Khamis, 8 April 2021

ZAHID KANTOI

 

ZAHID KANTOI

KAH KAH KAH

KU LI CALON TETAP

PRESIDEN UMNO

DATANG DEPAN

KAH KAH KAH




Zahid tidak layak terus pimpin Umno, kata Ku Li

AHMAD Zahid Hamidi tidak layak untuk terus pegang jawatan presiden Umno jika rakaman perbualan telefon yang didakwa antaranya dan Presiden PKR Anwar Ibrahim tulen, kata Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, Ahmad Zahid perlu bertanggungjawab kerana ahli-ahli Umno meletakkan harapan tinggi pada kepimpinannya.

“Pada pandangan saya tak baguslah, seorang pemimpin patut tidak berlagak macam itu. Dia mesti lebih bertanggungjawab sebab orang meletakkan harapan kepada dia untuk memimpin dengan lebih baik. Jangan dia ambil mudah.

“Mengenai rakam audio ini, tak tahulah betul atau tak tapi dengar suara macam dia punya suara.

“Kalau benar itu suara dia, kalau benar dia mempunyai niat macam itu sebagaimana suara dia, sememangnya dia tidak bertanggungjawab, tidak layak kekal di situ,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian.

Tengku Razaleigh menyertai pelbagai pihak dalam Umno yang menggesa Ahmad Zahid letak jawatan selepas tersebar rakaman audio yang menunjukkan beliau mengambil sikap politik yang bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Selain Tengku Razaleigh, Ahli Majlis Tertinggi Zahidi Zainul Abidin juga berpendapat Ahmad Zahid wajar berundur sekiranya rakaman suara yang tersebar terbukti benar.

Katanya, perbualan telefon itu mencerminkan pendirian Ahmad Zahid yang tidak selari dengan ucapannya di Perhimpunan Agung Umno 2020 baru-baru ini.

Beberapa ketua Pemuda Umno di peringkat bahagian dan pemimpin sayap Puteri Umno juga membuat gesaan sama, selain ada juga yang mahu Majlis Kerja Tertinggi Umno menyiasat kesahihan rakaman suara itu.

Ahmad Zahid bagaimanapun semalam menafikan perbualan tersebut yang beliau sifatkan sebagai “percaturan politik yang jahat dan jijik” untuk menghancurkan Umno.

Anwar juga malam tadi membuat penafian sama, dan seperti Zahid, mengarahkan pegawainya membuat laporan polis agar rakaman itu dan penyebarannya disiasat.

Perhimpunan Agung Umno pada 28 Mac lalu mengesahkan pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan PKR, DAP dan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Rakaman perbualan itu bagaimanapun membayangkan wujud usaha dan percaturan kuasa antara Ahmad Zahid dan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin Yassin yang dikatakan sudah hilang majoriti di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid sebelum ini turut menafikan beliau menandatangani surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyokong Anwar sebagai perdana menteri walaupun beberapa pihak mendakwa surat itu bukan palsu. – 8 April, 2021.

SEBELUM KU LI

DATANG

KAH KAH KAH

MAT HASAN

MUNCUL DULU

AMIN




1 ulasan:

Awanama berkata...

Mat Hasan... ontah la... Ramai jugak yg tak gomar makan masak lomak cili padi ni..