Khamis, 12 November 2026

INDON : POTENSI HURU HARA

 

INDONESIA

DALAM KRISIS

AMIN

POTENSI

HURU HARA

AMIN

EKONOMI PARAH

RUPIAH JATUH

PRABOWO GAGAL

KHALAS



Naib Presiden Indonesia Gibran serah surat peletakan jawatan secara rasmi


JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, hari ini menyerahkan surat peletakan jawatannya secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR).

Speaker MPR, Ahmad Muzani, berkata Gibran menyerahkan sendiri surat itu dalam pertemuan selama kira-kira 20 minit di bangunan Nusantara III, kompleks Parlimen di Jakarta.

Beliau berkata, Gibran turut memaklumkan kepada pucuk pimpinan MPR bahawa surat yang sama turut diserahkan kepada Presiden Prabowo Subianto.

"Semasa pertemuan itu, Gibran menjelaskan bahawa tujuan beliau bertemu dengan pucuk pimpinan MPR adalah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Naib Presiden Republik Indonesia," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Desakan supaya Gibran berundur berulang kali disuarakan susulan keputusan Mahkamah Agung bulan lalu yang membatalkan kelayakan sijil sekolah menengahnya.

Naib Presiden Indonesia tidak mempunyai banyak kuasa yang ditetapkan dalam Perlembagaan, selain mewakili Presiden dalam acara rasmi dan mengambil alih tugas sekiranya ketua negara itu tidak berupaya menjalankan tanggungjawabnya.

Anak sulung bekas Presiden Joko Widodo itu menjadi naib presiden termuda Indonesia selepas memenangi Pilihan Raya Presiden pada Februari 2024 bersama Prabowo sebelum kedua-duanya mengangkat sumpah jawatan pada 20 Oktober 2024. - Agensi


Tiada ulasan: