.

Khamis, 13 Mac 2014

SELAMAT TINGGAL JEREBU






SELAMAT TINGGAL

 JEREBU

SELAMAT TINGGAL

BRICKFEILD


SELAMAT JUMPA SOHO

KAMI DAH

 dekat india

--------

WARGA SELANGOR BERSEDIA





MASIH DALAM INGATAN

Saya masih  ingat lagi kali pertama melihat wajah Wan Azizah. Tempatnya dalam panggung DBKL di Jalan Ampang. Waktunya: ketika menonton  sandiwara  Melayu yang bernama Lantai T Pinkie. Johan Jaafar yang  pada ketika itu penjaga imej Anwar Ibrahim di Utusan telah meminta saya datang ke panggung. Pada hemat saya  si Johan ini cuba  menampakkan Si Anwar ini sebagai peminat teater. 

Sama ada Anwar Ibrahim meminati teater atau tidak bukan congak saya. Ianya tak  pernah masuk dalam kamus dan jadual saya. Apa  yang saya nak labonkan disini ialah tentang Wan Azizah bukan tentang Anwar Ibrahim.

Biasanya,  kalau menonton sandiwara Melayu saya suka mengambil kerusi paling belakang. Jika sandiwara membosankan saya akan akan mencelah keluar dengan senyap-senyap. Sayangnya ketika menonton Lantai T Pinkie saya gagal berbuat demikian kerana saya duduk betul-betul dihadapan Wan Azizah. Maka saya tidak ada pilihan – saya terpaksa terus menonton hingga tamat. 

Apa yang menarik pada malam itu bukan sandiwara dipentas.  Sandiwara yang amat menarik telah berlaku diluar pentas.  Kawan saya Halim Sabir yang duduk disebelah saya telah  terdengar Wan Azizah memanggil Anwar : abang.  Bila Halim berseloroh  tentang  ‘sandiwara’ ini kami berdua terbahak-bahak ketawa. Ini berlaku pada ketika Anwar masih  yakin dan percaya kepada Ketuanan Melayu dalam United Malays National Organisation. Ini terjadi dalam tahun 1997.  

Kemudian Anwar ditangkap. Saya  melihat wajah Wan Azizah dari jauh. Saya perhatikan bagaimana Parti Pas telah mengosong Wan Azizah ke hulu ke hilir berkempen tentang ‘Abang Anwar’. Ini sebelum wujudnya Parti Keadilan Nasional. Ini ketika anak muda sedang turun berdemo mendobrak  dan menuntut Anak Lelaki Iskandar Kutty meletak jawatan.

Kali kedua saya melihat Wan Azizah di Hotel Federal. Ketika itu amat susah  mendapatkan tempat atau dewan untuk berforum  mendengar pendapat. Semua ruang kosong telah ditutup oleh Anak Lelaki Iskandar Kutty. Dewan hotel mungkin boleh disewa tetapi bukan semua hotel bersedia untuk dilanggan. Banyak tuan empunya hotel diberi tekanan. Kezaliman United Malays National Organisation sedang mengganas.

Saya ingat lagi pada malam itu – antara yang berucap ialah Mahfuz Omar. Si Mahfuz  yang ketika itu memimpin  Pemuda Pas  telah berucapa dengan  hebat. Suasana politik ketika ini  sedang menggelora. Setiap hari Sabtu ribuan anak muda Melayu akan turun berdemo di Jalan Tunku Andul Rahman. Pertemporan  sering berlaku. Polis semakin dilihat jelas sebagai jentera untuk mempertahankan kezaliman United Malays National Organisation. Justeru ucapan Mahfuz memang membakar.

Saya ternanti-nanti untuk mendengar apa isi butir dan pandangan Wan Azizah.  Wan Azizah penyampai ucapan  terakhir. Cukup mengecewakan. Mengikut istilah anak muda:  ucapan  Wan Azizah telah potong stim. Saya tidak ingat langsung apa isi kandongan ucapan Wan Azzizh pada malam ini. Apa yang saya ingat hanya... Abang Anwar ini..Abang Anwar itu .. Abang Anwar dan dan.. semuanya tentang Abang Anwar.

Walau pun ucapan Wan Azizah amat-amat mengecewakan tetapi saya masih ingat bagaimana Wan Azzizh telah turun dengan keretanya untuk memberikan tanda sokongan terhadap gerakan jalan raya. Wan Azizzh telah mengharung Jalan  Tunku Andul  Rahman ketikan ribuan anak muda Melayu sedang mengempur  Anak Lelaki Iskandar Kutty.  Imej Wan Azizah melambaikan tangan tanda sokongan ke jalan raya ini memaksa saya memberi penilaian kedua kepada  si Perempuan ini.

Dalam PRU10 pada tahun 1999 Wan Azizah telah bertanding  dan memenangi kerusi Pematang Pauh. Kemudian Wan Azizah dipilih untuk  menjadi Ketua Pembangkang dalam Barisan Alternatif.  

Diawal zaman Refortmasi  demo  dijalan raya berlaku sepontan. Tidak ada garis politik. Tidak jelas arah tuju.  Walau pun tanpa pimpinan yang jelas, demo jalan raya pada ketika ini telah menjemput puluhan ribu anak muda ke jalan raya. Mereka turun  ke jalan raya kerana melihat kezaliman telah berlaku. Kesedaran anak anak muda semakin melonjak naik. Inilah zaman kebangkitan dan kesedaran politik para mahsiswa dan pelajar sesudah Gerakan Baling 1974. Anak muda 1974 dan Anak Muda Reformasi mahu menggulingkan United Malays National Organisation.

Lama kelamaan  Gerakan Reformasi turun ke jalan raya semakin tersusun dan dirancang. Saya masih ingat lagi bagaimana telah disusun  berberapa  perhimpunan   besar-besaran untuk terus menghasut orang ramai membenci United Malaya National Organisation. Hasilnya amat lumayan:  Parti Ketuanan Melayu ini dilihat semakin  sesak nafasnya. Wan Azizah ketika ini jelas dilihat sebagai simbol penggerak Reformasi.

Saya masih ingat lagi di Lebuh Raya Kesas. Di  Perhimpunan Jalan Kebun Panglima Garang, Wan Azizah  telah datang dengan kereta roda. Dia ditunda oleh Pembantu kerana kakinya  cedera  bersimin. Walau pun dikerusi roda tapi masih gigih berdemo.

Pada petang itu di Lebuh Raya Kesas dikabusi oleh asap tembakan gas pemedeh mata. Ini tidak lagi menakut Wan Azizah. Kini gas pemedih mata dan pancutan air kimia bukan satu yang baru untuk Wan Azizah. Wan Azizah berada di barsian hadapan  berarak dijalan raya di Lebuh Raya Kesas. Kini Anwar Ibrahim bukan lagi Abang Anwar. Wan Azizah adalah suara Anwar Ibrahim diluar penjara. Inilah sejarah perjuangan Wan Azizah   yang gigih berpolitik  untuk menggulingkan  United Malays National Organisation.

Ketika Anwar dibicarakan saya melihat wajah Wan Azizah dimedia dalam negara dan luar negara. Saya ternampak  Sang Ibu ini memimpin anak-anak untuk melihat Sang Ayah  yang sedang dizalimi. Mahathir Muhamad  menjadi ikon kezaliman bila mana rakyat dunia melihat Wan Azizah dan keluarga yang diinyaya.

Pada bulan April 2001 – saya bersama 9  Reformis telah ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dua bulan kemudian  6 orang kami  dihantar ke Kamunting. Hubungan diluar putus. Dari tembok penjara saya kadang-kadang dapat terbaca bagaimana Wan Azizah telah meneruskan  perjuangan.  Dari tembok penjara saya merasakan Wan Azizah semakin mendewasa untuk memberi harapan kami yang dalam penjara.

Beberapa kali apabila Tian, Dr Badrul, Lokman Adam, Mat Ezam dan saya telah dibawa ke Kuala Lumpur untuk bicara kes ‘ demonstrasi’. Ketika itu Mahkamah kami sebelah Masjid Jamek. Sesekali di Mahkamah  Wan Azizah turun hadir. Saya hanya menganggukkan kepala tanda  berterima kaseh kerana dia sanggup meluangkan masa datang  bersetiakawan ke mahkamah. Kami dilarang berbual. Sesekali  hanya  berupaya   bertanya khabar tidak lebih dari itu.

Dari tembok penjara saya mengikuti perbincangan Parti Keadilan Nasional dan Parti Ralyat yang ingin bergabung. Saya bukan ahli mana-mana parti. Tetapi saya menyokong pergabungan ini sebagai usaha untuk menggalang satu front perjuangan yang luas. Pergabungan berlaku - Wan Azizah dinobatkan sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Syed Husin Ali sebagai Timbalan Presiden Parti.

Saya dibebaskan pada tahun 2003. Beberapa bulan kemudian saya dijemput untuk berceramah di Kamunting. Untuk pertama kalinya saya dapat sapentas dengan Wan Azizah. Kami berceramah di Markas Pas Kamunting. Sungguh ironi – markas Pas ini tidak jauh dari pintu masuk ke kem Kamunting. Malah saya selalu melihat daerah ini terutama apabila  saya dibawa keluar ke hospital  Taiping atau keluar bicara.

Malam itu Wan Azizah Yang Berhormat dari Permatang Pauh tidak menjadi peceramah terakhir. Ini kerana Wan Azizah perlu bergerak awal dalam perjalanan ke Pualu Pinang. Wan Azizah bertucap lebih awal dari saya. Aduh!  Hari ini, saya masih  ingat lagi nada ucapan pertama Wan Azizah di Hotel Federal pada tahun 1998. Dan nada  ucapan di Markas Pas Kamunting pada tahun 2003.
 
Saya mendengar ucapan Wan Azizah dengan penuih hormat. Saya memasang telinga untuk mendengar hujah yang keluar dari mulut Dr Wan Azizah. Untuk saya apa yang keluar dari mulut adalah tahap fikrah seseorang. Jelas pada malam di Kamunting itu ucapan Wan Azizah penuh berisi. Penuh bersemangat. Mungkin tidak sahebat ucapan Mahfuz Omar tetapi pada hemat saya  Wan Azizah kini telah mendewasa sebagai  pemimpian politik bertaraf antara bangsa. Sama setaraf dengan Megawati atau Curazon Aquino.

Malah dalam ceramah malam itu Wan Azizah secara bijak telah berjaya ‘menduku’ saya kerana saya masih lagi belum mendaftar sebagai pengundi. Secara berseloroh dan berjenaka dia bertanya kenapa saua msih belum mendaftar. Markas Pas Kamunting terbarai ketawa pada malam itu. Sayangnya sesudah berucap Wan Azizah minta diri untuk  meneruskan perjalanan. Tanpa saya berpeluang ‘ menduku’ kembali.

Hanya itu sekali sahaja saya sapentas dengan Wan Azizah. Justeru saya masih lagi belum dapat menerangkan kenapa hingga hari ini saya masih lagi belum mendaftar sebagai poengundi.

Dua hari dulu dunia diberitahu bahawa Wan Azizah akan bertanding di Kajang. Media United Malays National Organisation cuba memperlekehkan Wan Azizah.  Sikap United Malays National Organisation cukup memgumbirakan saya. Saya berharap musuh politik Wan Azizah   juga memiliki pandangan yang sama. 

Untuk  sesiapa sahaja yang belum mengenali Wan Azizah – saya ingatkan – jangan tersalah baca.   Yang bertanding ini bukan Wan Azizah Lantai T Pinkie. Bukan Wan Azizah Federal Hotel. Ini Wan Azizah  berhati cekal yang telah melintasi dunia politik antarabangsa. Justeru, kepada anak semua bangsa, terutama kepada warga Selangor bersedia untuk  memecah tradisi. Bersedia untuk merayakan MB Perempuan yang pertama. (TT)


 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan sila pukul talipon
03-92-21-10-45



 NOTA
kapal terbang dah bergerak

----------

SATU JEMPUTAN - KELAB BANGSAR




MALAM INI
KELAB BANGSAR UTAMA
jam 9:00 malam

SATU JEMPUTAN MENONTON


"....Kisah perjuangan mahasiswa & Rakyat di Gwanju mengangkat senjata menentang kekejaman tentera"


