Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 18 Mac 2009

KERTAS JAMPI DI BAWAH MEJA PAK LAH ? - mkini


Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

kah kah kah…. INI UFO LAAAA…. kah kah kah

kah kah kah…. UFO SALAH LANDING…. kah kah kah…

woit…ATAU ADA BOMOH NAK MINTA NUMBER…. kah kah kah



TER NOW !!!! HOT HOT !!!! DATUK ZAID IBRAHIM MEMOHON SEMBAH


Zaid Ibrahim memohon sembah kepada yang DiPertuan Agung agar tidak melantik Najib Razak sebagai Perdana Menteri untuk menggantikan Abdullah Badawi.

Zahid memohon agar Agung melantik ‘orang lain dan bukan Najib Razak.

Mengikut pandangan Zaid Ibrahim, Najib Razak tidak layak untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Bekas Menteri Undang-Undang ini memohon sembar agar Agung memilih individu yang perangai dan tingkah lakunya diyakini oleh rakyat.




PENGELANAN - MEMAHAMI KRISIS EKONOMI GLOBAL (1)



PENGELANAN - MEMAHAMI KRISIS EKONOMI GLOBAL (1)


Akhirnya kerajaan mengakui bahawa negara kita sedang berhadapan dengan satu malapetaka ekonomi. Malapetaka ini bukan mucul dengan tiba-tiba. Ini adalah hasil dari satu projek ekonomi yang telah dimulakan dari zaman Ronald Reagan dan Margaret Thatcher – 25 tahun dahulu. Dasar ekonomi ini di namakan globalisasi dan penswastaan.

Projek penswastaan ini telah diajukan oleh pemilik-pemilik bank di Wall Street dan City of London pada awal tahun 80’an dahulu. Kaum pemodal syarikat multi nasional dan tuan empunya bank melalui dasar penswataan telah merancang satu strateji untuk membolot semua harta kakayaan dalam dunia ini. Justeru penswastaan telah dikahwinkan dengan dasar globalisasi.

Dasar penswastaan ini telah dijual oleh Bank Dunia dan IMF kepada negara-negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika. Pelbagai bentuk ganjaran dan tekanan telah diberikan oleh Bank Dunia dan IMF agar dasar penswastaan dan globalisasi ini diterima. Muncul ayat-ayat klise – dunia tanpa sempadan – dan pelbagai mantra yang karut marut untuk melalaikan dan memerangkap warga dunia ketiga.

Di Malaysia – apabila beruk melihat maka beruk pun meniru sama. Justeru pada tahun 80’an dan 90’an Mahathir Muhamad telah meniru bulat-bulat dasar penswastaan ini. Air, leterik, kapal tebang, hospital, universiti dan pelbagai harta negara telah diswastakan.

Dasar penswastaan ini selari dengan Dasar Ekonomi Baru - mengagih-agih kekayaan kepada Bumiputeraa. Maka berbondong-bondonglah harta negara jatuh ke tangan individu atau syarikat individu. Maka semakin dikenali perkataan-perkataan seperti – Pink Form dan EPU – yang dilihat sebagai mesin ATM untuk kroni-kroni United Malays National Organisation. Harta yang dimodali, didirikan dan dikendalikan oleh negara mula diagih-agihkan kepada kroni, anak bini dan kaum keluarga.

Globalisasi, penswastaan dan ekonomi terbuka hanyalah tipu helah IMF dan Bank Dunia. Dibelakang IMF dan Bank Dunia ini adalah tuan-tuan punya bank dan kaum pemodal Anglo-Amerika. Sebenarnya dasar penswastaan dan globaisasi ini adalah dasar penjajahan bentuk baru. Ini adalah sistem kolonialisma yang lebih licik dan lebih tersusun.

Malalui penswastaan dan globalisasi ini telah wujud satu Empire baru yang bernama Pax Amerikana. Sama seperti empire Pax Romana dan Pax Britannia – empire baru ini memiliki tanah-tanah jajahan di seluruh dunia. Perjanjian perniagaan di buat – pasaran dibuka. Perjanjian ketenteraan di ikat – pengkalan tentera darat, udara dan laut didirikan. Gedebe dan kaki-kaki busuk di Asia, Afrika dan Amerika Latin – ramai yang bersedia bekerjasama untuk menjadi budak suruhan kepada Pax Amerikana.

Sekali sekala pemimpin negara dunia ketiga ini akan naik cawat apabila di terima mengadap ke Rumah Puteh. Jangan lupa bagaimana Mahathir telah merasuah tukang lobi di Washinton DC agar dapat masuk ke Rumah Puteh untuk ‘mencium’ tangan George Bush pada tahun 2002.

Melalui dasar penswataan dan ekonomi terbuka modal Anglo-Amerika mula menerbus masuk. Modal-modal ini mula membeli harta-harta stratejik seperti – air, api, media, tv , hospital , syarikat pengangkutan. Pemodal Anglo-Amerika ini secara licik mencari rakan niaga dikalangan warga tempatan yang memiliki jaringan dan hubungan kuasa politik. Malah ahli-ahli politik akan diberi hak milik atau saham agar segala bentuk projek diluluskan.

Justeru di Malaysia kita mula melihat – MacDogal, Burger King, Tesco, Giant – StarBuck – berselirat mencari mangsa. Impak kedatangan syarikat-syarikat gergasi ini kepada peniaga tempatan jarang dan tidak pernah dibincangkan – malah tidak ada langsung penilian ekonomi dilakukan.

Dalam masa yang sama undang-undang dan akta telah diluluskan di parlimen untuk memastikan kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika ini akan terjaga dengan baik. Buruh tidak dibenarkan berpersatuan. Buruh dilarang mogok. Jika ada pemimpin buruh yang menyusun kaum pekerja ianya akan ditahan. Tuntutan gaji minima ditolak untuk memastikan kaum pemodal mendapat keuntungan maksima.

Peniaga-peniaga kecil tempatan merasa tekanan dan tidak mungkin dapat bersaing. Banyak yang bungkus dan tutup kedai. Kematian peniaga tempatan ini menggembirakan pemodal Anglo-Amerika ini kerana suasana ini cukup sehat untuk mereka meluaskan pasaran.

Selama 25 tahun semenjak dasar pasaran terbuka dan globalisasi ini diperkenalkan kaum pemodal Anglo-Amerika ini kini telah berjaya mengawal hampir kesemua bahan-bahan mentah dalam dunia. Mereka boleh menaik atau menurunkan harga bahan-bahan mentah ini. Mereka berhujah bahawa yang menentukan turun naik harga ialah pasaran bebas. Ini bohong. Merekalah di Wall Street dan di City of London yang menentukan turun atau naiknya harga bahan-bahan mentah.

Dari belakang panggung – tuan-tuan empunya bank dan gedung perniagan sentiasa merancang. Mereka mewujudkan kumpulan-kumpulan pemikir. Mereka mendirikan jaringan sokongan yang berselirat di seluruh dunia. Mereka memberi dana kepada ribuan Ngo di Asia, Afrika dan Amerika Latin untuk memastikan dasar dan falsafah ekonomi terbuka dan globalisasi diterima. Tujuan mereka ialah untuk terus membolot harta kekayaan dalam dunia ini.

Elit ekonomi dan tuan empunya bank amat jarang menampakkan diri mereka secara terbuka. Jaringan-jaringan kabal mereka tersusun secara rashia. Cara mereka bekerja tidak jauh bezanya dari cara Mafia atau kongsi gelap bergerak. Organisasi seperti Bilderberg Group, Bohemian Grove, Masonic dan Illuminati adalah sarang dan tempat mereka berkumpul dan merancang. Merekalah yang memiliki kuasa untuk menaik atau menurunkan ahli-ahli politik bukan sahaja di Amerika dan London tetapi di seluruh dunia.

Di Russia pada satu ketika dahulu mereka berjaya menaikkan Yeltsin. Lihat apa yang terjadi – habis harta negara lingkup. Di timur tengah tidak ada Sheikh dan Emir yang berani bersuara. Lihat apa yang terjadi kepada Saddam. Cuba di bawah Castro yang merdeka dan bebas terus dihuruhara. Chavez dan Ahmadinejad dilihat sebagai musuh kerana tidak membenarkan modal Anglo-Amerika memporak peranda ekonomi negara mereka.

Hari ini dunia sedang dalam kesakitan. Jika kita sakit maka kita wajib kenalpasti apakah penyakit kita itu. Jika telah diketahui maka baru boleh ianya diubati. Jika tersalah baca maka tidak mungkin sakit itu dapat diubatai.

Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis keewangan. Ada yang mengatakan bahawa krisis hari ini adalah krisis ekonomi. Ada yang menuduh krisis ini timbul kerana tuan punya bank dan para CEO tamak haloba. Ada yang menuduh bahawa krisis ini timbul kerana kurang kawalan.

Semua ini tidak salah. Tetapi semua ini hanyalah manifestasi dari penyakit itu. Krisis yang kita hadapi hari ini adalah krisis kapitalisma. Sistem ekonomi kapitalisma telah sampai ke satu tahap bahawa ianya tidak mungkin dapat bergerak lagi. Pengeluaran dan pemintaan telah tepu.

Contohnya : dunia telah padat dengan kereta – pembeli terakhir penggunga dari negara Cina. Bila rakyat Cina tidak lagi membeli kereta maka Toyota, Nissan, General Motor jatuh muflis. Atau: ketika ini warga Malaysia yang berupaya membeli kereta telah membeli kereta. Maka telah sampai ke tahap dimana kalau Proton terus mengeluarkan kereta pasti tidak ada lagi pembelinya. Seribu satu macam galakan diberi tidak juga akan melahirkan pembeli. Tidak lama lagi Proton akan muflis. Atau sebenarnya Proton telah muflis tetapi kita tidak diberitahu. (TT)

( Minggu hadapan bahagian ke dua)



TINDAKAN LEMBAGA DISPLIN DIBANTAH



Dalam sidang media Lembaga Displin telah juga membatalkan hak Datuk M. Muthu dari bertanding.

Beliau telah mendapat 51 pencalonan , 1 pencalonan lebih dari 50 pencalonan yang diwajibkan.

Datuk M Muthu telah membantah keras keputusan Lembaga Displin kerana tindakan lembaga ini keluar dari bidang kuasa.

Jika Lembaga Displin Umno ini dapat melintasi bidang kuasanya bermakna Datuk M. Muthupalaniapan tidak dapat menentang Datuk Seri S. Samy Vellu yang telah 11 penggal menjadi Presiden Parti. Kah kah kah.




PENYOKONG ALI BERKUMPUL DI PEJABAT UMNO - mkini



Kira-kira 15 orang yang dipercayai ahli Umno yang menyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkumpul di luar bangunan ibupejabat Umno sambil melaungkan 'Hidup Datuk Ali'.

Mereka juga turut melaungkan "Hanya Datuk Ali boleh merubahkan Umno".

Manakala sidang akhbar Lembaga Disiplin Umno berlangsung di tingkat 38 bangunan tersebut di mana Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno selepas ejennya didapati bersalah terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.

Ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Amran Ahmad, ketika bercakap kepada pihak media berkata "kalau nak bersih, bersihkan semua sekali".



kah kah kah…. KALAU NAK BERSIH… BERSIHKAN SEMUA SEKALI… kah kah kah…

kah kah kah…BETUL SALAH MACAM MANA NI?..... KALAU BERSIHAK DARI BERTANDING…. BERSIHKAN JUGA DARI JADI KETUA MENTERI…. BARU BERSIHKAN SEMUA…. kah kah kah


MAJLIS TERTINGGI TERGEMPAR
– malaysianinsider


Majlis Tertinggi Umno akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini.

Ketua Perhubungan Negeri telah meminta menyuarat ini diadakan kerana ramai ahli parti tidak berpuas hati diatas tindakan displin yang melarang Ali Rustam dari bertanding.

Ali Rustam adalah calon yang paling popular.

Tindakan Lembaga Displin dibaca oleh ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia sebagai satu cara memberi ‘laluan’ kepada Muhyiddin Yasssin yang dilihat tidak mendpat sokongan ramai.



UMNO TEGAS HADAPI POLITIK WANG
- PM

Umno tetap tegas dalam menghadapi masalah politik wang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Lembaga Disiplin Umno sudah membuat keputusan berhubung berhubung perkara itu," katanya di sini.


kah kah kah…. KALAU TEGAS NAMPAKNYA MELAKA AKAN ADA KETUA MENTERI BARU…. kah kah kah

kah kah kah… RASUAH SALAH BESAR…. KALAU AHLI RUSTAM DIDAPATI RASUAH …. SPRM APA LAGI TUNGGU….kah kah kah



TERIMA KEPUTUSAN DENGAN TENANG- MUHYIDDIN


Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin, berkata ahli parti harus menghormati keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarang Ali Rustam bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.

Beliau juga berharap penyokong mereka berkenaan tidak merasa kecewa dan mengambil tindakan yang boleh membawa kesan negatif kepada situasi politik dalam Umno atau negara.

"Saya bersimpati dengan apa yang dihadapi sahabat saya Ali Rustam dan yang lain. Sebagaimana yang diketahui, soal disiplin terletak di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin Umno.


kah kah kah… TENANG ?.... TENANG ?.... TENANG ?..... kah kah kah…

woit …. WAK SEMBAB…..NAK TENANG MACAM MANA ?.... kah kah kah….

woit…. KALAU NAK TENANG… ULUR ULUR LAH AP AP BIRD DAY TO ME…kah kah kah



NAJIB KOMITED KEPADA KETERBUKAAN DAN KETELUSAN - melayau


Najib Razak berkata beliau komited kepada pentadbiran yang berprinsipkan keterbukaan, ketelusan dan bercakap benar kepada rakyat apabila mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jika kerajaan bercakap benar kepada rakyat maka kerajaan akan mendapat keyakinan daripada rakyat.

"Sebagai kerajaan mesti memupuk keyakinan daripada rakyat agar mereka yakin kepada kerajaan, (kita perlu) bersikap telus dengan rakyat," katanya ketika menjawab satu soalan peserta pada Persidangan Agenda Integriti Nasional: Penilaian dan Hala Tuju di Institut Integriti Malaysia di sini, hari ini.

Najib berkata, usaha memerangi rasuah dan membentuk satu masyarakat yang bersih, lebih berintegriti dan bermoral perlu menjadi satu perjuangan yang dibudayakan.

Katanya, unsur negatif seperti tamak haloba dan mementingkan diri sendiri yang menjadi pendorong kepada perbuatan rasuah dan penyelewengan kuasa perlu diketepikan.

Beliau berkata, gerakan integriti nasional perlu digalak dan disokong semua lapisan masyarakat di negara ini demi kebaikan bersama.

Mengenai laporan Pelan Integriti Nasional yang dilancarkan hari ini, Najib berkata berdasarkan laporan itu kerajaan boleh berbangga kerana beberapa kejayaan telah dicapai dalam aspek tertentu.

"Namun jelas masih banyak yang perlu dilakukan kerana persepsi masyarakat terhadap rasuah, masyarakat bermoral dan masyarakat berintegriti masih perlu diperjuangkan habis-habisan," katanya.



kah kah kah…. KAH KAH KAH…. kah kah kah…

woit… SIAPA YANG MENULIS TEK UCAPAN INI…. kah kah kah…

woit… INI TEX UCAPAN HUSSAM…. SALAH BACA KE?.... kah kah kah