Jumaat, 25 September 2026

BARUA AMERIKA TERUS DI SERANG


ANSAR ALLAH

 TERUS SERANG 

BARUA 

ZIONIS AMERIKA

KHALAS


Arab Saudi lapor serangan baharu Houthi, Perancis tawar sokongan ketenteraan


RIYADH: Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik Houthi dalam serangan terbaharu selepas mengeluarkan amaran keselamatan bagi beberapa wilayah termasuk Makkah.

Pada masa sama, Perancis berikrar menghantar 'aset ketenteraan' bagi membantu melindungi terminal minyak utama Arab Saudi di Yanbu.

Serangan terbaharu itu dilaporkan ketika pertempuran antara Houthi dan pasukan kerajaan Yaman yang disokong Riyadh berterusan di Yaman.

Gabungan diketuai Arab Saudi yang menyokong kerajaan Yaman dalam perang menentang Houthi sejak 2015 berkata, enam peluru berpandu balistik berjaya dipintas, sekali gus menggagalkan serangan ke atas Taif dan Yanbu.

"Peningkatan ketegangan dan pelanggaran oleh kumpulan Houthi akan ditangani dengan tegas," kata jurucakap gabungan, Turki al-Maliki, menerusi X.

Terdahulu, Pertahanan Awam Arab Saudi mengeluarkan beberapa amaran ringkas termasuk satu untuk Makkah, yang menempatkan lokasi paling suci dalam Islam, selain amaran berasingan bagi wilayah Laut Merah, Yanbu serta wilayah Taif, Jeddah dan Tabuk.

Amaran itu ditarik balik beberapa minit kemudian. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, amaran sedemikian sering dikeluarkan sebelum serangan oleh Houthi.

Dengan tekanan semakin meningkat ke atas Arab Saudi, Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berkata kerajaannya merancang untuk 'menghantar aset ketenteraan, termasuk anggota tentera, radar dan sistem pertahanan bagi melindungi' Yanbu.

Infrastruktur di Yanbu dan kawasan sekitarnya menjadi antara hab penting dalam rangkaian kemudahan tenaga Arab Saudi yang luas.

Yanbu menjadi terminal eksport minyak mentah utama kerajaan itu di Laut Merah dan dihubungkan dengan kawasan pengeluaran minyak berhampiran pantai Teluk menerusi saluran paip Timur-Barat, yang turut dikenali sebagai Petroline.

Yanbu juga menempatkan kemudahan penyimpanan dan penapisan minyak utama, manakala kedudukannya di Laut Merah menyediakan laluan alternatif kepada Arab Saudi untuk menghantar minyak mentah dan produk petroleum ke pasaran Eropah.

Ketika serangan Houthi menyasarkan Arab Saudi pada Khamis, pertempuran di darat turut berlaku di Yaman.

Sekurang-kurangnya 150 anggota Houthi dan pasukan kerajaan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu, menurut sumber daripada kedua-dua pihak kepada AFP.

Ini termasuk dalam pertempuran bagi menguasai kawasan bukit yang menghadap Selat Bab al-Mandab di pintu masuk Laut Merah.

Sekurang-kurangnya 98 anggota tentera dan pasukan kerajaan terbunuh, menurut jumlah yang dikumpulkan AFP berdasarkan maklumat daripada lima sumber ketenteraan.

Kebanyakan mereka terbunuh dalam serangan peluru berpandu balistik dan dron oleh Houthi dengan puluhan anggota tentera Yaman dilaporkan maut.

Houthi kemudian mendakwa melancarkan serangan bertubi-tubi menggunakan peluru berpandu balistik dan dron bagi menyasarkan pusat kawalan serta depot senjata di selatan Arab Saudi.

Kumpulan itu berkata pejuang Yaman dan Sudan terbunuh serta cedera dalam serangan itu, selain anggota Arab Saudi.

Kumpulan berkenaan turut mendakwa pada lewat semalam bahawa mereka melancarkan serangan merentasi sempadan yang menyasarkan infrastruktur Aramco di Yanbu dan satu lokasi yang tidak dinamakan di Riyadh.

Sekurang-kurangnya 52 anggota Houthi terbunuh dalam pertempuran lain, menurut dua sumber daripada kumpulan berkenaan.

Ramai anggota daripada kedua-dua pihak turut terbunuh dalam pertempuran di kawasan pergunungan Kahboub dan kawasan antara wilayah Lahj dan Taiz.

Ini berlaku ketika Houthi berusaha menguasai kawasan tanah tinggi yang menghadap Bab al-Mandab bagi melindungi wilayah yang baru dirampas. - AFP



Tiada ulasan: