Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 23 Julai 2013

LAGI AMARAN TENTANG SUNNI





Negara dalam bahaya, kata NGO



SHAH ALAM – Kerajaan digesa bertindak segera bagi membendung gelombang Sunni Wal Rasuah yang kini berada di paras bahaya sehingga boleh mencetuskan krisis.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma),  Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, kealpaan semua pihak membendung penularannya menjadi punca Sunni Wal Rasuah berkembang pesat di Malaysia.

“Pada awal 1990-an, bilangan pengikut Syiah sekitar 400 orang sahaja, tetapi kini kita tidak ambil perhatian dengan perkembangan itu.



“Pada awalnya, mereka menyebarkan ajaran itu di universiti-universiti, tetapi gerakan Sunni Wal Rasuah  telah mengeksploitasikan perkembangan masyarakat Malaysia melalui  hubungan antara masyarakat, politik, NGO dan perdagangan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya bagaimana ajaran Sunni Wal Rasuah  ini mampu berkembang dengan cepat, beliau berkata, antara strategi yang digunakan adalah melalui tarkiyah (berpura-pura) di sebalik badan NGO dan politik.

Katanya, satu ketika dahulu Malaysia pernah menerima kunjungan seramai 70,000 pengikut Sunni Wal Rasuah.

“Ini proses normalisasi, apabila ada pemimpin politik dan gerakan Islam yang menjadi pendukung Sunni Wal Rasuah, masyarakat akan anggap ia tidak bahaya.

“Apabila ada perkara buruk dilemparkan terhadap kumpulan ini, akan ada pemimpin cuba neutralkan keadaan dengan memberitahu kebaikan Sunni Wal Rasuah,” katanya.



--------

JAGA JAGA BAHAYA SUNNI WAL RASUAH



 SUNNI WAL RASUAH
 Pemimpin politik didakwa 
terlibat fahaman Sunni Wal Rasuah

ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mendakwa terdapat segelintir pemimpin parti politik di negara ini terlibat dengan kegiatan ajaran  Sunni  Wal Rasuah.

Timbalan Pengerusinya, Ashiq Elahi berkata, kegiatan itu mula dikesan pihaknya hasil pemerhatian yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu.

“Dalam kalangan pemimpin parti politik memang ada yang mengikut dan menyokong ajaran Sunni Wal Rasuah. Walaupun segelintirnya tidak beramal, tetapi dia tetap menyokong.

“Apa yang saya tahu sekurang-kurangnya terdapat belasan pemimpin dari parti politik di negara ini turut terlibat dengan ajaran tersebut,” katanya.



Beliau mendakwa, di Kedah ada lebih kurang enam pemimpin parti politik  termasuk seorang India Muslim  yang terlibat dengan kegiatan itu. Saorang  daripadanya adalah pemimpin utama sebuah parti, selebihnya pula sebagai jawatankuasa dalam parti berkenaan.

Mengulas mengenai cadangan untuk mewartakan fatwa anti-Sunniah Wal Rasuah di negara ini, beliau berkata, satu tindakan tegas perlu diambil kepada mereka terlibat.

“Saya sarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya perhatikan ajaran Sunni Wal Rasuah tidak menular kerana tekah terbukti bahawa Sunni Wal Rasuah ini amat aktof dalam pasokan  polis,” katanya.


PERTANG AHAD INI
MADRASAH TARBIAH 
KAMPONG DANDA DALAM GOMBAK



---------

BERITA DARI KUALA BESUT





NOTA
kempen di kuala besut makin hangat
ini pertanda baik
lagi hangat lagi baik untuk pakatan

malam ini jam 11:00 
radio bangsar akan memberi 
laporan terkini tentang prk kuala besut
sila layari stesen punk rock ini



 


BESUT: Dr Dzulkefly berkata, dengan jumlah pengundi sebanyak 17,683 orang, nilai satu kertas undi bernilai RM27,000 sekaligus meletakkan nilai PRK Kuala Besut antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya. Lagi..

PRK Kuala Besut: Polis nasihat parti bertanding tidak cetus provokasi

JERTIH: Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapha menasihatkan penyokong kedua-dua parti supaya tidak menimbulkan sebarang prvokasi ke atas mana-mana pihak bagi menghormati proses pembuangan undi esok. 

PRK Kuala Besut: PDRM terima laporan simbah cat kain rentang gambar PM

JERTIH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan simbah cat ke atas kain rentang yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di depan Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi. 



---------

HIMPUNAN HIJAU BERTAMAROD





KOMENTAR TUKAR TIUB
tidask ada jalan lain
melainkan bertamarod
meliankan turun ke jalan raya 
hanya gerakan jalan raya
yang akan mengkuburkan lynas

 Himpunan Hijau mahu kumpul sejuta tandatangan, berhimpun
Kumpulan pejuang alam sekitar, Himpunan Hijau hari ini merancang mengumpulkan sejuta tandatangan dan mengadakan perhimpunan besar-besaran Oktober ini bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang.

Presidennya, Wong Tack, berkata kempen itu bermula 1 Ogos ini dan kemuncaknya pada 24 Ogos apabila semua 10,000 sukarelawan berhimpun di stesen masing-masing bagi mengumpul sejuta tandatangan.
"Kempen ini bermula 1 Ogos dan tempoh 100 hari ialah jarak masa untuk mengumpulkan sejuta tandatangan," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, hari ini. 22 Julai, 2013.


NOTA
belajar dari anak muda mesir
pungut tanda tangan
kemudian turun ke jalan raya






---------

PROGRAM UNTUK PENCERAHAN



PENGUMUMAN

RADIO BANGSAR 
DI KUALA BESUT
radio bangsar utama
dari malam kelmarin
pada jam 11:00 malam
akan membuat laporan langsung
dari kuala besut
sila layari stesen punk rock
untuk tahu apa yang sedang berlaku di kuala besut

 

HIMPUNAN HIJAU
 PUNGUT TANDA TANGAN

sila ambil bahagian
dalam kempen tanda tangan himpunan hijau
sila daftar sekarang
sila layari laman himpunan hijau


PERBINCANGAN 
TENTANG MESIR
terhangat tentang mesir
terhangat tentang morsi

satu perbincangan pada petang ahad ini
di madrasah tarbiah 
kampong banda dalam
gombak selangor

 warga  disekitar lembah klang
di jemput hadir

warga diluar lembah klang
atau dimana sahaja
sila layari radio bangsar utama
yang akan membuat liputan langsung


----------

MAMAK BIKAN KACAU ORANG MELAYU






Semua negeri perlu warta bendung Syiah


LAGI MAMAK BIKIN KACAU



Alor Setar: Keputusan kerajaan Kedah yang mahu mewartakan fatwa anti-Mamak wajar dicontohi negeri lain bagi membendung penularan fahaman Mamak  itu yang dikesan semakin serius, kata  seorang lelaki India  Mahathir Anak Lelaki Iskandar Kutty. 

Lelaki India ini berkata, usaha bagi mengekang Mamak ini harus diambil setiap negeri berikutan penyamaran  Mamak itu dalam kalangan orang Melayu. Mamak  terbukti telah  menyamar sebagai Melayu dengan tujuan memecah-belahkan dan melemahkan orang Melayu. 

“Kita tak soal kulit hitam mereka, saperti kulit saya tapi apa yang kita tahu apabila ada Mamak  dengan Mami ... mesti ada kacau , ada permusuhan sehingga berperang dan berbunuh seperti di luar negara.  


MAMAK INI MENGHILANGKAN DIRI
SEDANG DI CARI
ADA KUMPULAN NAK AJAK MAKAN KENDURI
SIAPA TERJUMPA IKLANKAN

----------

LAGI TENTANG PULAU COCOS







PERANG JEPUN
semasa perang jepun... australia dan gabungan telah menghantar 18 orang komando di pedalaman sarawak.(operasi semut).. salah seorang dari 18 orang tersebut adalah seorang melayu australia.. yg bekerja sebagai pencari mutiara... on PENCERAHAN TENTANG PULAU COCOS
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/22/13

PULAU STRATIJIK
Pulau Cocos ni asalnya adalah sebahagian daripada negeri2 selat selain dari penang, melaka dan singapura. pulau ni juga kaya dengan bahan semulajadi iaitu kelapa (cocos nausifera; hence the nama cocos ) sebagai bahan dagangan dan mineral phosphate, bahan yang amat diperlukan oleh pihak British satu ketika dulu.

Selain dari itu, pulau Cocos yang sinonim digelar pulau kembar dengan Chrismas island, merupakan pusat menara perhubungan strategik pihak British dilautan Hindi. mungkin itu punca utama yang menjadi pujaan hati British dahulu sebelum akhirnya di jual oleh keluarga Clunies Ross kepada Australia pada lewat 70 -an. 

mungkin juga ada sebab2 lain yang diklasifikasi sulit oleh pihak2 berkepentingan. maybe orang2 tua bangsa Cocos ada maklumat lanjut yang lebih detail. Apa pun, dengan jumlah mereka hanya sekitar 5-10 ribu orang, mereka ini boleh dianggap rare breed.wallahualam. on PENCERAHAN TENTANG PULAU COCOS
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 7/22/13

LAPANGAN TERBANG
salam brother. saya nak tambah sedikit pencerahan berkaitan pulau cocos ni. pulau cocos yang lebih dikenali sebagai cocos keeling island.

 Kenapa british beria ia sangat nak serahkan pulau ni kepada australia kerana australia berminat dengan landasan kapalterng sepanjang 2250m yang dibina semasa perang dunia kedua di pulau itu. 

Australia nak jadikan landasan tu sebagai tempat mengisi minyak penerbangan Qantas airways yang membuat penerbangan dari australia ke afrika selatan. perbelanjaan nya untuk memnaik taraf landasan tu adalah sekitar 5 juta pound sterling ketika itu. sebenarnya rundingan antara british dan australia berhubung pulau cocos bermula seawal 1946. hehehe itulah lebih kurang.

 saya harap saudara tukartiub puas hati lah dengan pencerahan saya yang tak seberapa. untuk pengetahuan tuanm, saya salah seorang keturunan orang orang melayu yang berasal dari cocos. hehehe ok bro./ selamat berbuka puasa. assalam


MALAM INI JAM 11:00
SIARAN LANGSUNG DARI
KUALA BESUT

-----------

LAGI PROJEK MENIPU MELAYU





SEMUA BIKIN TIPOOOO
 NOTA
betul ke 
nak guna bahasa melayu?
kah kah kah
Tingkat iklan berbahasa Melayu
Kuala Lumpur: Kerajaan komited untuk meningkatkan kadar pengiklanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di dalam media cetak berbahasa Melayu bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan. 

Timbalan Menteri Kewangan,  Ahmad Maslan, mengakui jumlah perbelanjaan pengiklanan 17 GLC di bawah Program Transformasi GLC untuk media berbahasa kebangsaan pada tahun lalu adalah rendah iaitu 23 peratus berbanding bahasa Inggeris 49.5 peratus. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... JANGAN LAAA TIPU ORANG MELAYU.... kah kah kah....

kah kah kah...HAL BAHASA INI JANGAN KELENTONG LAAA....kah kah kah...

woit...BERITA INI SENDIRI TAK BETUL PENGGUNAAN BAHASANYA....kah kah kah..

kah kah kah... KOMITED .... KENAPA TAK  GUNA  TEGAS.... kah kah kah..

kah kah kah... GLC...KENAPA TAK GUNA  - SYARIKAT KAITAN KERAJAAN...kah kah kah...

kah kah kah.... PRORGAM.... NAPA TAK GUNA RANCANGAN.... kah kah kah..

kah kah kah...TRANFORMASI.... KENAPA TAK GUNA PERUBAHAN.... kah kah kah

kah kah kah... MEDIA...KENAPA TAK GUNA SEBARAN.... kah kah kah


----------