INI  FILEMNYA
)


 -------------

DAH DALAM KAPAL TERBANG






KENYATAAN AKHBAR – BILIK SULIT

Kumpulan Teater Bukan Teater akan membawa Bilik Sulit ke United Kingdom. Bilik Sulit  teater agit-prop adalah hasil tulisan dan arahan Hishamuddin Rais.
Teater ini ditulis  berdasarkan pengalaman bekas-bekas tahanan ISA. Dialog dan kata bual dalam Bilik Sulit adalah kata-kata dan ucapan asli yang dipungut dari pengalaman bekas-bekas tahanan ISA.
Bilik Sulit – edisi pertama bermula pada tahun 2005 atas tajaan Gerakan Mansuh ISA. Bilik Sulit telah dibawa ke Kuala Lumpur, Melaka, Permatang Pauh, Kota Bharu dan Kuantan
Bilik Sulit – edisi kedua bermula sebulan sebelum coup d’etat berlaku di Perak - 2008. Edisi kedua tajaan Majlis Peguam. Pementasan di Dewan Majlis Peguam, di Pulau Pinang dan gagal dipentaskan di Ipoh kerana rampasan kuasa berlaku.
Bilik Sulit - edisi ketiga bermula pada bulan November 2013. Kali ini Bilik Sulit ditaja oleh SUARAM. Pementasan bermula di Dewan China (KLSCAH) kemudian ke Ipoh, Kepala Batas, Bukit Mertajam, Batu Pahat, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Temerloh dan Kajang.
Bilik Sulit akan buka panggung di Manchester pada 22/23 Mac 2014. Kemudian akan ke Sheffield, Cardiff dan Nottingham.
Bilik Sulit buka panggung di United Kingdom untuk sama-sama merayakan 'Festival Uno Malaysie Cultural & Political Showcase'. Lawatan pasukan Bilik Sulit ke UK ditaja oleh Suaram International, Warga Malaysia UK, Radio Bangsar Utama, Persatuan Pelajar Malaysia UK dan rakyat Malaysia.

Bilik Sulit buka panggung di UK dengan tujuan untuk meluaskan lagi kempen menentang akta tahan tanpa bicara. Juga untuk memberi kesedaran  tentang hak asasi dan khususnya tentang penahanan tanpa bicara kepada warga Malaysia yang menetap di UK dan juga  kepada para pelajar dan mahasiswa Malaysia di UK.
Selain dari Bilik Sulit, Festival Uno Malaysie juga akan mengadakan bengkel, perbincangan dan pameran gambar di setiap pekan dan kampus yang dilawati.

Lakaran Kartunis Zunar akan dilelong di The Horse 124, Westminister Bridge Road, London pada malam 20 Mac 2014.
Pasukan Bilik Sulit juga akan mengadakan perbincangan dengan Amnesty International dan ahli-ahli Parlimen British tentang kedudukan hak asasi manusia di Malaysia.
Grand Finale Festival Uno Malaysie ialah pada hujung minggu 27/28/29 Mac apabila Bilik Sulit buka panggung di London.

Terdahulu pada sebelah siangnya di London School of Economics (LSE), Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, aktivis mahasiswa Adam Adli, penulis Mariam Mokhtar, aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Wakil Kelab UMNO akan berforum dalam tajuk : "Malaysia Hari Ini – Ke Mana?
Pasukan Bilik Sulit akan mengakhiri lawatan ke UK pada 7 April 2014.

nota:
jam 11:00 pagi
kami semua dah 
masuk dalam kapal terbang ke dubai
kemudian ke london

--------

PENGUMUMAN TUKAR TIUB




TUKAR TIUB KE UK
adalah di maklumkan bahawa
tukar tiub akan berkelana ke uk
selama 4 minggu
tujuan lawatan ialah
 buka panggung bilik sulit di uk

tukar tiub akan cuba membuat laporan
dari kota kota yag dilawati
sedaya up akan masuk muat

kalau tak dapat masuk muat
maknanya tukar tiub sedang sarat
kah kah kah

sarat apa?
kah kah kah


NANCY ROSMAH
kah kah kah




-------