Khamis, 12 November 2026

PAGI INI

 

PAGI INI












HARI INI

KHAMIS 11 NOVEMBER 2026

TERAM TAK NAK SERANG


KAH KAH KAH
Mat Teram kata  dah tak guna serang Iran kerana Iran dah hancur – kah kah kah.

Teram klim Amerika dah menang – kah kah kah.

Iran kata :  Amerika dan Israel dah kalah – PROJEK TUKAR KERAJAAN IRAN dah GAGAL kah kah kah.

MENTER PERANG AMERIKA NAK DI PECAT
KAH KAH KAH
Satu resolusi sedang di bawa ke dalam Kongres untuk pecat PETE HEGHSET – kah kah kah.

Resolusi ini bukan dari Parti Demokrat tapi dari Parti REPUBLIKAN – ini Parti Mat Teram.

NAJIB DI RUMAH
Hari ini Menteri KDN akan huraikan  tentang TAHANAN RUMAH dalam Parlimen.

ROSMAH DUDUK DIMANA?
Betul ke Rosmah duduk di Pavilion ?
Ertinya Najib di rumah dengan BINI NO 2 – kah kah kah

PRN MELAKA
Wow ada kata PN-BN akan tapau 26 kerusi dari 28 kerusi – kah kah kah – hanya dua Untuk DAP.

Betul ke ni ? PKR dapat telo – Bersama dan Bersatu dapat PHD ?

HOKKIEN
Pagi ini kering  segar – Matahari dilindungi awan. KL & KL Sentral berkabus – kemarin ujan pagi. Bangunan 118 puncaknya di balut kabus

Di Pintu Masuk Tiga Abang sedang potong rumput – habis rumah Cengkerik – hanya bunyi mesin di dengar.

Ramai datang makan. Siti dan Puppy ada. Geng Itam ada tapi Geng Putih tak nampak.

Arah  Brickfeilds suara Gagak - Aduh ! Suara sedih mendayu. Di Udara deram pesawat – tak kelihatan  badan  di bungkus awan.

Berjalan pulang di Wakaf Satu Tiong jadi Spy bertenggek atas atap. Ramai menunggu – gua habiskan semua bekalan.
Ha ha – Minah di Gelanggang Tenis jumpa bola tenis – gua ambil bawa pulang – jadi koleksi mainan Minah.

Hari ini akan panas – Tak Tak sedang menjalar di Balkoni – jika petang hujan malam sejuk santai. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Jika hidup lu bergantung dengan PERASUAH maka lu akan pertahankan Perasuah ini.

BRO
Lu tahu itu salah tapi lu tak bersuara itu tanda lu PALAT.

BRO
Lu baik lu jujur  tapi lu tak buat apa apa – lu juga Palat. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK
 


Tiada ulasan: