Jumaat, 25 September 2026

RAMAI TAK FAHAM PERANAN UNDANG BEROMPEK

 

RAMAI WARGA

DILUAR N9

 TAK TAHU

TAK SEDAR

PERANAN UNDANG

BEROMPEK

AMIN

UNDANG BEROMPEK

INI JUGA TANDA

TANDA TANGAN

TANAH MELAYU

MERDEKA

AMIN

KHALAS



Kuasa pilih, turunkan Yang di-Pertuan Besar prerogatif kami

KUALA LUMPUR –  Kuasa memilih dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar merupakan adat prerogatif Undang Yang Empat yang  termaktub dalam Perkara 7, Perkara 10 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.

Penegasan itu dibuat dalam kenyataan media bersama Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Dalam kenyataan itu, mereka menolak dakwaan penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bersama barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Mereka menegaskan,  Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa berkenaan, sebaliknya hanya melaksanakan tugas perlembagaan bagi mematuhi ketetapan Undang Yang Empat di bawah Perkara 10 UUTKNS 1959.

Lantaran itu, mereka menyifatkan tohmahan pihak tertentu bahawa penurunan takhta Tuanku Muhriz telah dibuat oleh Datuk Ismail Lasim serta barisan Exco adalah satu fitnah jahat yang dirancang demi kepentingan peribadi kumpulan tertentu yang sebenarnya adalah asalnya punca dan dalang kepada
kemelut berpanjangan ini.

Tindakan berkenaan, kata mereka, bagi memelihara kedudukan Undang Yang Empat sebagai Raja Pemerintah Negeri Sembilan sebagaimana termaktub dalam Perkara 28 UUTKNS 1959.

Perkara 28(1) UUTKNS 1959 memperuntukkan perkataan ‘Raja’ dalam Bahagian Kedua Perlembagaan itu bermakna Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin yang ada pada masa itu.

Dalam perkembangan sama, mereka mengecam sekeras-kerasnya setiap usaha pihak tertentu sama ada secara terang-terangan atau berselindung yang didakwa cuba mencabuli prerogatif dan hak perlembagaan mereka.

Mereka turut mengingatkan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) supaya tidak mencampuri urusan pemerintahan Negeri Sembilan, khususnya prerogatif mereka di bawah Perkara 10 dan Perkara 11 UUTKNS 1959.

“Janganlah semata-mata kerana laba dan pengaruh politik atau tunduk kepada tekanan pihak tertentu, YAB Perdana Menteri sanggup melakukan apa sahaja tanpa menggunakan akal dan hati nurani malah tidak segan silu melanggarkan prinsip keluhuran Perlembagaan.

“Janganlah bertindak lebih sudu daripada kuah dan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Janganlah menimbulkan huru-hara di dalam Negeri Kami melalui agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan lumpuhnya pentadbiran Eksekutif Kerajaan Negeri Sembilan.

“Tindakan yang tidak berperlembagaan sebegitu jika diteruskan merupakan satu perlanggaran sumpah Perdana Menteri di bawah Jadual Keenam di samping pecah amanah terhadap Perkara 71 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta melanggari konsep federalisme,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Dato’ Klana Petra Datuk Mubarak Thahak, Undang Luak Sungei Ujong: Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman, Datuk Maarof Mat Rashad, Undang Luak Jelebu; Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah;  Undang Luak Johol, Datuk Sedia Raja Datuk Abdul Rahim Yasin, Undang Luak Rembau dan Tunku Syed Razman Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin.

Mereka turut memberi amaran tindakan yang didakwa tidak berperlembagaan itu, jika diteruskan, boleh menimbulkan huru-hara di Negeri Sembilan melalui agensi Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan pentadbiran Eksekutif Kerajaan Negeri Sembilan lumpuh.

Tindakan berkenaan juga didakwa sebagai satu pelanggaran sumpah Perdana Menteri di bawah Jadual Keenam, selain pecah amanah terhadap Perkara 71(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan serta melanggar konsep federalisme.

Kenyataan itu turut memetik Perkara 71(1) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Persekutuan hendaklah menjamin hak Raja sesuatu negeri untuk naik takhta serta memegang, menikmati dan menjalankan hak dan keistimewaan di sisi perlembagaan bagi Raja negeri itu mengikut Perlembagaan Negeri berkenaan.

Peruntukan itu turut menyatakan sebarang pertikaian mengenai hak naik takhta sebagai Raja mana-mana negeri hendaklah diputuskan semata-mata oleh pihak berkuasa dan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negeri itu.

Perkara 71(2) pula, menurut kenyataan tersebut, terpakai dengan ubah suaian yang perlu berhubung seseorang Pembesar Memerintah bagi Negeri Sembilan sebagaimana ia terpakai bagi Raja sesuatu negeri. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: