.

Jumaat, 29 November 2013

BERTEMU AISHAH - PECAH BERITA







KOMENTAR TUKAR TIUB
misi berjaya!





KAKAK DAN ADIK

pertemuan kakak dan adik

malam tadi  disatu kota
yang saya sendiri tak tahu

semua berjalan saperti dilancar

cik gu kamar
telah bertemu dengan siti aishah

gumbira dan sedih - ini komen awal  dari cik gu kamar

ketika  ini cik gu kamar masih berehat dlam bilik





MENAPAK MENCARI JEJAK LAMA

london kota  yang aku telah jatuh cinta 20 tahun dahulu
kota ini telah aku hayati ketika aku membesar
ketika hati muda mendewasa

20 tahun kemudia  aku datang lagi
satu ironi
aku datang mencari aishah
bagaimana aku masuk dalam babak ini?

aku akan menyediakan tulisan tulisa 
tentang perjalanan memcari aishah
aku telah merakam kan semuanya
semenjak panggilan talipon tahun 1991
aduh ! bagitu lama dahulu

PETANG KELMARIN
bila semuanya kelihatan tenang dan berjaya
akau menapak dari hotel ke victoria stesen
aku beli tikt zone 1
kalau20 tahun dahulu hanya untuk zone 1,2,3 hanya £2.50 pence
kini hanya untuk zone 1 hanranya 7.50 

aku turun dijalan oxford 
pusat membeli belah
sibuk sibuk sibuk
ramai ramai
jam telah melintasi 4 petang
aku menuju ke raiding house street
sekolah lama aku dibelakang oxford street

telah ada pintu berkawal dan pak gard
lelaki hitam gemok - bila aku ambil gambar dia marah
tapi aku lagi gagal
fakulti aku kini jadi fakulti undang undang
filem dan dah pindah

sedih juga rasa hati
tempat bermain lagi dikena.ag
inikan pula tempat kencing  di tembok

MENGHALA KE SOHO
kini soho tidak lucah lagi
kedai intai intai burit telah tak ada
dulu sekali intai harga 50 pence
kedain ini untuk warga dunia ketiga yang
ingin melihat bulu ari berwarna perang

cafe cafe cafe

kedai kueh valerie valerie masih ada
desaru tempat kau bekerja sebagai pelayan
dah  jadi restoran yuppie
cafe cafe dan restoran setiap lorong

les miserable - masih dimaian kan tapi telah pindah panggung
pejabat maklumat china juga dah jadi restoran

KE 152 SHAFBURY AVENUE
ini restoran garuda
ini restoran jakarta
7 tahun aku kerja disni
ada lagi tapai dah jadi BALI BALI
tak tahu apa jadi dengan keluarga pak brahim
pemilik restoran ini

aku tak masuk
melinta  dua kali

aku merasa sedih

KE  LECEISTER SQUARE
haha haha
dimana mana yang aku dengar
bukan bahasa inggeris
baha eropah timur
kini kota london telah diampohi
oleh warga bulgaria poland  dan dan dan
malah semua pekerja aku di hotel ini
datang daru daerah itu

KE CHINA TOWN
hahah
restoran wong kee masih ada
itik panggang dan nasi kini £6
aku samopai dulu harganya £1.60
aku tingglkan harganya £2.50
kini dah naik

NOTA
dibelakang aroma roti bakar
jam 7.44 pagi
aku bangun awal - tak dpt tidoo
badan masih lagi badan brickfield
tidoo awal - terbangun jam 1 pagi terua tak tidooo

akan disambung..


-------------

LAGI BANI MELAYU KENA TIPU




PENYAHSENARAIAN SEMENTARA BERNAS SUATU PENGKHIANATAN KEPADA PARA PESAWAH DAN NELAYAN: “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI”

1.     Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (BERNAMA, 26 November 2013), bahawa penyahsenaraian BERNAS adalah bersifat sementara untuk tujuan penstrukturan semula, dan pemberian saham 5% kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan 5% kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) selepas penyenaraian semula telah menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu diperjelaskan.

2.     Perlu diingatkan, Dato’ Ismail juga sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa langkah pembelian gula mentah melalui long term contract pada Januari 2012 untuk tempoh tiga tahun pada harga USD 0.26/lb adalah “satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan” di mana selepas pemeteraian kontrak itu harga gula mentah jatuh merudum ke USD 0.17/lb hingga kini. Hasil ‘kebijaksanaan’ pihaknya, kerajaan kemudiannya menghapuskan subsidi gula yang mengakibatkan harga gula mentah yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh rakyat sehingga 2014.

3.     Adakah penstrukturan semula ini sekadar bermaksud membahagikan semula pegangan saham-saham BERNAS di antara kroni-kroni kerajaan seperti Batu Bara Resources Corporation Sdn Bhd yang kini memegang 22 juta saham bernilai hampir RM 82 juta?

4.     Kerajaan sebagai pemegang  ‘golden share’ di dalam BERNAS perlu memastikan bahawa program penstrukturan semula BERNAS ini dilaksanakan dengan betul kerana ini adalah industri strategik negara yang bakal merugikan rakyat sekiranya tidak diperhalusi sebaiknya. Setakat ini masih belum ada suatu jaminan tegas daripada pihak kerajaan bahawa pegangan saham oleh NAFAS dan NEKMAT tidak akan tergugat akibat penstrukturan semula ini.

5.     Sekiranya benar pegangan NAFAS dan NEKMAT akan dinaikkan kepada 5%, bagaimanakah mereka akan membiayai pembelian saham-saham ini (yang dianggarkan bernilai RM 50 juta) tanpa penambahan bebanan kewangan? Kerajaan juga perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuashati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT di mana sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10% setiap satu dikekalkan semenjak penubuhan BERNAS (menerusi pemantauan berterusan pihak kerajaan), sekurang-kurangnya RM 174 juta lagi boleh diagihkan kepada golongan petani dan nelayan ini.

6.     Bagaimana pula pihak kerajaan boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya yang berjumlah 83.4% dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)? RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi.

7.     Walaupun NAFAS dan NEKMAT dijanjikan pegangan saham yang sedikit tinggi ketika penyenaraian semula nanti, Tan Sri Syed Mokhtar dan pemegang saham minoriti lain yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Barisan Nasional bakal mendapat habuan yang lebih besar hasil penstrukturan semula ini.

8.     Kepentingan para petani dan nelayan jelas dipinggirkan kerajaan, manakala kerakusan individu yang rapat dengan pihak kerajaan terus diutamakan. Inilah pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan para petani yang penat membanting tulang bagi memastikan bekalan beras negara ini terjamin. “Harapkan pagar, pagar makan padi

 Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
  


-----------

PANDANGAN ANAK MUDA





Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Jadi Kelab Kongkalikong

Semalam SAMM Johor menjadi antara yang pertama menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap kenaikan gaji yang terlalu tinggi DUN Selangor di kala rakyat masih terbeban dengan kesan kenaikan kos sara hidup yang semakin mendesak.

Hari ini, setelah pelbagai pihak menyatakan bantahan termasuklah komentar Ketua Pembangkang yang menyatakan kenaikan itu terlalu tinggi, Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor membuat pusingan 180 darjah apabila Pengerusinya, YB Azmin Ali membuat kenyataan meminta pentadbiran Kerajaan Negeri mengkaji semula keputusan yang telah diluluskan semalam.

Persoalan yang ingin SAMM Johor lontarkan adalah mengapa semalam sewaktu usul pindaan dibentangkan di Dewan DUN, BBC Selangor tidak menyatakan bantahan atau menolak usul ini daripada diluluskan? Adakah BBC berpandangan bahawa Dewan DUN itu adalah seperti sebuah set penggambaran drama? Di dalam Dewan DUN, mereka mengundi untuk meluluskan usul kenaikan namun apabila berhadapan dengan media BBC membuat pusingan 180 darjah dan meletakkan semua beban kesalahan kepada Menteri Besar seorang.

Kelulusan kenaikan gaji ini bukanlah keputusan eksekutif semata-mata. Ia adalah keputusan kolektif kesemua ahli Dewan Negeri Selangor. Ia dibahaskan dan diundi untuk kelulusan. Maka, adalah tidak patut setelah pelbagai lapisan rakyat menyatakan bantahan termasuklah Ketua Pembangkang yang menyatakan bahawa kenaikan ini terlalu tinggi, barulah BBC tersedar daripada lenanya.

Atau apakah kenyataan Pengerusi BBC ini hanya untuk mengampu Ketua Pembangkang yang juga merupakan Ketua Umum PKR semata-mata? Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tersebut barulah BBC tersedar ataupun semasa usul ini dibahaskan semalam Pengerusi BBC tidak berada di dalam Dewan DUN sehinggakan beliau tidak menyedari usul kenaikan gaji ini dibahaskan?

Rasional perbandingan gaji Menteri Besar, Exco, ADUN, Speaker dan Timbalan Speaker dengan swasta bukan satu justifikasi yang boleh diterima pakai. Swasta atau korporat adalah merupakan organisasi yang berorientasikan keuntungan sedangkan pentadbiran Kerajaan lebih berorientasikan khidmat kepada rakyat. Jika rasional ini digunapakai, maka seharusnya seluruh penjawat awam Negeri Selangor perlu menerima gaji yang setara dengan sektor swasta.

Cukuplah bermain wayang. Rakyat tidak buta. Rakyat tidak pekak. Rejim Pakatan Rakyat jangan mengikut telatah rejim Barisan Nasional yang sering menghina akal rakyat. Apa yang boleh kita simpulkan BBC Selangor telah menjadi Kelab Kongkalikong. Apa yang sedang anda persembahkan ini jelas menghina intelektual rakyat.

Roslee Mohd Shariff
Penyelaras Bersama
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor
SAMM Johor


----------

DARI LONDON - MENCARI AISHAH

. .

MELAPOR DARI KOTA LONDON

JAM 6.30 pagi - sejuk
aku tidor awal malam tadi
tak sempat nak tulis
letih betul menapak jejak lama
banyak cerita - aku tahu semua menunggu

harap sabar - harap sabar
untuk semua warga malaysia
tolong bersabar - cahaya telah dilihat
lampu telah dipasang

semua akan tahu tidak lama lagi

ikuti terus tukat tiub...