Rabu, 25 Mac 2020

TOKYO MANGSA KARONA



DEMI 

KESELAMATAN

ANAK SEMUA

BANGSA


Sukan Olimpik Tokyo ditangguh ke 2021 

SUKAN Olimpik Tokyo 2020 kini secara rasmi ditangguhkan ke tahun depan berikutan pandemik global Covid-19, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 mengesahkan malam ini.

Keputusan itu dipersetujui selepas mengadakan conference call antara Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dan Presiden IOC Thomas Bach hari ini, berdasarkan krisis global semasa dan maklumat yang disediakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Presiden IOC dan Perdana Menteri Jepun telah memutuskan bahawa Sukan Olimpik XXXII di Tokyo mesti dijadualkan semula sehingga berakhirnya tahun 2020 tetapi tidak berlanjutan sehingga musim panas 2021, untuk menjaga kesihatan para atlet, semua individu yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan komuniti antarabangsa.

“Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa obor Sukan Olimpik akan terus berada di Jepun. Turut dipersetujui mengekalkan jenama sedia ada iaitu Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020,” menurut kenyataan bersama IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020.

Sukan Olimpik dijadualkan berlangsung dari 24 Julai hingga 9 Ogos manakala Paralimpik bermula 25 Ogos hingga 6 September.

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan bahawa penyebaran wabak koronavirus yang tidak pernah berlaku dan tidak dijangka itu, menyaksikan krisis tersebut semakin menular dengan lebih 375,000 kes direkodkan di seluruh dunia iaitu hampir setiap negara.

Ia merupakan penangguhan pertama Sukan Olimpik dalam sejarah 124 tahun penganjurannya, tetapi ia pernah dibatalkan semasa meletusnya Perang Dunia pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

Dengan perkembangan terbaru ini, sistem kelayakan dan kalendar sukan dunia, yang telah pun terjejas oleh wabak COVID-19, dijangka akan melalui perubahan besar. – Bernama, 24 Mac, 2020.


GUA MASIH

INGAT OLIMPIK

TOKYO 1964

NEGARA ASIA

PERTAMA

TUAN RUMAH

JAM SEIKO

DIPERKENAL

JADI JAM RESMI

NANTI

OLIMPIK 2021 

JAM APA AGAKNYA

AKAN DI IKLAN

OLEH JEPUN

KAH KAH KAH
--------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

olympic 2021, tokyo akan lancarkan jam jenama sheraton. amiin.