Sabtu, 4 September 2021

PUKEE MAK LANUN TAK BAYAR CUKAI

 



 JANGAN ADA

SIMPATI PADA

ANAK PUKI MAK NI

AMIN

MENCURI DUIT

ORANG RAMAI

AMIN 




Anak Najib rekod persetujuan bayar kes tunggakan cukai RM13.16 juta

ANAK bekas perdana menteri Najib Razak, Mohamad Nizar, telah merekodkan perintah persetujuan dengan Suruhanjaya Khas Cukai Pendapatan (SCIT) berhubung pembayaran dalam kes tunggakan cukai sebanyak RM13.16 juta.

Susulan itu, Nizar, 43, yang juga ahli perniagaan, akan menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memberikan penghakiman terus dalam saman tuntutan cukai terhadapnya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, yang mewakili Nizar, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Seorang lagi peguam Nizar iaitu Wee Yeong Kang berkata perintah persetujuan itu direkodkan di hadapan SCIT pada 26 Ogos lepas.


Beliau berkata perintah persetujuan itu adalah berkaitan taksiran cukai tambahan bagi tahun 2011 hingga 2017 termasuk faedah 10 peratus dan penalti lima peratus yang berjumlah RM13,159,821.94.

“Beliau (Nizar) akan menarik balik rayuannya di Mahkamah Rayuan. Kami telah meng-e-melkan notis untuk tidak meneruskan kepada cawangan litigasi LHDN di Kuala Lumpur hari ini dan akan memfailkan notis itu sebaik sahaja ia dipersetujui oleh cawangan litigasi LHDN tersebut,” katanya ketika dihubungi.

Perkara itu disebut ketika pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman hari ini.

Wee hadir bagi pihak Nizar manakala LHDN diwakili Peguam Kanan Hasil Muhammad Nabil Abdul Halim.

Wee juga berkata pengurusan kes seterusnya telah ditetapkan pada 9 September untuk kemas kini berhubung status notis untuk tidak meneruskan rayuan itu.

Pada 7 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus terhadap Nizar dan memerintahkan beliau untuk membayar tunggakan taksiran cukai dari 2011 hingga 2017 sebanyak RM13.16 juta.

Nizar kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan itu.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes yang didengar melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi pada perbicaraan.

Dalam penghakimannya, Pesuruhjaya Kehakiman Julie Lack Abdullah memutuskan bahawa isu yang dibangkitkan oleh Mohamad Nizar tidak mempunyai merit dan tidak mempunyai asas untuk dibicarakan.

Beliau berpendapat bahawa pembayar cukai perlu membayar cukainya dulu tanpa menghiraukan rasa tidak puas hati dengan jumlah itu atau atas apa alasan sekali pun.

Pada 31 Mei lepas, Nizar bersetuju menyelesaikan tunggakan cukainya kepada LHDN. – Bernama, 3 September, 2021. 


KDETURUNAN

ANAK BERNAK

MENCURI DAN

MELANUN

AMIN 



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berapa lama kena tanggung geng biawak hidup ini TT, selama mana nak tanggung gaji elaun geng berak cangkung makan free di negara ini? Berapa ramai lagi nak masuk? Asyik satu Malaysia tanggung Duta Munke Pegawai Kerajaan yang rasuah salah guna kuasa, enggan ambik vaksin? Kenapa tidak buang kerja mereka yang enggan patuh yang rasuah yang curi yang sondol dari jawatan, beri kepada orang baik, sampai bila nak tanggung makan minum enjoy menjoy mereka ? Bila Melayu ini nak sedar sedar kah kah kah ???? Kalau hujan emas PON mampooosss tanggung generasi demi generasi biawak makan bangkai ini sedikit pun tiada maruah malu harga diri kah kah kab