Rabu, 25 Mac 2020

DEMI KESELAMATAN - WAJIB DILAKUKAN





DEMI 

KESELAMATAN

WAJIB DILAKUKAN

Sarawak arah ladang, kilang sawit senaraikan pekerja asing

SEMUA ladang dan kilang memproses sawit yang beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diarahkan memberi nama pekerja asing mereka kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk menjalani saringan kesihatan.

Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah Embas yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut memberi tempoh tiga hari untuk menyerahkan senarai nama berkenaan, terutamanya yang kembali bekerja di negeri itu pada 12 dan 13 Mac lalu.

Kes pertama jangkitan Covid-19 dilaporkan di Sarawak pada 13 Mac.

Kebanyakan pekerja asing dalam industri sawit terdiri daripada warga Indonesia.


Uggah yang melakukan tinjauan di kilang Bau Oil Palm (Bapom), kira-kira 38km dari Kuching, pagi tadi berkata arahan tersebut dikeluarkan kerana tidak mahu terjadi seperti di Sabah di mana beberapa ladang sawit terpaksa ditutup ekoran beberapa pekerja dijangkiti Covid-19.

Semalam, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mengarahkan operasi ladang dan kilang di Lahad Datu dan Kinabatangan dihentikan serta-merta ekoran beberapa pekerja asing disahkan positif Covid-19. Mereka adalah kontak rapat ahli jemaah tabligh Majid Sri Petaling.

Uggah memberi amaran industri sawit di Sarawak juga bakal berdepan nasib sama jika pekerja asing di dapati dijangkiti Covid-19. – 25 Mac, 2020.

SEMUA WAJIB

BERJAGA JAGA


----------

Tiada ulasan: