Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 2 Januari 2013

RAKYAT WAJIB BANGKIT UNTUK JATUHKAN KERAJAAN



SIAPA MAMAT INI?


HIMPUNAN HIJAU
DI KUALA KUMPUR
12 JANUARI


Tiga Sekeluarga Mati Akibat 

Tekanan Pemaju Projek RAPID 

Pengerang: SAMM Desak 

Rakyat Bangkit!

Sudah hidup susah itu adalah lumrah, namun apabila segelintir rakyat susah ini dihimpit ke dinding tanpa kompromi sewajarnya maka jalan yang diambil bukan kepalang kesannya kepada masyarakat. Itulah yang berlaku di Pengerang semalam, tiga sekeluarga ditemui mati kerana tidak mampu bertahan dengan tekanan hidup apabila dihalau dari tanah yang dimastautin sejak sekian lama.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak rakyat seluruh negara agar tidak memandang remeh peristiwa hitam yang berlaku di Pengerang ketika satu demi satu tanah dirampas demi melampiaskan nafsu konglomerat membawa pembangunan yang tidak seiring keperluan setempat. Peristiwa kematian tiga sekeluarga ini merupakan simbol penting kebangkitan rakyat dan api kemarahan rakyat ini harus diterjemahkan pada 12 Januari 2013 yang dikenang sebagai hari kemarahan rakyat secara aman. 

SAMM juga menyarankan supaya rakyat seluruh tanahair mulai saat ini berhenti mengeluh dan terus bangkit melawan kezaliman rejim penguasa. Walaupun ditekan, walaupun dihimpit dan dipijak, rakyat diseru untuk tidak mengambil jalan akhir mencabut nyawa tetapi terus bangun dari keresahan lantas bertekad untuk membunuh keegoan dan kekuasaan regim pemerintah. Inilah peluangnya, inilah saat penting seluruh kekuatan rakyat disatukan pada 12 Januari 2013 yang ditakrif Hari Kebangkitan Rakyat.

SAMM seluruh negara ketika ini dengan kerjasama kelompok muda penggerak massa, sedang dalam peringkat akhir hasutan yang menjengah ke seluruh negara. Setakat hari ini, lima dari dua belas venue telah berlangsung pesta menghasut rakyat turun ke jalanraya bagi tujuan memberi amaran keras buat regim pemerintah betapa 1 juta rakyat berani akan hadir ke Kuala Lumpur di samping menuntut saki baki demokrasi yang membolehkan regim syaitan ditumbangkan. Kemuncaknya ialah sepanjang petang dan malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, dijangka lebih 50ribu rakyat yang hadir terawal akan bersama mengira detik masuknya tanggal 12 Januari 2013.

Janganlah kita jadikan kematian Keluarga Pang suatu kematian yang sia-sia! Kematian keluarga Pang adalah merupakan simbol rakyat bangkit melawan lantas mengusir Barisan Nasional dari tahta penguasa. Ayuh 1 juta rakyat berani turun 12 Januari 2013. Demi Rakyat, Demi Negara!
Che'Gubard

Ketua Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM




------

TURUN TIBAI ROSMAH MUNCUL KEMBALI




GERAKAN TTR MUNCUL KEMBALI
SATU LAGI SEBAB MENGAPA KITA
WAJIB TURUN
12 JANUARI 2013
 DATIN SERI ROSMAH MANSOR PERLU JELASKAN DAKWAAN BAYARAN DIBUAT OLEH DEEPAK BAGI PEMBELIAN BARANG KEMAS MEWAH

Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku.

Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, keputusan pendek akal yang menggunakan dana pencen anggota tentera itu membayangkan bahawa dakwaan Deepak ada benarnya sehingga Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil risiko sedemikian rupa.

Oleh sebab itu, saya mula meneliti beberapa dokumen yang diserahkan kepada saya yang dikaitkan dengan Deepak dan hubungan baik beliau sebelum ini dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.


Salah satu dari dokumen tersebut ialah mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau.

Dokumen yang diserahkan kepada saya itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd.

Setelah meneliti dokumen dan maklumat lanjut berhubung dakwaan Deepak itu, saya membuat kesimpulan bahawa ada asas kukuh supaya siasatan lanjut oleh pihak berkuasa dijalankan berdasarkan perkara-perkara berikut (sila rujuk dokumen dan bukti tambahan yang dikepilkan bersama, rujukan no adalah mengikut turutan penerangan):

1.      Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud dan maklumat lanjut boleh didapati di lamanwww.dehres.com;
2.      Invois bernombor 23117 itu dialamatkan dan dibilkan kepada Carpet Raya Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dikawal oleh Deepak bagi pembelian satu lot berlian bernilai USD115,000 (bersamaan RM408,250);
3.      Carpet Raya Sdn Bhd membayar jumlah yang sama iaitu USD115,000 kepada Dehres Ltd seperti yang dibuktikan dengan slip permohonan kiriman wang oleh Carpet Raya Sdn Bhd;
4.      Dokumen itu juga mengandungi beberapa invoice dari Firestone Co Ltd. Salah satunya adalah bertarikh 10 Mac 2009 bagi pembelian beberapa barang kemas. Salah satu dari barang kemas yang dibeli adalah cincin berlian bernombor Lot DR2763;
5.      Semakan dengan agensi perdagangan Hong Kong (iaitu HKTDC) menunjukkan bahawa Firestone Co. Ltd. memang benar-benar wujud dan terlibat di dalam perniagaan barang kemas mewah;
6.      Semakan lanjut dengan Firestone Co. Ltd. yang memaparkan contoh-contoh barang kemas mewah di dalam koleksinya mengesahkan bahawa cincin berlian bernombor Lot DR2763 benar-benar wujud dan sama dengan butiran yang diberikan di dalam invois. Ini mengesahkan bahawa invois dari Firestone Co. Ltd. adalah benar dan bukan palsu;
7.      Pembelian barang-barang kemas mewah bernilai USD1.5 juta (bersamaan RM5.325 juta) dibayar dengan beberapa kiriman wang seperti yang dibutirkan di dalam penyata hutang yang dikeluarkan oleh Firestone Co. Ltd. (2 kiriman wang itu bertarikh 14 April 2009);
8.      Kiriman wang kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 14 April 2009 itu padan dengan slip permohonan kiriman wang yang dibuat oleh Carpet Raya Sdn Bhd bertarikh 13 April 2009. Ini menguatkan dakwaan Deepak bahawa pembelian barang kemas mewah dari Firestone Co. Ltd. dibayar oleh beliau melalui syarikat-syarikatnya;
9.      Malah, syarikat beliau iaitu Carpet Plus Sdn Bhd turut membayar USD116,730 (bersamaan RM414,425) kepada Firestone Co. Ltd. bertarikh 4 September 2009 seperti yang dibuktikan oleh slip permohonan kiriman wang. Ini mengesahkan dakwaan Deepak bahawa beliau ada membuat beberapa siri pembayaran kepada syarikat itu;
10.  Penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan Deepak ini menunjukkan dakwaan beliau ada asasnya. Dokumen-dokumen tersebut mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah ada berlaku dan ia dibayar melalui syarikat-syarikatnya iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd; dan
11.  Penyata hutang dari Firestone Co. Ltd. mengesahkan bahawa pembelian barang kemas mewah yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor dalam tahun 2009 berjumlah USD3.66 juta (bersamaan RM13 juta).

Dakwaan Deepak bahawa beliau membayar pembelian barang kemas mewah berjumlah RM13 juta dalam tempoh 3 bulan oleh Datin Seri Rosmah Mansor adalah satu dakwaan yang sangat serius, apatah lagi apabila beliau menampilkan dokumen-dokumen sebagai bukti.

Sebab itu, tindakan tergopoh-gapah Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mengheret dana pencen anggota tentera untuk membayar RM160 juta kepada Deepak dan Ketua Wanita Umno Selangor seolah-olah mengiyakan pandangan umum bahawa beliau mula panik dengan pendedahan yang dibuat oleh Deepak.

Saya percaya perkara ini wajar disiasat sepenuhnya. Beberapa laporan kepada pihak berkuasa akan dibuat dalam tempoh seminggu dari sekarang berkenaan perkara ini agar ia dapat disiasat segera.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
2 JANUARI 2013

INTAN BERLIAN UNTUK
SUAMI NAJIB
------

ANAK MUDA ROYALTI BERBASIKAL DARI KAY BEE UNTUK TURUN BERDEMO



ANAK MUDA ROYALTI
telah bergerak
dari kota baru
BERBASIKAL UNTUK SAMA
BERDEMO 12 JANUARI


Salam,

Berikut adalah liputan Hari Ke 2 CYCLING FOR ROYALTI KB-KL

Jam 8.30 Pagi ni Team C4-R bermula di Pasar Pagi Kok Lanas, dengan edaran 500 keping sticker, 500 keping buletin R, speaker conner oleh Pengarah C4-R, Saudara Jeming Hassan, ucapan dan perlepasan oleh YB Abdul Aziz, Ahli Parlimen Ketereh dengan Ustaz Nik Mahadi Mahmood, Penyelia Dun Kok Lanas.

Sambutan dari penduduk setempat sangat hebat, kira-kira lebih 200 orang penduduk hadir mendengar walaupun terpaksa berhujan lebat di pagi harini, Team C4-R akan teruskan misi kami ke destinasi seterusnya iaitu Bachok dan Pasir Puteh untuk jadual hari ini.

Lokasi yang sepatutnya jadi tempat pendaratan minyak dan gas hingga lah ke Pasir Puteh bagi aktiviti bertemu dengan masyarakat.

Di Pasir Puteh aktiviti kami adalah dengan mengadakan Ceramah Perdana R dlm jam 9mlm di Kg Gong Tinggi, DUN Semerak oleh Presiden R, Saudara Nazri Deraman dan YB Wan Hassan, ADUN Semerak pada sebelah malamnya.

Esok, 3 Januari 2013 InsyaAllah C4-R akan bergerak dari Pasir Puteh ke Kuala Terengganu. Dan pada tengahari, pihak R akan mengadakan Perhimpunan Aman DEDAH PENYELEWENGAN WANG EHSAN LESAP RM12.3 Juta di Bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan pada jam 12.30 tengahari.

Maklumat lanjut, gambar terbaru & Live update sila ikuti di FB page kami: https://www.facebook.com/NGO.Royalti
Laporan dari:

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Koordinator C4-R
Setiausaha R Malaysia
013-219 9643





--------

MALAM INI TUKAR TIUB DI PAROI SEREMBAN



MALAM INI DI PAROI  SEREMBAN
TUKAR TIUB 
AKAN MENGHASUT LAGI
semua dijemput datang
untuk buat ramai



-----

DEEPAK MEMBOCORKAN SATU LAGI RAHSIA KEPADA MEDIA



SEMUA 
TELAH SIAP SEDIA

PKR dakwa Deepak beli barang kemas RM13j untuk isteri VIP
Parti pembangkang PKR mendakwa peniaga permaidani Deepak Jaikishan membayar RM13 juta untuk barang kemas bagi seorang isteri VIP, sebagai ganjaran bagi satu urusniaga tanah.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Beliau mengemukakan dokumen yang didakwanya diperolehi melalui orang tengah daripada Deepak, yang dipercayai Rafizi sebagai dokumen tulen.

Deepak sebelum ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat dakwaan berkenaan.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit.... SILA TEKA.... kah kah kah...

kah kah kah...BETUL KE APA YANG DEEPAK CAKAP INI?... kah kah kah...

kah kah kah... UNTUK ISTERI VVIP ATAU UNTUK SUAMI VVIP?... kah kah kah kah...

kah kah kah...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...kah kah kah...

kah kah kah..TERGOLEK DOG KETAWA.... kah kah kah...




MAKLUMAT TER NOW
najib telah menghilangkan diri
najib dan rosmah telah tidak dilihat

berita semakin kencang
mengatakan bahawa muhyiddin
akan mengambil alih pucuk pimpinan
juga muhyiddin akan memimpin 
united malays national organisation
masuk ke pru 13

satu pekara ganjil terlah berlaku
biasanya pengerusi barisan nasional
yang juga presiden united malays national organisation
akan mengepali  pilihan raya
ini telah dilakukan dari zaman perikatan lagi

tahun ini yang memimpin barisan nasional BUKAN najib
TETAPI muhyiddin


------

MAKLUMAT TERKINI TENTANG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT




PENGUMUMAN UNTUK SEMUA
sila layari semua laman pro rakyat
sila layari tukar tiub
sila layari radio bangsar utama
untuk maklumat terkini

laman laman ini akan
memberikan perkembangan terkini
memberikan maklumat terkini
dari jawatankuasa pemandu himpunan kebangkitan rakyat
 

Himpunan 12 Jan: Pakatan mahu polis beri kerjasama

PETALING JAYA 2 Jan: Pakatan Rakyat (Pakatan) mahu polis beri kerjasama bagi memastikan kelancaran Himpunan 1 Juta Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari ini.
Untuk itu, Pakatan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) berhubung penganjuran himpunan tersebut.
Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, pertemuan itu akan disertai pemimpin utama ketiga-tiga parti PAS, KEADILAN dan DAP dalam masa terdekat.
“Pertemuan itu bagi membincangkan agar pihak polis memberi kerjasama supaya himpunan itu nanti berjalan dengan baik.
“Kita memberi jaminan bahawa himpunan itu nanti akan berlangusung aman,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN di sini.
Turut serta, Setiausaha Agung PAS dan KEADILAN, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Biro Pakatan Rakyat DAP, Teng Chang Kim serta anggota jawatankuasa pemandu HKR, Hishamuddin Rais.
Menurut Mohamad, pihak jawatankuasa induk sekretariat HKR pula akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Wilayah Persekutuan bagi memaklumkan berhubung penganjuran himpunan itu.
Beliau turut memberitahu, sehingga kini pihaknya belum menerima jawapan dari pihak pengurusan stadium terhadap surat permohonan yang dihantar 26 Disember lalu.
Ketika ditanya sama ada penganjur mempunyai alternatif lain jika stadium itu tidak dapat digunakan, beliau bagaimanapun yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengotakan janji untuk membenarkan himpunan tersebut diadakan di stadium itu seperti yang dinyatakan ketika himpunan Bersih 3.0 tahun lalu.
“Buat masa ini hanya Stadium Merdeka. Saya yakin Perdana Menteri akan menepati janji,” katanya, dipetik Harakah Daily.
Pada himpunan yang akan berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang itu juga nanti, satu deklarasi rakyat yang dinamakan sebagai ‘Deklarasi 12 Jan’ akan dibentangkan.
Mohamad turut memaklumkan, himpunan serupa akan diadakan rakyat Malaysia di luar negara i - Melbourne, Sydney, Taiwan, Hong Kong, Dubai, Mesir, London dan Paris sama saperti  himpunan - Bersih lalu.


NOTA:
semua persediaan sedang diatur
semua sedang disusun
semua sedang dirancang

tunngu dan nanti pengumuman

--------

SURAT UNTUK BANI MELAYU




INI TEKAD  RAKYAT
UNTUK TAHUN 2013

NILAI  BANI MELAYU

Mengikut Perlembagaan Persekutuan takrifan  Melayu itu adalah:  sosok yang mengamalkan budaya, bahasa Melayu dan beragama Islam. Takrifan ini cukup  senang, demoktarik dan tanpa banyak songel. Untuk saya,  dibelakang takrifan – siapa dia Melayu -  ada persoalan  yang lebih besar – persoalan nilai Melayu. Takrifan nilai ini sayangnya TIDAK dimasukkan dalam Perlembagaan Pesekutuan ssebagai cara untuk  mengenal siapa Melayu dan siapa bukan Melayu.

Takrifan siapa Melayu dalam Perlembagaan  dilakukan hanya  untuk tujuan mentadbir. Pentabiran penjajah  British  yang bertanggungjawab membawa  buruh imigran dari China dan India memerlukan sistem identifikasi. Justeru lahir konstruksi takrifan Melayu yang membolehkan sosok saperti Mahathir Muhamad, Reezal Merican atau   Azeez  Rahim menerbus masuk dan mengakui diri mereka Melayu. Walhal -  rupa bentuk , kulit dan iras sosok-sosok jelas ke Indiaannnya. Persoalannya apakah nilai yang  diamalkan oleh sosok-sosok ini  mencerminkan nilai-nilai  Melayu?

Saya menimbulkan apa dan siapa  itu Melayu kerana pada hemat saya pada tahap  ini Bani Melayu sedang menghadapi  krisis  yang maha besar. Bani Melayu hari ini menghadapi krisis identiti diri.  Krisis identiti ini membawa Bani Melayu kepada krisis nilai.  Justeru krisis nilai Bani  Melayu inilah yang sedang kita lihat dalam politik kontemperori Malaysia hari ini.

Nilai muncul dari punca ekonomi. Nilai tidak muncul dari mimpi atau angan-angan. Pada satu ketika dahulu Bani Melayu keseluruhan  adalah kaum tani, nelayan atau pekebun kecil. Kedatangan penjajah British memunculkan sosok-sosok Melayu untuk menjadi pegawai kerajaan, anggota polis, askar dan guru-guru.

Ramai juga Bani Melayu sebelum kedatangan British menjadi pelaut yang hebat-hebat. Dalam sejarah dan cerita-cerita rakyat ada tertulis juragan dan saudagar Melayu yang berniaga di kepulauan Melayu. Si Tenggang adalah contoh juragan dan saudagar dari Bani Melayu. Tetapi dengan kesampaian juragan dan saudagar dari India dan China  yang memiliki jaringan perniagaan yang lebih luas telah  membuka   persaingan. Akhirnya  kerana persaingan sengit kumpulan juragan dan saudagar  Bani Melayu ini pupus.

Seratus tahun dahulu Bani Melayu tidak mengenal duit dan dinar. Ini berbeza dengan kaum imigran India dan China yang tamadunya  ribuan tahun mendahului tamadun Melayu. Justeru nilai Bani Melayu adalah nilai kaum tani.  Nilai Bani Melayu  adalah nilai masyarakat pertanian-agraria. Nilai kaum tani dipasak oleh setiakawan yang intim, kejujuran kata-kata, janji yang ditepati dan paling ampoh adalah nilai bergotong royong. Nilai-nilai ini tidak pernah diukur dengan dolar dan dinar.

Nilai Bani Melayu ini muncul kerana keperluan bertani dan mencari kehidupan. Adalah tidak tepat  jika kita menganggap bahawa nilai -  apa yang dianggap salah dan apa yang dianggap  benar -  muncul dengan kedatangan Islam.   Bani Melayu adalah mualaf  yang baru berumur lima ratus tahun. Nilai salah  benar – apa yang baik dan apa yang salah- telah wujud dalam roh  Melayu sebelum sampainya juragan dan sudagar Arab di Melaka.  Nilai keterbukaan fikrah Bani Melayulah yang menyambut  saudagar dan  juragan Arab.

Dunia berubah. Pembuatan dan pekerjaan untuk mata pencarian berubah. Asas ekonomi berubah. Bentuk-betuk ekonomi  berubah. Semua ini membawa perubahan nilai.

Dari asas ekonomi pertanian dan nelayan Bani Melayu telah dipaksa oleh ekonomi  kapitalis yang bernabikan jual beli  dan berkiblatkan keuntungan. Awalnya resapan ekonomi kapitalis ini agak lunak.  Sistem ekonomi kapitalis masuk secara teratur dan tidak menggangu gugat  ketenteraman Bani Melayu. Walau pun sistem ekonomi kapitalis ini membawa budaya  sendiri yang jelas berlawanan dengan budaya agraria Bani Melayu – mereka tidak merasa terancam.

Nilai kapitalis diukur dengan ringgit dan dinar. Tenaga kini bukan lagi diminta bergotong royong untuk bersama-sama membuat talian sawah atau bersama-sama membaiki pemetong. Tenaga dalam sistem ekonomi kapitalis boleh dihitung untuk dipukul harga.

 
Awalnya Bani Melayu tidak menyedari ini. Perubahan ekonomi telah membawa perubahan politik. Kuasa politik yang dimiliki oleh United Malays National Organisation mula disedari sebagai lompong. Kuasa politik tanpa kuasa ekonomi hanyalah  mimpi yang dimimpi-mimpikan. Mimpi ini pecah membawa kesedaran apabila ianya ini diasak oleh  kekalahan parti Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu pada tahun  1969.   Kekalahan besar parti  United Malays National Organisation ini telah memuncul satu dasar ekonomi yang baru.

Dasar Ekonomi Baru telah memaksa Bani Melayu  masuk ke dalam kancah jual beli  ekonomi kapitalis. Selama 40 tahun kebelakanga ini Bani Melayu telah dipaksa untuk menerima sistem nilai budaya yang dilahirkan oleh sistem ekonomi kapitalis ini. Justeru krisis politik yang kita  lihat hari ini adalah menifestasi dari nilai-nilai ini.


Pergolakan politik yang berlaku lebih dari satu dekad ini adalah  manifestasi  bekecamuknya  nilai Bani Melayu. Kalau dulu kata-kata dari mulut Bani Melayu adalah janji yang terikat. Hari ini kata-kata tidak boleh lagi  diterima tanpa tanda tangan dan surat akuan peguam. Bulat air kerana pemetong bulat manusia kerana mufakat tidak lagi menjadi asas kemasyarakatan Bani Melayu.

Setiakawan dan semangat kekitaan kini dinilai dengan keanggotaan kelab ini atau parti itu. Budi dan bahasa   hanya ucapan-ucapan kosong kalau ianya tidak disadur dengan ringgit dan dolar.

Dalam masa satu jenerasi Bani Melayu telah dipaksa untuk menerima nilai yang amat asing.  Banyak jalur-jalur nilai ini tidak berakar umbi dalam  pembudayaan salasilah agraria Bani Melayu.

Perkembangan siasah terkini  membuktikan  dengan jelas  tesis bahawa Bani  Melayu sedang dilanggar krisis identiti. Krisis identiti ini ialah krisis nilai.  Nilai yang saya jadikan contoh kajian  ialah –  bagaimana satu kumpulan Bani Melayu sanggup menerima dan  menobatkan Najib Razak sebagai pemimpin mereka.

Pada satu ketika dahulu jika ada  Raja Melayu yang zalim saperti Raja Bersiong atau saperti Sultan Mahmud maka tidak dapat tidak, walau pun dalam budaya feudal – raja yang zalim ini akan dinyahkan. Raja zalim ini akan dihalau atau dibunuh. Ini nilai budaya salah benar Melayu – tanpa peguam atau akuan bersumpah.

Saya perhatikan krisis nilai ini  menjadi lebih tenat. Dalam masyrakat agraria salah dan benar  adalah salah dan benar. Tidak berdulak dalik.  Tidak perlu peguam atau surat aku janji. Tetapi nilai yang  sistem ekonomi kapitalis  yang dipaksakan ke atas Bani Melayu ini telah menjadikan sosok Melayu ini hilang punca.  Bani Melayu yang berslogan Ketuanan Melayu kini telah tidak dapat lagi memisahkan mana yang salah dan mana yang benar.

Untuk memahami krisis nilai ini mari kita lihat dengan lebih dekat kes  contoh - pembunuhan  Altantuya. Dalam kes ini Razak Baginda telah dituduh bersama dua orang anggota PDRM.  Razak Baginda terlepas dari hukuman gantung manakala dua anggota polis ini didapati bersalah. Tidak cukup dengan ini pihak peguam Negara tidak pula membuat  rayuan agar Razak Baginda dibicarakan sekali lagi.


Perangai Peguam Negara ini  amat berbeza dengan kes 4 Orang Mahasiswa UKM yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam politik.  Peguam Negara dengan pantas telah membuat rayuan agar 4 Mahasiswa UKM ini  diulang bicara. Kes bunuh Altantuya tidak ada ulang bicara. Tetapai dalam kes politik Mahasisawa UKM Peguiam Negara meminta ulang bicara. Inilah tanda bahawa Bani Melayu telah sesat nilai.

Kes pembunuhan Altantuya ini membuktikan  tesis saya bahawa ada satu kelompok besar  Bani Melayu  yang telah tidak lagi memiliki  nilai salah  dan benar. Bani Melayu ini yang bernabikan jual beli dan berkibalatkan keuntungan  telah tidak lagi memiliki  keupayaan untuk menilai  mana  yang salah dan mana yang benar. Mereka hanya memiliki keupayaan untuk menimbang nilai  untung dan rugi.

Justeru, krisis nilai ini ditenatkan lagi dengan ajaran agama.  Islam telah mengajar  Bani Melayu yang mualaf ini  untuk menjadi manusia yang jujur. Untuk menjadi umat yang berani berkata benar dan bangun menentang kemungakaran dan kebatilan. Semua prinsip ajaran agama ini hancur berderai apabila kita jadikan kes pembunuhan  Altantuya ini sebagai bahan rujukan


Dua minggu ini Bani Melayu telah mendengar temu bual dan pengakuan  Deepak Jaikishan.  Saudagar permaidani ini pernah mengakui  Rosmah Mansor sebagai kakak angkatnya. Saudagar ini juga memiliki hubungan yang intim dengan suami Rosmah.  Dari temu bual saudagar  ini jelas menunjukkan bukan sahaja Najib Razak yang terlibat dalam kes Altantuya ini malah Rosmah Mansor juga terlibat sama. Awas! Bukan setakat  laki bini sahaja yang terlibat  -  adik  Najib Razak juga terlibat sama.

Pada satu ketika dahulu ada Bani Melayu  bingar melauan-laungkan Ketuanan Melayu, Kedaulatan Raja-Raja  Melayu dan Islam kini  meraka senyap tidak berkata apa-apa. Tidak ada mufti, tidak ada imam, tidak ada Tok Kadi , tidak ada Ustaz atau  Ustazah yang berani bertanya : betulkah apa yang dikatakan oleh Deepak ini?

Tidak ada pun seorang pemimpin kerajaan, tidak ada Menteri Besar Bani Melayu, tidak ada  Menteri Bani Melayu malah tidak ada Raja Melayu yang dikatakan sebagai kepala Agama Islam yang cuba berani bertanya – apakahn ‘ tuduhan dan pengakuan’ Deepak benar atau salah.

Untuk saya apabila  Bani Melayu ini senyap maka ini  membuktikan  tesis saya bahawa mereka sedang sakit tenat dan  mengahadapi penyakit ketidak tentuan arah nilai. Untuk saya – semuanya jelas -  Bani Melayu ini telah kehilangan nilai – salah dan benar. Bani Melayu ini tidak dapat legi mengenal hitam dan puteh -  yang pada satu ketika dahulu dimiliki oleh datuk nenek moyang mereka.hadapan.(TT)


INGATAN:
Tulisan ini telah keluar
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila 
pukul talipon 03- 22-74-40-45










-------

TANAH KENA RAMPAS DI PENGERANG- ORANG KAMPONG JADI MAYAT




 KOMENTAR TUKAR TIUB
lihat dan baca
inilah cara  media melaporkan berita keluarga jadi mayat
tidak ada diusik tentang tanah mereka akan di rembat
tidak ada dikatakan kenapa mereka bunuh diri

justeru ini lah
satu lagi sebab kenapa
1 juta rakyat wajib turun ke jalan raya
pada 12 januari ini



3 beranak maut hidu asap beracun

Cetak

Kota Tinggi: Sepasang suami isteri bersama anak mereka yang juga penghidap Sindrom Down ditemui mati, dipercayai akibat lemas di rumah mereka di Kampung Jawa, Pengerang di sini semalam. 

Mayat mereka ditemui pasukan polis yang membuat pemeriksaan selepas menerima laporan jiran yang mengesyaki sesuatu selepas rumah keluarga berkenaan ditutup rapat. 
Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Mahazan Che Aik, berkata mayat lelaki berusia 60 tahun; isterinya 57 tahun dan anak lelaki mereka berusia lingkungan 20-an ditemui di bilik utama rumah berkenaan. 



Bakar bahan getah 

Katanya, pemeriksaan awal mendapati ada bau asap di dalam rumah itu dan pihaknya mengesyaki ia menjadi punca kematian tiga sekeluarga itu. 

Difahamkan, lelaki itu mengunci bilik utama sejak tengah malam kelmarin sebelum mengambil serbuk kayu dan membakar bahan getah bagi mengeluarkan asap sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka lemas akibat terhidu asap. 

Kejadian itu hanya disedari jiran mangsa yang curiga apabila melihat rumah mangsa bertutup sepanjang hari dan sunyi berbanding biasanya kedengaran suara bising anak mangsa.
 
Tiada unsur jenayah 

“Kami mendapati ada bau asap dalam rumah berkenaan yang dipercayai punca ketiga-tiga mereka lemas. Hasil bedah siasat juga mendapati mereka mati akibat membunuh diri dan tiada unsur jenayah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. 

Che Mahazan berkata, penduduk mendakwa lelaki itu pernah memberitahu jirannya bahawa dia ingin membunuh diri berikutan kesukaran hidup akibat isterinya yang lumpuh akibat serangan angin ahmar dan anak mereka menghidap Sindrom Down.



----------