SETANYAHU
SERANG IRAN
UNTUK TERUS
BERKUASA
KHALAS
Israel arah tentera tingkat persediaan mungkin serang Iran
BAITULMUQADDIS/ISTANBUL: Kabinet keselamatan Israel mengarahkan pihak tentera meningkatkan persediaan bagi kemungkinan melancarkan serangan ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar awam Israel KAN.
"Arahan yang dikeluarkan oleh Kabinet keselamatan kepada tentera Israel boleh membawa kepada pelaksanaan aktiviti yang berpotensi mencetuskan peperangan," menurut penyiar itu.
KAN melaporkan bahawa arahan berkenaan didedahkan kepada umum selepas pemimpin Parti Yashar Gadi Eisenkot mengeluarkan kenyataan menggesa Perdana Menteri sementara Benjamin Netanyahu supaya menahan diri daripada menjalankan operasi ketenteraan yang tidak perlu sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Kabinet keselamatan kali terakhir bermesyuarat pada 5 Oktober lalu, beberapa minggu sebelum pilihan raya Israel pada 27 Oktober, menurut penyiar itu. – BERNAMA-ANADOLU

Tiada ulasan:
Catat Ulasan