.

Rabu, 10 Januari 2018

BILA SPRM MASUK KE SELANGOR





TANDA

PRU14

NAK

SAMPAI




4 agensi kerajaan negeri Pulau Pinang diserbu SPRM 

EMPAT agensi kerajaan negeri dan tiga syarikat di Pulau Pinang diserbu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, berkaitan cadangan projek terowong bawah laut negeri itu, lapor The Star.

Serbuan itu dijalankan empat hari selepas laporan yang dibuat oleh naib presiden Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.


BILA

SPRM MASUK

KE PEJANAT SUK

SELANGOR ERTINYA

MINGGU DEPAN

PRU14 AKAN

DIUMUMKAN

KAH KAH KAH




------------------

TANDA PRU MAKIN DEKAT










ALA MAK

MISTER LIM

BUAT BUAT

TANYA PULAK



Adakah serbuan SPRM berkait dengan PRU14, soal Guan Eng

KERAJAAN negeri Pulau Pinang memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya terhadap projek terowong dasar laut, kata ketua menteri Lim Guan Eng yang mempertikaikan serbuan dibuat di pulau itu semalam.

SPRM semalam menyerbu beberapa pejabat termasuk Jabatan Kerja Raya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian, dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, serta tiga syarikat pembangunan hartanah dan pembinaan


INI  CARA NAJIB

NAK MENANG

MUSTAHIL  KITA

TAK TAHU

DAH GEHARU

CEDANA PULA

KENA GARU

KEPALA BANA

KAH KAH KAH

----------------------

SAUDI KAKI KARUT







DARI

DULU

GUA

UDAH

BILANG


Arab Saudi, Israel sahabat baik, kata pengerusi Yayasan 1Malaysia

 | January 9, 2018
Chandra Muzaffar berkata pengaruh Iran yang semakin meningkat di Timur Tengah membimbangkan kedua-dua sekutu AS.





PETALING JAYA: Arab Saudi dan Israel bersatu atas dasar permusuhan mereka terhadap Iran, di samping kebimbangan terhadap pengaruh negara Teluk itu yang semakin meningkat, kata aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar.

 ARAB

SUADI

KAKI

KARUT
-------------------

BERKELANA








INGATAN

ketika  gua berkelana
beban yang paling berat
gua bawa ialah harapan






---------------

SALUT PSM





SALUT

PSM 

DAH

BIJAK



PSM masih buka pintu rundingan dengan PH


PARTI Sosialis Malaysia (PSM) masih membuka pintu rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan pertembungan kerusi pada pilihan raya umum akan datang, kata ahli jawatankuasa pusatnya, S. Arutchelvan.


PSM

DAH 

PAKAI

TEORI

UNITED

FRONT

SYABAS!

------------------

TERKINI TERNOW




TER KINI

TER NOWW


Komunikasi KEADILAN via googlegroups.com 

3:29 am (1 day ago)
to bcc: mediakeadilan
Assalamualaikum dan salam hormat.

Harap maklum bahawa  Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Harapan, akan menerima kunjungan  Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Pakatan Harapan, pada

Tarikh: 10 Jan (Rabu)
Waktu: 4 petang
Tempat: Hospital Rehabilitasi Cheras

Rakan-rakan media dijemput hadir.


----------------

BILA MUSUH TIDAK MENYERANG





BILA MUSUH 
TIDAK
MENYERANG

Pada Ahad 7 Januari 2018 telah berlangsung Konvenshen Ke 2 Pakatan Harapan di Pusat Konvenshen IDCC Shah Alam. Gua datang hadir bukan nak tengok-tengok. Dari pagi sampai petang gua disana memasang niat untuk bersama dalam babak sejarah yang sedang diukir.

Ini sejarah tanah air kita beeeb!

Gua ingat lagi pada bulan Disember tahun 2004 gua  telah menumpang kereta seorang kawan untuk naik  ke Tok Pekong di Ipoh. Bukan tujuan untuk ambil number tikam ekor. Tidak. Gua datang untuk menjadi saksi ijab kabul kenduri kahwin Parti Keadilan Nasional (PKN) dengan Parti Rakyat  Malaya (PRM). 

Hebat sejarah dua buah parti politik ini. Termaktub dalam babak sejarah tanahair dua parti ini berkenduri dalam Tok Pekong. Ini babak sejarah hebat belum pernah terjadi. 

Hanya Parti Komunis Malaya (PKM) sahaja yang pernah membuat mesyuarat penting dalam gua di Batu Caves pada bulan Ogos 1942. Ini dizaman perang Dunia Ke Dua

PKM mencari tempat rahsia kerana mereka sedang bergerila melawan soldadu Jepun.  PKN/PRM bermesyuarat dalam Tok Pekong bukan kerana hendak menyorok. Mereka berkongres dalam Tok  Pekong  kerana tidak ada sesiapa yang berani menyewakan dewan untuk babak bersejarah ini. Hakikatnya dua parti ini  juga sedang bergerila menentang kezaliman.

Biar gua beri tahu - setiap kali gua  nak hadir ke persidangan, seminar,  bengkel, koferensi, ceramah atau konvenshen saperti Ahad lalu - gua  merasa takut. Gua takut tak ada orang datang.  Tidak ada sambutan. Paling takut kalau gua sendiri yang mengatur program. Tak ada yang datang ertinya gua buat kerja  gagal. Ini babak gerun  lagi mengerunkan.

Tetapi ada lagi yang lebih gerun dari mengerunkan. Lebih seram    dari semua yang menyeramkan. Lebih takut dari Pak Pandir yang takut dengan Tok Tok Kai Serondong Batang Mana Hinggap Tengah Belakang. 

Konvenshehn Ke2 Pakatan Harapan  diadakan dalam tahun 2018. Bukan tahun 1942 atau 2004. Suasana berbeza. Perang Jepun telah lama tamat. Pulau Pinang dan Selangor sudah bertukar kerajaan. Kini dibawah kerjaan Pakatan Harapan.

Tapi waspada ini bukan bermakna kezaliman telah tamat. Yang zalim dan jahat kini menjadi  pencuri dan penyangak. Dengan kuasa ditangan mereka merompakan dana negara secara tebuka dihadapan mata kita.

Dalam suasana inilah kaum kerabat , sanak saudara, penyokong dan pemimpin Pakatan berkumpul dan berbincang di Shah Alam. Jadi apa yang menakutkan gua?

Apakah gua menjadi takut kerana dipintu masuk itu akan ada kumpulan yang membawa sepanduk dan melaungkan R-E-F-O-R-M-A-S-I. 

Atau gua takut kerana  diberitakan Jamal Ikan Tongkol akan datang bercawat untuk minta saham air dan sebidang tanah paya dari Azmin Ali? 

Tidak. Bukan ini yang menakutkan gua. Kalau pekara ini yang menakutkan ianya tidak sampai ketaraf Karipap King Kong. Semua ini hanylah tahap  ‘kacang putih dan gula singam’. Gua langsung tidak takut.

Malah gua akan menyokong sesiapa sahaja untuk melakukan apa saja dihadapan pintu masuk ke Konvenshen. Ini kerana gua lahir dan menganut  mazhab dilarang melarang.

Justeru kalau pun ada Tongkol atau sesiapa yang ingin membuat bodoh gua juga tidak akan melarang. Pada hemat gua bodoh mungkin  merebak tapi  bodoh bukan penyakit  berkuman yang berjangkit. Sesiapa  nak jadi bodoh gua tidak melarang dan  gua tidak takut. 

Malah gua sokong hak mereka untuk bersuara. Jangan kita ketepikan  atau ditindas hak mereka untuk bersuara. Gua akan menyokong bermati-matian hak  mereka untuk menjadi bodoh. Walau pun mereka musuh gua. Jangan sesekali di tindas diketepikan sosok-sosok yang nak menjadi  bodoh. Menjadi bodoh itu adalah hak asasi mereka.

Jika hari ini ini kita menindas  hak asasi mereka untuk jadi bangang dan bodoh - satu masa nanti kita sendiri akan jadi bangang dan bodoh. Jika mereka tidak setuju dengan cadangan untuk mencalonkan Mahathir - itu  hak mereka. Kalau sesiapa nak menjadi Lokman Adam atau Azwan Bro biarkan saja.  

Jika semua ini tidak gua takuti - apa yang gua takut? Kalau Tok Tok Kai pun tidak ditakuti - apa yang gua takut?

Gua amat-amat takut bila musuh tidak menyerang gua lagi.

Sekali lagi gua buka kesah Mao Zedong yang lari  diburu oleh soldadu General Chiang Khai-sheik. Pengerusi Mao menyorok dalam gua di Yenan Utara China.  Dari gua  ini pada 26 May 1936 Mao telah mengeluarkan satu tulisan kepada anggota  Parti Komunis China (PKC).

Tajuk tulisan ini ialah - Di Serang oleh Musuh Bukan Satu yang Tidak Baik Tapi Satu yang Baik. Tulisan ini menjadi pedoman kepada aktivis,  kader, gerila  PKC. Malah dalam tulisan ini Mao menunjukkan lagi gila babi datangnya serangan  lagi  baik. 

Kegilaan serangan membuktikan  bahawa antara kita dengan musuh jelas  wujud pertelagahan dan perbezaan. Garis  dan agenda politik yang berlawanan. Justeru musuh menyerang. 

Jika tidak diserang mengikut pandangan Mao bermakna kita telah menjadi lembik atau telah  sama setaraf dengan musuh. Yang ini gua takut - bila gua tidak diserang.

Pandangan Mao ini terbukti tepat dan benar. Minggu lalu Subky Latiff penulis  dan pemimpin Parti Pas tanpa sedar telah membuktikan ajaran Mao ini. Subky dalam tulisan di Harakahdaily pada 6 Juanari 2018 telah menerangkan kepada ahli Parti Pas tentang betapa bahayanya kedudukan Parti Pas sekarang ini kerana tidak lagi diserang oleh parti  United Malays National Organisation.  Yang dulu ditakrif sebagai seteru dan musuh ketat.

Malah  Si Subky ini amat kecewa kerana dua kali Presiden United Malays National ini telah memuji Parti Islam ini. Pertama dalam  ucapan Najib di  Perhimpunan Agong United Malays National Oganistion  pada 5 Disember 2017 dahulu. Kedua dalam Ucapan Tahun Baru Najib. Parti Islam dan kepimpinan Hadi telah dipuji.


Berasakan pandangan Mao dan mengikut  pandangan Hishamuddin  Rais  dalam suasana politik tanah air hari ini sesiapa  sahaja yang dipuji oleh Najib adalah hampeh mampeh. Ini amat jelas.

Pekara yang ditulis oleh Si Subky inilah yang menakutkan gua. 

Bayangkan - sesudah Konvenshen Pakatan Harapan Ke2 media membuat laporan. Berita muncul disana sini. Media sosial heboh dengan gambar selfie. Tidak lebih dari itu.

Inilah ketakutan gua. Gua  paling takut musuh  Pakatan Harapan  tidak ambil pot. Gua takut Pakatan Harapan tidak diserang. Gua takut media arus perdana milik United Malays National Organisation senyap membisu.  Gua  amat takut kalau-kalau Geng Cik Gu Bard tak berkata apa-apa. Gua juga takut Haris Ibrahim senyap berkhalwat. Gua  akan takut  dan kecewa jika Mat Ezam Mat Nor  terus angguk kepala tanda  setuju. Gua juga takut jika Dr Kua Khoo Soong tidak  mengelurkan pandangan sepuluh sennya. 

Biar gua cakap jujur jujur. Gua betul betul takut. Gua seram sejuk. Kaki gua menggigil takut.

Jika semua senyap ertinya Konvenshen Pakatan  gagal. Meleset gagal.  Semua kerja politik sebelum ini gagal. Tulisan gua juga gagal meleset. Gua sendiri dengan sedih hati terpaksa mensenaraikan  Tukar Tiub  sebagai ‘ Bapak Gagalis  Sedunia‘. 


Sabar dulu… mes amies .. wait a moment my friends.. not so fast dear comarade… 

Apa  yang gua takutkan TIDAK berlaku. Malah Konvenshen belum pun selesai serangan bertalu-talu telah sampai.  Tak putus-putus musuh menyerang Pakatan .  Semua cadangan dan pandangan dalam dewan persidangan telah ditibai.  Telah dikoyak rabakkan. Telah dibakul sampahkan.

Serangan ini bukan dari nyamuk dan agas. Atau dari pijat dan kutu yang berkumpul di Dewan China tetapi dari musuh besar rakyat Malaysia. Musuh utama rakyat Malaysia - seteru politik Pakatan Harapan - telah  gila  babi menyerang Pakatan Harapan.

Maka mengikut ajaran politik kiri  Mao dan juga mengikut pandangan Si Subky Latiff serangan sabagini  adalah petanda  yang baik. Lagi gila serangan sampai  lagi jelas apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan ialah  betul dan tepat.

Pagi ini Senin 8 januari 2018 ini  gua menggarap tulisan ini. Dari awal pagi gua terus membaca kutukan dan serangan terhadap Pakatan Harapan. Portal berita tidak henti-henti melaporkan serangan terhadap  apa yang berlaku kelmarin di konvenshen Pakatan.

Wakil Cukong Wee Kia Siong dari MCA  mengingatkan  rakyat Malaysia terutama penyokong Pakatan Harapan terhadap kezaliman Mahathir. Gua rasa nak genggam kentut dan lepaskan ke muka Mamat Cukong ini. Dimana wakil cukong ini  berada ketika Mahathir menjadi Perdana  Menteri. Apakah Mamat Cukong ini masih bergelong dalam kelongsong telor ayahandanya. 

Gua terbaca komen sedih lagi sayu dari Veil Paari seorang gedebe MIC yang juga peminat siri drama Tamil di RTM. Gedebe MIC ini merasa sedih  hingga menitiskan air mata biawak apabila mengenangkan nasib para REFORMIS yang telah dibelangkong oleh Mahathir.

Tapi yang peliknya Si Gedebe ini tidak pula menangis sedih apabila seorang  pelakon Drama TV Tamil RTM didapati mati terbunuh. Walau apa pun gua cukup senang hati mendengar serangan sedih dari saorang  Gedebe lagi samseng.

Tup tup  gua terbaca kenyataan Menteri Rahman Dahlan memperli Pakatan Harapan sampai nak rak. Menteri ini menyindir Pakatan. Pak Menteri ini mentertawakan dan memperlekeh isi Manifesto Pakatan. Pak Menteri Rahman berkata semua keputusan konvenshen Pakatan adalah satu trajedi.

Aduh! Gua amat amat senang  hati kerana Mamat  ini menganggap  Pakatan Harapan ini satu trajedi. Gua tahu kita baru saja menghadapi trajedi  apabila Najib memberhentikan Ahmad Maslan dan Hasan Malek dari menjadi menteri.

Hilangnya Hasan Malek  dan Mat Maslan ini trajedi kecil kerana kita hanya kehilangan pelawak. Trajedi yang paling besar yang akan dihadapai oleh Pakatan ialah apabila Rahman Dahlan bersetuju dan menyokong agenda Pakatan Harapan. Bila ini berlaku gua tutup kedai.

Jika Pakatan Harapan tidak diserang oleh menteri Rahman maka pada pendapat gua ini adalah trajedi untuk kurun ini.

Yang paling menyejukkan hati gua - paling berjaya membuat gua senyum puas hati ialah apabila Menantu Abah Bos Tingkat Empat Khairy Jamaludin menyerang. Waspada Mamat ini tidak pernah berkata apa-apa bila Najib mencuri duit 1MDB. Mamat ini buat deek saje.  Mamat ini juga tidak bersuara tentang kes-kes rasuah FELDA. Mamat ini buat donno.

Justeru apabila Khairy menyerang  Pakatan Harapan ini petanda yang paling baik. Ini fikrah dari  lulusan Oxfart. Telah terjulur pandangaan Khairy untuk menyerang. Mamat ini  amat jarang menjulurkan lidah.

Khairy  berkata jika Mahathir mengkemudikan Pakatan maka Malaysia  akan menjadi tidak stabil. Ekonomi akan merosot. Ringgit akan merundum. Pelabur lari lintang pukang. Wow! Gua salut dengan seranan ini. Ini serangan berilmiah. Serangan berasaskan ilmu teori ekonomi politik. 

Serangan saperti inilah yang  gua tunggu-tunggu. Bukan serangan  Mahathir nak jadikan anaknya Perdana Menteri atau Mahathir nak menobatkan anak angkatnya Azmin Ali sebagai  PM. Pada hemat gua ini Ini bukan serangan politik - ini cerita ketiak  masam.

Kesah dan labon ketiak masam ini kita tinggalkan kepada sesiapa sahaja yang nak jadi Lokman Adam atau nak jadi pengikut Azwan Bro.

Gua tersenyum puas apabila Pakatan Harapan terus gila babi diserang. Amin. (tt)

NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



-----------------------

JANGAN SEBAR BERITA PALSU






JANGAN SEBAR

BERITA PALSU

ANGKA 50,000

TIDAK BETUL

KUALA LUMPUR - Dakwaan oleh beberapa pihak bahawa 50,000 pekerja akan diberhentikan tahun ini terutamanya disebabkan oleh peningkatan kos menjalankan pekerjaan adalah tidak betul, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


ANGKA KENA

BUANG KERJA

YANG TEPAT

SAHEH DAN BETUL

LAGI AFDAL

IALAH 

50,012 ORANG

HARAP MAKLUM

BUKAN

50,000 ORANG


----------------------

CALON PM KITA





CALON 

PM KITA
Usul Lambat Sampai Kemeja Rundingan. Saya calunkan Pn Zuraida sebagai PM sebab dia dah tak sabar sabar nak naik hiraki jawatan dalam parti dan kerajaan hingga terlupa dia belum lagi menyeberangi sungai lalu dah nak robohkan jambatan. on SALUT BRO
Publish | Delete | Spam
khalid ros
on 1/10/18



-------------------

SAPA PUNYA KERJA








TANYA

SAPA EMPUNYA

KERJA JAHAT?

PASTI INI KERJA

 ORANG DALAM

BOCORKAN

MAKLUMAT

ATAU

CILAKA 

INI KERJA

CIA 

DARI AMERIKA

NAK MALUKAN

KELUARGA 

PEMIMPIN

KITA PERGI

UMRAH 

ANAK BERANAK

PAKAI DUIT

RAKYAT

BABI GULING

AMERIKA




--------------------

TAK NAZAK







TAK NAZAK
Akupun tak caya Harakah nazak... Ini semua sandiwara menarik perhatian dan simpati.. Agar terlihat PAS benar2 tidak terpalit dgn isu dedak. Tektik ni menampakkan parti tu berjuang secara sendiri takda unsur hangke pangke.. So jangan terpedaya.. on JANGAN BUAT SANDIWARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/10/18




--------------

FULUS






FULUS
Saja ja pas xnak tunjuk byk duit atau collect byk duit..kalau pas nak dah lama pas mohon pada jin2 collect harta karun byk2 bg kat pas maka kayaraya bukan setakat pemimpin Pas malah penyokong macai walaun walapantat dlm pas semua kaya raya.harta karun seisi donia ni pun pas blh dptkan dgn bantuan jin2 ataupun online direct dgn tohan.

MANYAK

ni yg org biasa xleh paham kehebatan pas.pas saja ja dok xmau susah2kan tohan dan jin2 aprid semua supaya pemimpin dan ahli pas semua dpt merasai betapa zuhud nya kusyuk tawadhuk tahalufsiyasipundek dan mcm2 lg nekmat menjadi ahli pas.spt kata nik amar sengaja lambat kan pembangunan kelantan utk kebaikan islam.pas xkejar dunia..pas kejar entot bidadari disorga saja naaaaaa... on JANGAN BUAT SANDIWARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/9/18





------------------

FELDA ZIANA ZAIN








ZIANA
ANAK dan PH tak payah susah2 nk membela nasib peneroka ni sbb anak2 peneroka dan peneroka pun tak suka PH dan ANAK.Diorang dah ada pembela - UMNO/BN. Wahai PH...lebih baik fokus pada pengundi lain selain felda.Lantak diorang ler apa nak jadi,felda nak tergadai ker,harga merudum ker,banyak hutang ker,lantak ler,biarkan diorang terus totok ngan UMNO/BN.

ZAIN

 Dah puas PH bagi penjelasan tapi berapa ramai peneroka yang percaya? Kena maki lagi ada ler.. Cukup2 lah PH...Ramai lagi pengundi diluar sana yang memerlukan kamu... Berkhidmat pada yang memerlukan,tak usah buang masa lagi...biarkan peneroka terjun dengan labunya. 
on HENTIKAN ULANG TAYANG
Publish | Delete | Spam
Non-government servant
on 1/9/18





-------------------------

GULAI AYAM





GULAI
TT kalau Aku ni Polis ..Aku akan serbu aktiviti judi laga ayam dulu.. hasil nye aku bawak balik ayam.. suruh bini aku masak lomak cili api campor nangko mudo.. phooh ado lak potai. on PELIK NAK TANYA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 1/9/18




--------------------

HARAKAH








HARAKAH

aku ada satu cadangan utk selesaikan masalah hutang suratkabar haru.. oops! harakah dgn pencetak... alaa senang jer; pencetak2 tu majoritinya cina, islamkan cina2 tu lepas tu minta derma jihad dan janjikan 40 bidadari bermata jeli. kawtimmmm maa. on 
JANGAN BUAT SANDIWARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/9/18





TIDAK AKAN
ini berita fitnah! ahli pas ada seramai 2 juta orang. katakan setiap naskah untung 20sen x 2 juta = rm400k. itu baru sebulan sekali. bila pas tadbir malaya dan hadi jadi pm nanti boleh la cetak hari2. rm400k x 30 hari.. umanghaii!! dan menurut sumber, menjelang pru14 nanti ahli akan bertambah 3 juta org!! kayo!

BANGKRAP

 kesimpulannya, jgn percaya harakah nak bangkrap. gaji wartawan harakah jer katanya rm10k sebulan. inilah untungnya berniaga cara islam. makmur dan barokah. amiin. on 
JANGAN BUAT SANDIWARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/9/18

----------------