BUKAN SUSAH NAK LETAK HARGA
RISALAH SKIM KAWALAN HARGA MULA DIEDAR - melayau
KUALA LUMPUR 1 Nov. - Para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengedarkan Risalah mengenai Skim Kawalan Harga Musim Perayaan 2010 sempena Deepavali diedarkan kepada para peniaga bagi menyedarkan mereka tentang pelaksanaannya yang bermula semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu bagi mengelakkan peniaga memberi alasan 'tidak tahu' apabila penguatkuasaan dilakukan sehingga skim itu berakhir pada 9 November ini.
"Untuk dua tiga hari ini, tindakan masih belum diambil kerana kami faham bahawa masih ada peniaga yang terlupa untuk menukar tanda harga kepada warna merah jambu kerana skim kawalan harga untuk Deepavali baru bermula.
"Bagaimanapun, kementerian melalui pegawai penguat kuasa seluruh negara memantau dan menyebarkan risalah-risalah supaya perkataan 'tidak tahu' tidak dijadikan alasan untuk tidak mematuhi peraturan," katanya.
Ismail Sabri memberitahu, melalui pemantauan yang dilakukan semalam tiada peniaga menaikkan harga barang sebaliknya ada yang menjual dengan harga yang lebih rendah.
Bagaimanapun jelasnya, sebilangan kecil peniaga tidak meletakkan tanda harga berwarna merah jambu yang ditetapkan semasa tempoh kawalan harga musim perayaan.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAHwoit…
INI SATU PERUBAHAN YANG BAIK… kah kah kah..
kah kah kah….
DULU BILA MUSIM PERAYAAN MENTERI LAWAT PASAR AYAM…. kah kah kah..
kah kah kah…
BILA NAK HARI RAYA … LAWAT PASAR CHOW KIT… AMBIL GAMBAR DENGAN BANGKAI AYAM…. kah kah kah..
kah kah kah…
SEKARANG….ADA FLYER…ADA RISALAH. kah kah kah..
woit…
BAK KATA ORANG PUTIH… THE IDIOT MISS THE POINT…. kah kah kah..
woit..
.. WARGA BUKAN NAK BACA RISALAH…. kah kah kah..
kah kah kah…
WARGA NAK HARGA YANG SETIMPAL….. kah kah kah..
nota:cuba pergi siang dan malam ke pasar chow kit
kenapa tanda harga tak ada diletak
apa salah letak tanda harga?
susah sangat nak letak harga
ini tugas kementerian untuk pastikan
cuba pergi ke pasar di chow kit
kenapa dacing timbang tu tidak menghadap kepada si pembeli
kenapa dia menghadap kepada si penjual.
kenapa tidak gunakan timbang yang tak boleh tipu
apakah ini kerana semua dacing timbang ini milik gerombolan kah kah kah