Rabu, 4 Ogos 2010

BERIAT SEDIH SELURUH NEGARA




PROGRAM MEMBOCORKAN RAHSIA PAKATAN RAKYAT




nota:
sedih dan pilu
gugur air mata berdayu dayu
sayang nya yang mendengar hanya bangku

apalah nasib ku
nasib baik merah warna ku
kalau tidak telah jadi tunku

kah kah kah

nota:
tapi ini projek
bangku dan kerusi pun ok
m
asyuuk mesti masyuuk kah kah kah

kerana

47 TAHUN PROJEK GAGAL



ANAK JATI SABAH BANGUN MELAWAN





SIPAUN : TIADA PENYESALAN BANTAH SABAH SERTAI MALAYSIA
– mkini

nota:
47 tahun kemudian tidak ada sesalan menentang malaysia.
47 tahun sabah yang terkaya menjadi yang tercorot
47 tahun di bawah hegemoni gerombolan
47 tahun warga sabah makin di asak pendatang luar
jual kad pengenalan
jual untuk duit
jual untuk undi
jual orang sabah

bacalah sejarah pandangan anak sabah ini
beri penghormatan kepada pandangan ini:


Selepas 47 tahun pembentukan Malaysia, bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun lebih yakin bahawa tentangannya agar Sabah tidak menyertai persekutuan Malaysia adalah betul.

"Malah jika menyertai Malaysia adalah perkara yang betul, ia datang sepuluh tahun terlalu awal bagi kami,” kata Sipaun kepada kira-kira 500 peserta di forum tertutup berjudul, 'Formation of Malaysia, a Promise Revisited and the Way Forward', di Kota Kinabalu, pada hujung minggu lalu.

Forum ini anjuran Yayasan Warisan Borneo (BHF) dengan kerjasama Common Interest Group Malaysia (CigMa), dan beberapa NGO.
Spektrum yang luas

Sipaun berpendapat ketika pada 1962 lalu, Britain sepatutnya menetap untuk sepuluh tahun lagi. Atau pilihan lain adalah bagi Sabah meredeka terlebih dahulu bagi tempoh masa yang sama sebelum memutuskan sama ada untuk menyertai Malaysia.

Pada forum itu, beliau mengimbau semula tentangan ketika itu.

Katanya, dia hanya berusia 25 tahun pada masa itu tetapi tidak ragu-ragu menyuarakan pandangannya kepada Tun Donald Stephens, yang merupakan Huguansiou (ketua tempatan) bagi suku kaum KadazanDusunMurut.

Pandangannya itu disampaikan kepada Stephens melalui seorang pemimpin masyarakat tempatan yang juga membawa beberapa isu lain.

Menurut Sipaun, beliau terharu apabila mendapati Stephens juga sependapat dengannya bahawa Malaysia sebenarnya bukan untuk Sabah.

Bantahan Sipaun melangkaui spektrum yang luas. Beliau memberi amaran bahawa Malaysia hanya akan menyaksikan “pemindahan kuasa penjajah di Sabah dan Sarawak daripada United Kingdom kepada Malaya”.
Kebebasan sebenar

Katanya lagi, Sabah sepatutnya menikmati kebebasan yang sebenar sebagai negara berdaulat dengan pemerintahan sendiri dan diikuti dengan kemerdekaan.

Sipaun juga memberi amaran Sabah, seperti juga Sarawak tidak mempunyai orang yang layak serta berpengalaman untuk berunding dengan Malaya dan Singapura.

Malah, beliau juga mencadangkan Sabah ke meja rundingan seorang diri tanpa perwakilan kerajaan British jika pungutan suara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan rakyat mahukan persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Beliau kemudiannya difahamkan bahawa pungutan suara itu menunjukkan bahawa hanya satu pertiga rakyat di Sabah dan juga Sarawak memilih menyertai Malaysia.

Jumlah yang sama menentangnya dan selebih mereka memilih untuk mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu.

“Apa yang menghairankan saya sehingga hari ini ialah mengapa Stephens menukar fikirannya dan memilih malaysia selepas berjumpa dengan Lee Kuan Yew,” soal Sipaun.


INTERNET DAN YOUTUBE MENGUBAH NEGARA KU




DI INDONESIA NEGARA KU JADI TERANG BULAN




KESAL REMAJA TAK HORMAT LAGI NEGARA KU

Menteri Besar, Ahmad Said kesal dengan sikap sesetengah generasi muda di negeri ini yang tidak menghormati lagu kebangsaan dan tidak menghargai perjuangan untuk memerdekakan negara.

Beliau berkata, sikap seumpama itu mencerminkan terhakisnya kecintaan mereka terhadap negeri dan negara di samping kurang jati diri sebagai anak watan.

Malah katanya, jika sikap seumpama itu meluas, mereka sebagai generasi pewaris tidak akan menghiraukan segala ancaman terhadap bangsa dan negara yang bakal melenyapkan segala nikmat kemerdekaan.

"Generasi sekarang ini juga sudah tidak segan-silu melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian negara dan tidak berusaha memupuk semangat perpaduan antara kaum.

"Sepatutnya mereka memupuk semangat setiakawan sesama warga negara dan menghormati pemimpin silam yang bertungkus-lumus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya.

NOTA:
kita sepatutnya secara jujur memberitahu kepada
anak anak muda tentang sejarah lagu negara ku.
dimana asal usulnya.

tahun 60an, 70an, 80an dan 90an
langsung tidak ada perbincangabn tentang lagu negara ku.
apabila muncul internet dan maklumat meledak dan ditambah
pula dengan youtube maka persepsi terhadap lagu negaraku telah berubah.

lalu kita diberitahu lagu ini lagu peranchis – melula moon – di ciplak
dari indonesia. lagu ini bernama terang bulan. lalu kita dapat
mendengar rakaman awal memula moon.

justeru jika anak muda kurang hormat – anak tua lah yang silap
kerana tidak jujur dengan sejarah. persoalan sekarang apakah kita
akan terus dengan memula moon atau memulakan lagu baru dan
sejarah baru




HANYA SATU SANDIWARA




HANYA BIAWAK YANG KENAL MAMAK LIDAH BERCABANG




PERBICARAAN LING : MADEY SEDIA BERI KETERANGAN

Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian.

“Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak,” kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini.

Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub”.

KAH KAH KAH

woit… KITA JANGAN MUDAH LUPA…. kah kah kaH...

kah kah kah… MUNKEEE INI PERNAH KATA DIA SANGGUP DI PANGGIL KES ANWAR…. kah kah kah..

kah kah kah… CIKUN … TAK BERANI DATANG KE MAHKAMAH…. kah kah kah..

woit… LEPAS TU KATA MAHKAMAH TAK PANGGIL…. kah kah kah

woit… KALI INI TEATER INI PUN SAMA…. kah kah kah…

kah kah kah… INI SANDIWARA… PANGGIL UNTUK JADI X-TRA PUN OKAY…kah kah kah..

woit…. JADI PAK PACAK PUN OKAY…. kah kah kah…

nota:
pelik tetapi benar
ling liong sik ini boleh tipu madey
cakap bukan main terrer
tapi kena tipu oleh cukong kah kah kah

nota:
pelik tetapi benar
wira dunia ketiga
ditipu oleh apek cukong kah kah kah

NAK KONTROL LAGI




JAMBATAN DIBAKAR - BODEK PUNYA PASAL I CHANGE MY MOOD





EMPAT AKTA KAWAL MAKLUMAT BERANKAI DALAM LAMAN WEB
- melayau

Persidangan Dewan Negara dimaklumkan kesemua jenis kandungan berangkai termasuk kandungan laman web di internet adalah tertakluk kepada empat akta yang telah digubal di negara ini.

Rais Yatim berkata, undang-undang berkenaan adalah Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM).

AKM 1998 mengandungi beberapa peruntukan mengenai kandungan terlarang termasuklah Seksyen 211 dan 233 yang melarang pemberian kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat mengacau, mendera, menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… MENYAKIT KAN HATI?… kah kah kah..

woit… KALAU SAKIT HATI HARGA BARANG NAIK MACAM MANA?... kah kah kah…

woit… JELIK SIFATNYA?.... KALAU GEMOK PENDEK DAN HODOH GAMBAR ADA DALAM AKHBAR MACAM MANA?.... kah kah kah…

woit… LUCAH?.... LUCAH MACAM MANA?.... BERBILION LAMAN PORNO… kah kah kah..

woit…. SUMBANG NI MACAM MANA?.... MENYANYI SUMBANG TAPI MASIH NAJK MENYANYI MACAM MANA?.... kah kah kah…

nota:
kalau dah bakar jambatan
boleh bukan internet tak?
kah kah kah


nota:
i change my mood
but i really want to
change my wife kah kah kah