Khamis, 8 April 2021

ANWAR TIPU ZAHID TIPU ATAS TIPU


KES MAKIN PELIK

KAH KAH KAH

SAPA TIPU SAPA

KAH KAH KAH

ANWAR TIPU ZAHID

AMIN

ZAHID TIPU UMNO

AMIN

UMNO 

TIPU MELAYU

KAH KAH KAH



Zahid tipu perwakilan Umno, kata Tun Faisal

AHMAD Zahid Hamidi menipu di Perhimpunan Agung Umno tentang hubungannya dengan Anwar Ibrahim, kata Tun Faisal Ismail Aziz.

“Ketika di perhimpunan agung Umno, Zahid kata jumpa Anwar hanya makan-makan minum. Pada saya itu sangat-sangat misleading,” kata timbalan ketua Umno bahagian putrajaya dalam temu bual di Insight Talk.

Tun Faisal, yang digantung keahlian enam tahun kerana memfitnah Zahid, berkata presiden Umno itu tidak menjelaskan tentang suratnya kepada perwakilan Umno pada perhimpunan agung yang diadakan 27 hingga 28 Mac lalu.

“Saya mendapat maklum itu adalah surat sokongan terhadap Anwar adalah surat yang benar dan tujuan supaya Anwar boleh bawa kepada Agong untuk beritahu dia dapat cukup sokongan supaya kerajaan dapat digantikan.


“Macam mana presiden melalui surat menyokong Anwar untuk meruntuhkan kerajaan. Itu saya tak boleh terima. Kita pertahankan dasar parti.

“Mana boleh senyap-senyap tanpa pengetahuan MKT, semua ahli tiba-tiba ada surat sokongan.”

Tun Faisal merujuk kepada surat sokongan yang didakwa diberi oleh Zahid kepada Anwar pada September lalu.

Sokongan yang dikatakan itu, tetapi dinafikan oleh Umno, bertujuan membolehkan Anwar membuktikan kepada Agong beliau mempunyai sokongan mencukupi untuk menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Seminggu sebelum surat berkenaan bocor, Anwar mengumumkan beliau ada “jumlah yang cukup” untuk menggantikan Muhyiddin.

Tun Faisal berkata Zahid sepatutnya menjelaskan tentang hubungannya dengan Anwar dan surat sokongan yang dikatakan itu.

“Kita nak buat satu keputusan besar dan kita bohong mereka dan kita tidak cerita benda yang betul. Ini satu kesalahan yang tidak boleh pandang ringan dan ahli kena tahu perkara itu benar,” kata bekas pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu.

Tun Faisal turut meluahkan rasa terkejutnya kerana digantung keahlian enam tahun daripada parti.

Beliau mendakwa lembaga disiplin parti mungkin terlepas pandang penjelasannya.

“Jika mereka benar-benar melihat fakta dan merit kes saya, saya tidak akan dikenakan tindakan, apatah lagi digantung enam tahun,” katanya.

Katanya, proses jawatankuasa disiplin cacat kerana pengadu dan mangsa terbabit dalam membuat keputusan menggantungnya.

Pengadu ialah Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor sementara pihak yang “difitnah” ialah Zahid.

“Kedua-duanya ada dalam Majlis Tertinggi yang memutuskan saya digantung,” kata Tun Faisal.

Tun Faisal dan Annuar Musa mengecam tindakan presiden yang cuba memutuskan kerjasama dengan Bersatu, untuk bersama PKR yang diketuai Anwar, dan DAP. – 8 April, 2021.

BERAT 

KES

MAKIN BERAT 

KAH KAH KAH

DAH SAH KE

SUARA ANWAR?

AMIN

SUARA MACAM

SUARA NIK NAZMI

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

MACAM SUARA

DOLAH SANI

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: