Isnin, 16 Mac 2020

BERSAMA KITA PERANG VIRUS CARONA



BERSAMA KITA

PERANGI

VIRUS CARONA


UTHM tutup kampus Pagoh untuk proses dekontaminasi Covid-19

UNIVERSITI Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengumumkan penutupan seluruh premis universiti itu bagi kampus cawangan Pagoh untuk proses dekontaminasi mulai hari ini bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut pekeliling rasmi Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly, pihak universiti akan menjalankan proses dekontaminasi melibatkan keseluruhan premis di kampus berkenaan yang akan dijalankan secara menyeluruh.

Mesyuarat khas Covid-19 diadakan esok, kata menteri


KERAJAAN akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan langkah seterusnya dalam menangani Covid-19 selepas jumlah kes positif jangkitan itu merekodkan peningkatan kepada 428 kes sehingga tengah hari ini. 

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata selain Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mesyuarat itu dijangka dihadiri Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pertahanan.

190 lagi dijangkiti Covid-19

KEMENTERIAN Kesihatan mengesahkan sebanyak 190 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan ia bilangan terbesar kes cicatatkan dalam sehari.

Menteri Kesihatan Adham Baba berkata kebanyakan kes yang dilaporkan adalah dari perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur pada 28 Februari.

Masalah kurang bekalan penutup mulut, pembasmi kuman ke mesyuarat Kabinet

MASALAH kekurangan bekalan penutup mulut dan hidung serta pencuci tangan pembasmi kuman berikutan penularan jangkitan Covid-19 akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

2 pegawai Suhakam positif Covid-19

DUA pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) disahkan positif Covid-19 manakala seorang lagi pegawai diletakkan sebagai pesakit dalam siasatan (PUI).

Suhakam berkata dua pegawai tersebut merupakan pesuruhjaya badan hak asasi manusia itu.

Sarawak gesa penduduk perlu beri kerjasama cegah Covid-19

MESKIPUN jumlah kes positif Covid-19 di Sarawak masih kecil apabila hanya mencatat angka 20 setakat ini, penduduk di negeri itu perlu memberikan kerjasama dalam usaha mencegah penularan lanjut penyakit tersebut dengan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Douglas Uggah Embas, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, berkata jika jangkitan itu terus menular, dikhuatiri bahawa hospital tidak akan mempunyai katil yang mencukupi bagi menampung bilangan pesakit.

“Ini amat membimbangkan kami, sebab itu kami keluarkan garis panduan. Saya merayu kepada orang ramai agar mematuhi garis panduan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Kem Belia Kemuyang yang terletak kira-kira 21 kilometer dari Sibu.

“Kami belajar daripada apa yang berlaku di seluruh dunia. Dasar isolasi dan meminimumkan kontak nampaknya berjaya menghentikan penularan penyakit itu,” katanya.

Beliau berkata terdapat empat hospital yang ditetapkan bagi merawat pesakit Covid-19 iaitu Hospital Besar Sarawak serta hospital-hospital di Sibu, Bintulu dan Miri manakala hospital lain di negeri itu tidak boleh merawat pesakit yang dijangkiti virus tersebut kerana kekurangan kakitangan dan peralatan.


---------

2 ulasan:

Awanama berkata...

Perangi pengkhianat lebih UTAMA Bro!

Awanama berkata...

adakah TT akan pindah masuk huntan sementara dan jadi "sakai".

on chance to die if you are a "sakai"

https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2020/03/Siti-Zailah-Mohd-Yusoff-twitter-1.jpeg