Sabtu, 4 September 2021

MUHYIDIN SETARAF DENGAN SAMI VELU

 

 INILAH 

DIPANGGIL

 KERAJAAN

SYARATTON

AMIN

SABRI DILANTIK PM

DENGAN SYARAT 

KHALAS

BERAT MAKIN 

BERAT SABRI 

KENA PIKUL

KAH KAH KAH 




Muhyiddin dilantik pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri


BEKAS perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan jawatannya bertaraf menteri, umum Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.

Pelantikannya dibuat oleh Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Rabu lepas dan sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, katanya.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan (Muhyiddin) untuk menerajui strategi pemulihan negara, demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Jawatan tersebut dipegang oleh Muhyiddin selaku perdana menteri selepas Majlis Pemulihan Negara dibentuk pada 16 Julai menggantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara.

Majlis itu bertanggungjawab memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk keluar daripada wabak Covid-19 berjalan lancar serta mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak secara menyeluruh.

Pelan itu, yang diumumkan pada 16 Jun, membahagikan keadaan kepada empat fasa mengikut kadar jangkitan, penggunaan kemudahan hospital dan kadar penduduk sudah disuntik vaksin.

Muhyiddin letak jawatan pada 16 Ogos selepas hilang keyakinan majoriti di Dewan Rakyat susulan tindakan sekumpulan ahli parlimen Umno menarik balik sokongan mereka kepadanya.

Beliau digantikan oleh bekas timbalan perdana menteri Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden Umno.

Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada 21 Ogos. 

Pada 27 Ogos, beliau mengumumkan “kabinet berorientasikan hasil” yang mengekalkan majoriti menteri dan timbalan dalam kabinet Muhyiddin, dengan beberapa orang bertukar kementerian.
– 4 September, 2021.

 KERAJAAN

SYARATTON INI

JUGA KERAJAAN

REKOD

KAH KAH KAH

REKOD

CEMERLANG

KAH KAH KAH

PALING RAMAI

MENTERI BETARAF

SAMI VELO

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: