Rabu, 25 Mac 2020

LAGI LAMA LAGI BERAT





LAGI LAMA

LAGI BERAT 

2.4 juta orang dijangka hilang kerja akibat Covid-19

INSTITUT Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di negara ini akan hilang kerja akibat wabak Covid-19.

Kira-kira 67% daripada jumlah itu membabitkan pekerja tidak mahir dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap, kata MIER dalam kajian terkini mengenai kesan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini adalah dapatan seumpamanya yang dijalankan oleh mana-mana badan pemikir mengenai kesan keseluruhan ke atas ekonomi akibat pandemik yang setakat ini menyebabkan 16 kematian dan 1,624 kes jangkitan di Malaysia.

Badan pemikir itu berkata jumlah pendapatan isi rumah terkumpul sebanyak RM95 bilion dijangka hilang, iaitu penurunan 12% dari tahap asas sebelum PKP dimulakan pada 17 Mac.

Berdasarkan jumlah pendapatan yang diunjurkan, MIER menggesa kerajaan memberi tambahan RM75 bilion selain pakej rangsangan bernilai RM20 bilion yang diumumkan sebelum ini.

“Peruntukan itu penting terutamanya untuk mengelak syarikat muflis, kehilangan pekerjaan serta kebajikan dan pendapatan isi rumah terjejas melalui sokongan perniagaan, memberi nafas baharu kepada PKS dan program jaringan keselamatan sosial,” kata MIER dalam satu kenyataan.

Pengurangan pendapatan isi rumah ini disebabkan oleh penurunan 11% perbelanjaan pengguna walaupun harga barangan turun sebanyak 4.4%.

Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2020 dijangka pada kadar -2.95%, iaitu turun 6.9% daripada unjuran terdahulu.

Kadar pertumbuhan KDNK negatif menandakan kemelesetan ekonomi.

Unjuran ini berdasarkan kepada kesan kelesuruhan ke atas ekonomi susulan pelaksanaan PKP bermula 18 hingga 31 Mac ini, yang berkemungkinan akan dilanjutkan untuk dua minggu lagi. – 25 Mac, 2020.

HARGA WAJIB

KITA SESAMA

URUSKAN BILA

KARONA KALAH
--------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

2.4 juta orang dijangka hilang kerja! bila sampai waktu terdesak, duit simpanan dah habis, duit kwsp pun yillek maka 2.4 juta org tu diharap tak hilang pertimbangan utk melakukan jenayah. semoga depa tabah. insyaAllah kerajaan pintu langit akan bantu depa. aaammiiiin.