

Mat Bahalol senang lah dapat pasport dari Bibi nanti....

Petik petik kurma di ladang palestine mandor kan bebudak yahudi lahanat kira ok jugak jika dapat masyookkkk dan tidor lena

Apa mau susah susah , rakyat dapat banyak pahala sedekah derma 6% harian bayar hutang Mat Bahalol

Kepala Otak !!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

tt tlg s/k surat ni kepada dewan syura pas

Tanpa Nama berkata...

Pujian dari Zionist Israel Baik untok ekonomi.

Nilai MYR jatuh dan jatuh...
Tapi selepas dapat kePujian dari pihak Zionist kepada Mat Najib..
Nilai MYR diperkukuhkan.
Zionist ialah rakan baik..

terima kaseh YAB Benjamin Netanyahu, bakal Perdana Menteri baru untuk Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Unknown punya komen mnunjuk kn hati nya lg bangsat dpd yahudi..klu ko tak kesian pd palestin ko gi dok bwh ketiak rosmah.Semua ni petunjuk akhir zaman.Ko belajar agama tak?apa pun aku mmg benci bini rosmah ni.najib barua.