Sabtu, 4 September 2021

BERITA BAIK MELAWAN KOBID

 



TAHNIAH

BARISAN DEPAN

AMIN

47.8% populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin, lapor JKJAV

SEBANYAK 47.8% atau seramai 15,606,818 daripada keseluruhan populasi di Malaysia melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik dalam laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan setakat semalam juga, seramai 20,261,734 individu atau 62% sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 35,841,103 dos.

Berdasarkan perkongsian maklumat itu juga, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 66.7% setakat semalam berbanding 65.9%, pada Khamis.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 321,349 dos diberikan, iaitu 177,518 merupakan dos kedua dan baki 143,831 adalah dos pertama.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bertujuan melaksanakan program vaksinasi bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama, 4 September, 2021.


TANPA MEREKA

KITA MASIH

DALAM BAHAYA

KHALAS


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Look like someone is addicted to numbers also...

Anto nyo beraga @ Antoniobraga berkata...

Otai-otai story kat aku ngapa takut divaksin kerana kata depa SEBAB INJET VEKSIN PANCUT DALAM...KALAU PANCUT LUOR TAK APA LE...KALU PANCUT DALAM NANTI PENERIMA VAKSIN AKAN PREGNENTKAN ANAK-ANAK VIRUS VAKSIN DALAM BADAN.. BALE DIBUATNYA MENGANDUNG ANAK VAKSIN...LAGI SATU KALAU YE PUN GOMEN LETAK LE TANDA SIRIM DAN TANDA HALAL PADA BOTOL VAKSIN TU BARU LE DIORANG PICAYA...KALU IVERMECTIN X MEMPREGNETKAN MANUSIA...KATE DEPA LE...mmmmm ntah la....opahnya bengkak pregnent.