Selasa, 9 Jun 2026

MB KEDAH LANGKAH BIJAK


LANGKAH BIJAK

SANUSI

AMIN

PASTIKAN KHIDMAT

 RAKYAT 

DIJAGA  BUKAN

REBUT KUASA

KHALAS



Sanusi kekalkan exco Bersatu selagi sokong kerajaan negeri

Di sebalik keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu, perkara itu tidak menjejaskan kedudukan barisan exco Bersatu dalam kerajaan negeri Kedah setakat ini.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun katanya, mereka mesti berpendirian menyokong kerajaan negeri.

"Kekal (exco Bersatu), tiada perubahan selama mereka berpendirian menyokong kerajaan negeri," katanya ringkas melalui pesanan teks, hari ini.

Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata demikian ketika ditanya kedudukan exco Bersatu dalam pentadbirannya susulan perkembangan hubungan politik antara kedua-dua parti berkenaan.

Terdahulu, PAS membuat keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu susulan pertembungan tajam parti gabungan PN itu mutakhir ini.

Perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan media selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, malam tadi.

Sementara itu, ditanya sama ada keputusan itu bercanggah dengan pendirian terkini parti, Sanusi berpandangan sebaliknya.

“Tak apa. Keputusan kita (PAS) tak ganggu kerajaan-kerajaan negeri selama terus menyokong boleh saja kekal (dalam kerajaan),” katanya.

Di Kedah, Bersatu mempunyai dua exco iaitu Adun Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad (kebajikan, wanita, keluarga dan masyarakat) dan Adun Kubang Rotan, Mohd Salleh Saidin (pelancongan, kebudayaan dan keusahawanan).

Sebelum ini Sanusi juga mengekalkan Adun Suka Menanti Dzowahir Ab Ghani (pertanian, perladangan dan pengangkutan) walaupun telah dipecat daripada Bersatu kerana hadir dalam  acara bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin.

Malaysiakini juga sedang mendapatkan reaksi ketiga-tiga Adun terbabit berhubung perkara itu.

UDANG SIAM


PASAL APA

TAK IMPOT

UDANG SIAM ?

AMIN

GUA SELALU

BELI UDANG SIAM

AMIN

TAPI TAK PERNAH

BELI AYAM SIAM

KAH KAH KAH

AMIN




Thailand sedia bangkit isu gantung import udang Malaysia di WTO, ASEAN


BANGKOK: Thailand bersedia membangkitkan isu penggantungan sementara import lima spesies udang dari negara itu oleh Malaysia di forum Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan ASEAN sekiranya rundingan dua hala gagal menyelesaikan isu berkenaan.

Jurucakap Kerajaan, Ratchada Thanadirek, berkata Kementerian Perdagangan telah mengarahkan Pejabat Hal Ehwal Komersialnya di Kuala Lumpur supaya memantau rapat perkembangan susulan penggantungan yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Beliau berkata kerajaan kekal komited untuk menyelesaikan isu itu menerusi perbincangan dua hala, dengan Kementerian Perdagangan serta Kementerian Pertanian dan Koperasi diarahkan untuk mempercepat rundingan bersama rakan sejawat masing-masing di Malaysia.

"Sekiranya isu ini masih tidak dapat diselesaikan, Thailand bersedia membawa perkara ini ke platform WTO dan ASEAN," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Langkah itu diambil ketika Thailand melaksanakan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan penggantungan berkenaan terhadap penternak dan pengeksport udang.

Ratchada berkata Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, telah menyuarakan kebimbangan mengenai kesan berpotensi terhadap penternak udang, khususnya di selatan Thailand.

Beliau turut mengarahkan agensi berkaitan mengambil langkah bagi mengelakkan penurunan harga pada peringkat ladang sambil mendapatkan pasaran alternatif untuk pengeluar yang terjejas.

Bagi mengurangkan kesan itu, beliau berkata Kementerian Perdagangan memperkenalkan 13 langkah segera yang bertujuan menyerap kira-kira 400 tan pengeluaran udang sebulan – bersamaan purata eksport udang Thailand ke Malaysia – bernilai kira-kira 44 juta baht (RM5.4 juta) sebulan.

Ratchada berkata langkah itu termasuk memperluas peluang eksport ke China menerusi acara promosi perdagangan, program padanan perniagaan dalam talian dan penyertaan dalam pameran makanan antarabangsa utama.

Selain itu, penggunaan domestik dipertingkatkan menerusi kempen promosi dan inisiatif campur tangan pasaran.

"Bagi jangka panjang, Jabatan Perikanan Thailand dan Biro Kebangsaan Komoditi Pertanian dan Piawaian Makanan akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia dalam usaha menyelesaikan pertikaian ini," katanya.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia bulan lalu mengumumkan penggantungan sementara import lima spesies udang dari Thailand, berkuat kuasa 1 Jun, sebagai sebahagian daripada kawalan lebih ketat terhadap produk perikanan dari negara itu.

Spesies yang terbabit ialah Penaeus esculentus (udang harimau coklat), Fenneropenaeus merguiensis (udang pisang), Penaeus vannamei (udang putih), Penaeus monodon (udang harimau) dan Penaeus stylirostris (udang biru).

PKR AKAN LENYAP


ANWAR

 BIN IBRAHIM

BAWA MUSNAH

KEPADA PKR

AMIN

HIZBULLAH MENYERANG

 


HIZBULLAH

MENYERANG

AMIN

Dilaporkan berlaku pertempuran sengit antara Hizbullah dan IDF di Barat Gaileee sepanjang malam tadi

Pertempuran sengit turut berlangsung di Yohmor Al Shaqif di Selatan Lubnan menyebabkan sekurang-kurangnya sebuah jentolak D9 IDF dimusnahkan.

https://t.me/breakingnewsbmbi

PEMIMPIN MELAYU PEMBANGKANG BODOH & BEBAL


ANWAR 

BIN IBRAHIM

JADI PM KALI

KEDUA BUKAN

 KERANA

ADA SOKONGAN

 MELAYU

AMIN

MADAFAKA

TERUS BERKUASA

KERANA PEMIMPIN

MELAYU DLM  PN

BODOH & BEBAL

KHALAS



PAS-BERSATU putus, tapi mungkin kekal dalam PN

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS kunci mulut berhubung kedudukan parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN), selepas mengumumkan keputusan menghentikan kerjasama politik bersama BERSATU.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, memberi isyarat parti berkenaan ketika masa ini masih kekal berada dalam gabungan berkenaan.

"Itu saya tidak mahu ulas lagi setakat ini. Setakat malam ini begitulah (masih dalam PN)," katanya ditemui media selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu pejabat parti itu, di sini, malam tadi.

Terdahulu, PAS mengejutkan landskap politik tanah air apabila mengumumkan keputusan menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan BERSATU selepas meneliti kedudukan serta hala tuju hubungan antara kedua-dua parti.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas berkenaan yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ditanya sama ada keputusan memutuskan hubungan dengan BERSATU itu dipersetujui oleh majoriti pimpinan tertinggi parti, Ahmad Fadhli bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perjalanan mesyuarat berkenaan.

"Saya tidak boleh komen mengenai perjalanan mesyuarat. Tidak (panas) ...penghawa dingin berfungsi dengan baik," katanya.

Mesyuarat tak bincang kedudukan PAS dalam PN

Beliau turut memaklumkan bahawa agenda mesyuarat khas pada malam tadi tidak menyentuh atau membincangkan soal kedudukan semasa PAS dalam PN.

Sementara itu, Pengerusi PN Perlis,  Shahidan Kassim, turut mengambil pendekatan serupa dan meminta pihak media merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PAS.

"Kenyataan Presiden tidak menyentuh pasal PN, jadi kedudukan adalah sebagaimana yang lama (masih kekal)," katanya.

Mengulas mengenai situasi politik di Perlis susulan keputusan itu, Shahidan berkata, beliau akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung status kerajaan negeri selepas mendapat arahan rasmi daripada pucuk pimpinan pusat.

"Isu Perlis, saya akan keluarkan kenyataan apabila mendapat arahan selanjutnya daripada PAS Pusat," katanya.

MELANGGAR ADAT


SEBAB UTAMA

TENGKU MUKRIZ

LANGGAR ADAT

AMIN

NAK ANAK DIA

JADI PENGGANTI

KHALAS