MAJLIS PEGUAM
JANGAN ALIH ISU
JANGAN KELIRU
RAKYAT
AMIN
KES TAHANAN
RUMAH BERES
AMIN
PASTIKAN PADA
24 OGOS 2028
NAJIB MASUK
KEMBALI KE JIL
AMIN
INI LEBIH PENTING
KERANA TARIKH
24 OGOS 2028
INI PASTI AKAN
DIPERTIKAI
KHALAS
AGC bantah semakan
kehakiman Badan
Peguam cabar tahanan rumah Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh Badan Peguam Malaysia bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan rumah.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi S Indra Nehru hari ini bahawa AGC menerima permohonan Badan Peguam Malaysia itu melalui e-mel dua hari lepas dan memerlukan masa untuk menelitinya sebelum memfailkan hujahan bertulis.
"Sudah tentu, Peguam Negara membantah permohonan kebenaran ini kerana keputusan yang dipertikaikan itu berkaitan dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan, yang tidak boleh diadili di mahkamah.
"Itulah pendirian yang akan kami ambil. Kami memerlukan lebih banyak masa untuk memfailkan hujahan bertulis dan meneliti permohonan tersebut supaya kami dapat mengemukakan bantahan dengan sewajarnya.
“Saya dengan rendah diri memohon masa daripada mahkamah untuk kami memfailkan hujahan bertulis," katanya semasa pendengaran permohonan kebenaran itu hari ini.
Sementara itu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya juga berhasrat untuk memfailkan hujahan bertulis memandangkan sebarang keputusan yang dibuat oleh mahkamah susulan pemberian kebenaran itu boleh menjejaskan pelaksanaan tahanan rumah Najib.
Peguam Zainur Zakaria yang mewakili Badan Peguam Malaysia tidak membantah permohonan AGC dan peguam Najib untuk mendapatkan masa bagi memfailkan hujahan bertulis masing-masing.
Hakim Indra Nehru kemudian menetapkan 17 Mac tahun depan untuk pendengaran permohonan tersebut dan mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya pada 14 Dis, manakala jawapan balas hendaklah difailkan sebelum pada 28 Dis.
Pada 10 Nov, Badan Peguam Malaysia memfailkan tindakan undang-undang baharu bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah.
Badan Peguam menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Penjara serta Najib sebagai responden.
Dalam permohonan itu, Badan Peguam memohon perisytiharan bahawa sebarang prosiding atau keputusan yang didakwa dibuat di bawah Perkara 40 dan 42 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah di sisi undang-undang serta bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk keputusan yang diumumkan melalui kenyataan media bertarikh 18 Sept 2026 oleh responden kedua, yang membenarkan Najib menjalani baki hukumannya menerusi "tahanan rumah" atau "penahanan di rumah".
Badan Peguam turut memohon perintah untuk membatalkan prosiding dan keputusan Lembaga Pengampunan tersebut, serta perintah agar tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri itu digantung serta-merta sekiranya kebenaran diberikan, sementara menunggu keputusan semakan kehakiman.
Dalam afidavit yang diikrarkan oleh Setiausaha Badan Peguam Malaysia Jayabalan Raman Kutty, badan itu menyatakan bahawa permohonan tersebut melibatkan prinsip penting berkaitan hak perlembagaan dan hak asasi.
Badan Peguam berkata tahanan rumah tidak termasuk dalam maksud pengampunan, penangguhan hukuman atau peremitan hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Jayabalan mendakwa Lembaga Pengampunan gagal mempertimbangkan faktor-faktor relevan dengan sewajarnya, termasuk sabitan dan hukuman penjara Najib dalam kes lain, beban kewangan akibat jenayah yang dilakukannya serta kesan terhadap keyakinan awam terhadap usaha antirasuah.
Pada 10 Nov, Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya dalam kes SRC International di bawah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di Kuala Lumpur, berkuat kuasa serta-merta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan