Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 8 Februari 2009

TERBARU!!! PEMECAH BERITA! PECAH BERITA!! BERITA PECAH !!TRES CHAUD NOUVELLE !!!


ARU EXCO KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH TELAH MELETAKAN KERUSINYA.

BELIAU MELETAKAN JAWATAN KERANA TIDAK TAHAN GANGUAN KE ATAS KELUARGA DAN
DIRINYA.

AKAN DIADAKAN PILIHNRAYA KECIL DALAM MASA 60 HARI.

RAKYAT BERPELUNG UNTUK BERSUARA!!!




EEEEEPOH - IPOH - MALAM INI - LAWAN TETAP LAWAN - REFORMASI


waktu 11.36 -




TUJUH PULUH RIBU YANG HADIR BUKAN 50 RIBU SEPERTI DALAM LAPORAN AWAL.

Ceramah Anwar Ibrahim selesai dengan laungan LAWAN TETAP LAWAN.

Dan ini di sambut dengan laungan R-E-F-O-M-A-S-S-I oleh 50 ribu rakyat.

Kerajaan Pakatan Perak akan memfail kes pembubaran ADUN
di Mahkamah Tingi Perak.

Satu sidang khas untuk ahli-ahli Dewan Undangan Perak akan di adakan.

KUTIPAN dari orang ramai pada malam ini ialah - RM 15,720 Ringgit.

ORANG RAMAI SEDANG BERASAK-ASAK KELUAR MENINGGALKAN PERKARANGAN RUMAH
MENTERi BESAR PERAK.

KERETA MASIH BELUM BOLEH KELUAR. MUNGKIN JAM 2 ATAU JAM 3 PAGI BARU SELESAI
KOSONG.

SELAMAT MALAM PERAK. SELAMAT MALAM EEEPOH. SELAMAT BERJUANG DARI SEMUA PEMBACA TT




EPOOOOH !! TERKINI - IPOH


11.21 waktu TT





Saudara Anwar menjelaskan kedudukan sekarang.

Pakatan Rakyat dengan 28 kerusi.

Barisan Nasional dengan 28 kerusi.

Bebas 3 kerusi.

Ertinya Pakatan Rakyat masih belum kalah. Ini disambut oleh sorakan
gegak gempita.

Sokongan rakyat semakin jelas apabila mendengar penerangan Anwar Ibrahim.

Media seperti Tv3 sedang menipu rakyat kata Anwar Ibrahim.

Pucuk pimpinan Pakatan Rakayat akan memohon untuk mengadap Sultan untuk
menyampaikan rintihan rakyat yang mahukan satu lagi pemilihan untuk
semua kerusi Adun di Perak.



---------

10.52 waktu TT





SAUDARA ANWAR IBRAHIM SEDANG BERUCAP.

LAUNGAN REFORMASI BERGEMA MEMECAH BUMI.

ANWAR MENEGASKAN - KEMENANGAN DI PERAK CUKUP MEYAKINKAN DALM PRU 12.

JIKA ESOK PILIHANRAYA DIADAKN PAKANTAN AKAN MENANG LAGI.

KALI INI LEBIH BESAR
.


----------


jam 10.36 waktu TT




TERBARU!!!!

50,000 FIRTY THOUSAND - 50, 000

Orang berkumpul mendengar ceramah telah bertambah menjadi lima puluh ribu orang.

Semakin berasak-asak. Cukup Malaysia. Semua ada - Melayu, Cina, India, Mak Cik, Pak Cik,Minah Cun, Mat Rempit, Jinjang Joe, Sally Cheras, Minah Kelisa, Mat Proton,
Datuk Mercedez, Datin Ranggi, Amoi, Nyonya, Achi, Tanggachi, Tambi, Mador, Towkay, Pak Lebai,Janda, Duda, Mat Cool, Mat Spana, Minah Spana,Pak Haji, Tok Khatib, Tok Bilal, Ketua Kampong, Padri, Sami, Imam, Kadi - semua ada.

Yang TIDAK KELIHATAN HANYA MAT GEROMBOLAN.

