Selasa, 4 Ogos 2015

MANA KHAIRY HILANG







MANA KETUA 

PEMUDA 

GEROMBOLAN 

HILANG?



KHAIRY MESTI MENYATAKAN PENDIRIAN

Ketika negara dilanda begitu banyak isu beberapa minggu ini; termasuklah rombakan kabinet dan pemecatan Timbalan Perdana Menteri, serbuan di pejabat SPRM dan penahanan beberapa penyiasat kes 1MDB serta penangkapan rakyat Malaysia yang hanya menunaikan hak asasi mereka, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin masih terus mendiamkan diri.

Saya rasa begitu pelik bagaimana Khairy tidak sedikit pun bersuara sedangkan negara sedang melalui satu kemelut politik yang besar.

Najib dan barisan kabinet yang baru telahpun menyatakan niat mereka untuk memperketatkan lagi undang-undang yang akan mengganggu hak asasi rakyat disebabkan 1MDB. Kita juga sedang menyaksikan dengan jelas pemusnahan lanjut institusi-insitusi yang menyemak dan mengimbangi kuasa kerajaan.

Oleh itu saya menggesa Khairy Jamaluddin untuk menyatakan pendiriannya, sama ada beliau berdiri bersama Najib dalam hal 1MDB ataupun beliau bersama rakyat Malaysia yang lain termasuk anggota UMNO sendiri yang mempersoalkan skandal berbilion ringgit ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN


3 Ogos 2015






-----------------

8 ulasan:

Awanama berkata...

Kera Jantan pon dah sudah terima "High Income Economy"...berat tu..
Buat ape lah komplen....
Timbang wang lagi baik.

azam berkata...

Najib berani sebab PAS buat perangai
hadi & harun jin tak percaya
selagi kabinet najib tak membuktikan najib bersalah
maknanya PAS nak najib mengaku bersalah baru nak percaya
apa punya bodoh la ulamak 2 ekor ni
kalau betul najib kena bercuti sehingga siasatan selesai baru adil

Awanama berkata...

MAT BAHALOL JUNIOR ini kan budak kutip tepi jalan tu

Mesti lah sokong MAT BAHALOL

Kepala Otak tu nak jadi Pelapis Sampah kot.

Anak Siapa MAT BAHALOL JUNIOR nih?????

Awanama berkata...

Khairy tengah penin...nak sokong Najib semua duit MDB Rosmah yang balun, nak ditentang karang kena tendang macam Muhyiddin..... ibarat ditelan mati Si Nori...nak diluahkan, mati Maya Karin kah kah kah....

panglimo potaseh berkata...

Menantu Ayah poee Mokah ikut Malikul Sombab buek aji kot. Yang den tau buek aji sekarang ni kono ikut galiran.

Tetibo jo poee aji, dah tontu potong giliran, Tuhan tak marah ko? Sajo tanyo jo, sobab giliran den poe aji lagi tujuh tahun, itu pun kalau tak ado yang potong giliran macam Malikul.

Agak-agak eeaa sah tak aji kalu potong giliran? Atau pun ini dikiro derma jugak ko.

Mail Belo berkata...

KJ berok ni berangan nak kadi PM! Kah kah kah. Hantar je mangkuk nj ke Sundarban buat lauk pak belang. Kah kah kah

Awanama berkata...

Sebelum apa-apa menantu abah kena jawab ,sapa rembat duit MARA RM33 juta dulu. Barua ketuanan melayu mana yang makan sampai RM33. Kami menunggu jawapan, kami tak lupa.kah...kah...kah...

Awanama berkata...

Patut la Maya Karin tetiba jadi jutawan. Dpt simpan 8 juta. Kahkahkah. Jual burette rupanya. Lumayan sih.