Khamis, 8 April 2021

PROJEK JATUHKAN MUHYIDIN

 


JANGAN

TERPERANJAT

BILA MUNCUL

RAKAMAN ANWAR

BERBUAL DENGAN MUHYIDIN

AMIN


Bersatu takut Umno bekerjasama dengan parti lain, kata Nur Jazlan

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi terus diserang bertalu-talu kerana Perikatan Nasional (PN) terutamanya Bersatu takut Umno akan bekerjasama dengan parti lain, kata Nur Jazlan Mohamed.

Beliau merujuk rakaman audio yang dikatakan perbualan antara Ahmad Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dipercayai berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno pada akhir bulan lepas.

Timbalan Pengerusi Umno Johor berkata tiada salahnya isu hubungan antara Zahid dengan Anwar demi mencari titik persamaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Kedudukan itu jelas katanya, selepas Bersatu kini tiada harapan untuk bersama dengan Umno setelah Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memutuskan tiada kerjasama antara dua parti itu dalam pilihan raya umum ke-15.

“Apa yang ditakutkan (mereka) ialah Bersatu dan PN kerana Umno ada pilihan lain dan bukan mereka.

“Sebab itu mereka bersungguh-sungguh memburukkan Presiden dan Najib Razak. Ia cuba menghalang perbincangan dibuat untuk mencari jalinan politik yang lain.

“Sebab dengan mereka (Bersatu) memang (Umno) dah tolak. Hubungan dengan mereka (PKR) bukan rundingan pun tetapi hubungan dibuat untuk mencari persamaan bagi menempa PRU15.

“Parti dah buat keputusan tak mahu dengan Bersatu, kita kena cari alternatif lain,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.

Nur Jazlan bagaimanapun berkata rakaman audio itu tidak dibuktikan sahih dan mempunyai motif untuk memecah-belahkan Umno. 

“Kesahihan tidak dibuktikan. Ini hanya mahu pecah-belahkan parti,” katanya lagi.

Zahid sebelum ini menafikan beliau ada berbual dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini, yang rakaman didakwa perbualan itu tersebar melalui media sosial sejak malam tadi.

Katanya, penyebaran rakaman itu satu percaturan politik untuk menghancurkan Umno.

Kenyataan Ahmad Zahid menyusul rakaman audio yang dikatakan perbualan telefon antara beliau dan Anwar mengenai keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020, yang berlangsung pada 28 Mac lalu.

Dalam perbualan telefon itu, suara mirip Anwar didengar memuji Zahid atas ucapannya di perhimpunan agung itu.

Dalam ucapan penggulungannya, Zahid menegaskan pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu.

Beliau juga mendapatkan mandat daripada perwakilan untuk Majlis Kerja Tertinggi menentukan tempoh yang sesuai bagi Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin Yassin.

Rakaman perbualan itu membayangkan wujud usaha dan percaturan kuasa antara Zahid dan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin yang dikatakan sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat. – 7 April, 2021

ZAMAN KOBID

MENYERANG

SEMUA BOLEH

BERLAKU

KAH KAH KAH

PERBUALAN

SENATOR YUSMADI

DENGAN OBAMA

HANYA MENUNGGU

MASA NAK MELETUP

BUNTING DAH LAMA

KHALAS



Tiada ulasan: