Isnin, 16 Mac 2020

UNTUK KESELAMATAN



UNTUK 

KESELAMATAN

SAMA SAMA 

KITA PATUHI



Semua mesyuarat, perhimpunan perlu dibatalkan – ROS

PUTRAJAYA – Mengambil kira situasi penularan pandemik Covid-19 yang semakin meruncingkan ketika ini, semua pertubuhan, organisasi atau persatuan dilarang mengadakan sebarang program atau persidangan sehingga 30 Jun ini.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berkata, tindakan itu diambil selaras dengan arahan-arahan pencegahan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan kerajaan yang mahu segala perhimpunan termasuk mesyuarat ditangguhkan atau dibatalkan bagi satu tempoh tertentu.

“Memandangkan situasi penularan COVID-19 ini semakin meruncing ketika ini, semua pertubuhan adalah dilarang daripada mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan atau mesyuarat agung pertubuhan sehingga 30 Jun 2020.


---------

Tiada ulasan: