Ahad, 16 November 2008

RM525 JUTA PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI DIGUNA BINA RUMAH 15.000 KELUARGA MISKIN TEGAR – bernama

PANTAI REMIS 16 Nov. Sebanyak RM525 juta daripada pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini akan digunakan untuk membina rumah bagi 15,000 keluarga miskin tegar di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, semua keluarga miskin tegar itu akan memiliki rumah sendiri dengan dua atau tiga bilik.

Pembinaan rumah ini akan menyelesaikan 90 peratus masalah rumah keluarga miskin tegar kerana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah rumah yang akan dibina adalah sebanyak 20,450. Datuk Seri Najib telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membolehkan pembinaan rumah ini dijalankan secepat mungkin, kita akan mulakan pembinaan ini tahun depan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Apa Khabar Orang Kampung di Kampung Matang Acheh, Pantai Remis di sini hari ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan rumah ini perlu dipercepatkan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi di semua kawasan yang terlibat.

kah kah kah….. 15,000 buah rumah !..... kah kah kah…. RM525 selesai masaalah perumah untuk 15,000 keluarga! ….. kah kah kah….

kah kah kah….. duit ini sama banyak dengan duit komisen yang isteri razak baginda dapat….. kah kah kah….

kah kah kah…..duit banyak ini sama macam duit komisen beli sukhoi…. kah kah kah

kah kah kah….. kalau tak beli kapal selam 2 bilion ringgit SELESAI SEMUA MASAALAH PERUMAHAN DALM NEGARA INI…. kah kah kah…. ini bukan tt yang cakap…. kah kah kah…. ini munkeee mi no spik inglis yang bagi tahu….. kah kah kah




MADEY : NAJIB PELU HAPUS POLITIK WANG KUASAI PRU-13 -mStar

"Banyaklah kesalahan kerajaan pimpinan Abdullah yang perlu dibetulkan. Kemerosotan ekonomi, kehilangan peluang-peluang kerja, kenaikan harga barang, tidak adanya lagi kontrak bagi kontraktor kecil, semua ini perlu diberi perhatian oleh Najib dan pasukannya," katanya.

Katanya, tindakan berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.

Malah tegas Dr. Mahathir, pemimpin-pemimpin Umno menghentikan amalan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga bagi menarik balik sokongan pengundi-pengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Di masa yang sama penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan ahli keluarga perlu dihentikan. Cara hidup yang mewah yang diamali oleh pemimpin-pemimpin parti dan kerajaan perlu dihentikan," katanya.

Jelas beliau, kontrak-kontrak perlu diagih dengan adil kepada semua pihak dan tidak hanya kepada orang tertentu diantara pemimpin politik sebagai sogokan untuk mendapat sokongan.

"Kerosakan besar yang kedua, yang berlaku dan berkembang semasa kepimpinan Abdullah ialah rasuah di kalangan pemimpin dan ahli Umno di semua peringkat," katanya.

kah kah kah…. mahafirauan ingat bila rasuah mula…. kah kah kah…. apa punya tuuuur… apa mahafiraun ni ingat rasuah baru mula sabtu lepas….. kah kah kah kah kah…

zaman mahafiraun memerintah…… kah kah kah…. politk wang dah hebat….. kah kah kah… melayu mudah lupa….. kah kah kah…. mahafiraun lupa dia menangis kerena rasuah dalam united malays national organsation….. kah kah kah….



BERITA BAIK UNTUK SEMUA !!! ADUN KETUAI 11,753 SERAWAK MASUK PKR - TT

Seramai 11,753 orang termasuk 6,000 penyokong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ngemah, Gabriel Adit, telah memohon untuk menyertai PKR.

Borang permohonan mereka diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan majlis makan malam di Sibu yang dihadiri oleh lebih 4,000 orang malam ini.

Turut memohon untuk menyertai parti pembangkang itu ialah pemimpin kontroversi yang juga bekas ketua publisiti PRS bahagian Balleh, Beginda Minda.

Beliau keluar dari parti komponen BN itu ekoran desakan terhadap ketua menteri dan timbalan ketua menteri Sarawak supaya mengundur diri.




SIMPAN DALAM INGATAN 23 NOV 2008 PAS, GERAKAN MANSUH ISA LANCAR KEMPEN MANSUH ISA 23 NOV 2008 - Mkini

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) bersama-sama dengan PAS Pusat dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan kempen bagi mendesak kerajaan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 23 November ini.

Ia diputuskan dalam mesyuarat bulanan DPP yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan di ibu pejabat parti tersebut di ibunegara hari ini.

Dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut, Nasrudin berkata mereka juga akan mengadakan himpunan besar-besaran pada Mac depan sebagai kemuncak kempen tersebut.

Mereka menjangka untuk menghimpun kira-kira 100,000 orang pada bulan Mac itu yang turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pakatan Rakyat.

Ditanya pemberita mengapa himpunan itu dibuat dalam bulan Mac, bulan yang sama dengan perhimpunan agung Umno, beliau berkata:

"Ia mengambil ruang untuk memberi kesadaran kepada rakyat dan membuat persediaan gerak kerja. Ia tidak ada kena mengena dengan persidangan agung Umno".