Sabtu, 4 September 2021

TAKUT PASAI APA

 


 WOIT

SABRI

KAH KAH KAH

HANG TAKUT

NAK TUNJUK 

SOKONGAN PASAI

 APA

KAH KAH KAH

APA LU NAK SOROK

KAH KAH KAH



Tak perlu bukti keabsahan Ismail, kata peguam negara

KEABSAHAN Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan kerajaan baharu tidak perlu dibuktikan kerana pelantikannya sudahpun sah, kata Peguam Negara Idrus Azizan Harun.

Jelasnya, baginda sudahpun berpuas hati bahawa ahli Parlimen Bera itu mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat selepas menerima menghadap 114 wakil rakyat terbabit pada 19 Ogos lalu.

Selepas itu, Ismail dan para menteri juga sudahpun mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, katanya.

Oleh itu, sebarang usaha untuk membuktikan keabsahan itu juga melangkaui kuasa baginda kerana pelantikan perdana menteri itu sudahpun diperkenan baginda, katanya.

“Sekiranya pelantikan perdana menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda, ini bermakna kuasa mutlak Seri Paduka Baginda boleh diatasi oleh pihak lain.

“Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Seri Paduka Baginda seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Oleh hal yang demikian, berdasarkan kepada fakta-fakta dan kedudukan di atas, tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan perdana menteri dna kerajaan yang telah dibentuk menurut lunas undang-undang,” katanya.

Tambahnya, kuasa mutlak baginda untuk melantik perdana menteri itu mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) dalam perlembagaan.

Jelasnya, ia memberi kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri yang menurut hemat baginda, mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ismail mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesembilan pada 21 Ogos lalu bagi menggantikan Muhyiddin Yassin yang digulingkan apabila ahli Parlimen Umno menarik sokongan.

Sebelum pelantikan Ismail, baginda pada 18 Ogos menitahkan syarat agar perdana menteri yang menggantikan Muhyiddin mendapatkan keabsahan di Dewan Rakyat melalui undi percaya.

Beberapa pakar perundangan pula memberi pandangan usul percaya terhadap Ismail Sabri tidak perlu lagi kerana pelantikannya sudah sah dan beliau pada masa ini tidak hilang majoriti kepercayaan di Dewan Rakyat. – 4 September, 2021.

 PASAI APA

PAKAI PERISAI

PEGUAM NEGARA 

AMIN

RAKYAT TAK

AMBIL POT

KAH KAH KAH

RAKYAT NAK  

TENGOK

LU BETUI ADA

114 YB YNG

SOKONG

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK 

HIKAYAT 

MALIKUL  SEMBAB

LU SAMBUNG PULA

KHALAS



Tiada ulasan: