Isnin, 16 Mac 2020

WAJIB SOKONG CADANGAN INI




WAJIB SOKONG

CADANGAN INI

UNTUK KEBAIKKAN

ANAK SEMUA

 BANGSA 


Kuatkuasa perintah berkurung kekang Covid-19, kata kumpulan doktor

SEKUMPULAN doktor perubatan menggesa kerajaan menguatkuasa perintah berkurung meliputi seluruh negara ekoran kenaikan mendadak jumlah jangkitan jangkitan wabak Covid-19.

Dalam satu kenyataan, kumpulan doktor ini menjelaskan perintah itu akan membolehkan pembawa jangkitan lebih mudah dikesan dan mengurangkan risiko sebarannya, lapor The New Straits Times.

“Jika perintah berkurung dikuatkuasa, ramai pembawa dalam masyarakat akan muncul apabila mereka menunjukkan gejala dan pada masa sama tidak menjangkiti orang lain,” laporan itu dipetik.

Kenyataan itu ditujukan kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah selepas kenaikan mendadak 190 kes semalam, daripada jumlah kenaikan 41 kes pada hari sebelumnya.


Ia memberi jumlah keseluruhan 428 kes sehingga jam 5 petang semalam, dengan seramai 386 orang daripadanya masih dirawat.

“Nasihat untuk mengasingkan diri tidak didengari kerana saya lihat orang masih menjalankan urusan seolah-olah tiada ancaman langsung,” kata doktor terbabit.

Kenyataan ditandangani enam doktor perubatan itu, termasuk pakar penyakit berjangkit, virologi, epidemiologi itu mengakui perintah berkurung akan menimbulkan masalah tertentu.

“Tetapi kita tidak mahu terlalu lewat seperti negara lain yang semakin tewas (dalam memerangi Covid-19). Setiap tindakan penting,” kenyataan itu dipetik.

Sebahagian besar daripada kenaikan mendadak kes di Malaysia semalam dikaitkan dengan perhimpunan kumpulan tabligh di Seri Petaling.

Walaupun perintah berkurung seperti itu akan memberi kesan kepada ekonomi dan kehidupan seharian, tetapi perkara lebih buruk menanti jika jangkitan itu semakin merebak, kata doktor ini.

Kenyataan itu ditandatangi Dr Teoh Boon Wei, Dr Asha Prerna, Dr Devindran Manoharan, Dr Sivaneswaran Annandan, Dr Kumar Neeraj, and Dr Komella Prakasam.

Negara paling teruk terjejas di Eropah, Itali menguatkuasa perintah berkurung selepas jumlah kematian meningkat – kini di paras lebih 1,200 orang.

Ia bertujuan mengurangkan hubungan di antara masyarakat dan memperlahankan sebaran Covid-19.

Beberapa negara seperti Sepanyol juga dilaporkan sedang mempertimbang untuk mengambil langkah sama. – 16 Mac, 2020.


TUKAT TIUB

MENYOKONG

CADANGAN INI

SEBELUM 

TERLAMBAT

MARI KITA

SAMA BERKURUNG


-----------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

428 kes dgn 36 jota rakyat msia tu berapa % pakai la otak sket? Jgn pikio pakai lutut!