NOTA : MEMO RAKYAT AKAN DIBAWA KE DUN UNTUK DI TANDA TANGANI.
KEMUDIAN AKAN DISERAH PADA SULTAN PERAK - RAKYAT MENUNTUT
BUBAR DEWAN UNDANGAN PERAK.



--------


jam 10.21 - waktu TT


Kutipan yang dibuat malam ini adalah untuk
digunakan sebagai duit jamin 9 orang yang masih
di tahan di Kuala Kangsar.

Mereka telah di reamn hingga esok.




TERKINI !!!!! 40 RIBU DI RUMAH MENTERI BESAR SEKARANG !


jam 10.10 waktu TT




MB Sdr Nizar Jamaluddin sedang berucap di hadapan 40,000 rakyat.

Ini satu ceramh raksaksa.

Awal tadi, semenjak petang lagi, kota Ipoh telah berasak-asak.
Orang ramai bertali arus berjalan sejauh 2 kilometer.

Kereta tidak mungkin lagi dapat masuk ke perkarangan rumah MB.

Keadaan cukup teratur dan bersopan.

Memo rakyat telah dan akan di edarkan menuntut pembubaran Dewan Undangan Perak.

Dalam ucapannya tadi Sdr. Nizar telah mengistiharkan
Rumah Menteri Besar Perak sebagi Residensi Rakyat.

Bila Nizar berkata demikian seluruh orang berseorak gegak gempita menyokong.

Ceramah masih diteruskan.




MELIHAT KEMBALI NILAI KUASA


Pada bulan Jun 1975 dahulu – ini sejarah – Muhammad Ali Clay dan Joe Bugner telah bertumbuk di Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Mereka bertumbuk untuk merebut kuasa – untuk menentukan siapakah penumbuk terbaik dalam dunia. Di akhir pertarungan Muhammad Ali Clay mendapat 2 juta dolar dan Joe Bugner dapat kurang dari 2 juta dolar.

Apa yang berlaku di belakang tirai ialah PERGADUHAN MEREBUT KUASA yang di dalangi oleh dolar.

Lihatlah betapa Kuasa cukup berkuasa. Kuasa adalah adalah besi berani yang dapat menghimpunkan segala jenis manusia dari pelbagai pelusuk. Kuasa adalah Tongkat Ali yang akan menjerut semua wanita dan gadis-gadis yang cun dan bergetah.

Sesiapa yang memiliki Kuasa maka dia akan berkuasa untuk mengumpul dolar, ringgit, dinar, harta dan kekayaan. Harta dan kekayaan adalah gula madu yang juga akan menjemput pelbagai bentuk jenis manusia untuk berkumpul dan sekali lagi tunduk di bawah kuasa.

Justeru apa yang sedang berlaku di Perak minggu ini adalah perebutan kuasa. Meloncat ke hulu meloncat ke hilir. Hilang ke hadapan dan hilang ke belakang. Kejap kata – saya tidak. Kejap kata – ya saya. Semua ini adalah manifestasi perebutan kuasa

Ini bukan perebutan kuasa diantara Muhammad Ali Clay dengan Joe Bugner. Ini perebutan diantara Kuasa Rakyat dengan Kuasa Lama yang telah hilang kuasa.

Kuasa yang di rebut di Perak ialah Kuasa Rakyat. Kuasa Rakyat ini telah terbentuk semenjak 8 March 2008 yang lalu. Rakyat Perak telah memberikan keyakinan mereka kepada kerajaan baru. Apabila Kuasa Rakyat wujud ini bermakna Kuasa Lama wajib di ketepikan.

Siapa dia Kuasa Lama ini ?

Kuasa Lama ini telah lama berkuasa – 50 tahun. Selama 50 tahun melalui kuasa yang dimiliki, Kuasa Lama telah mengumpulkan harta kekayaan. Awalnya dengan menjualkan tanah-tanah untuk di gali segala bijeh timahnya. Kering kontang sawah yang landai. Runtuh rantah bumi yang permai.

Selama 50 tahun Kuasa Lama telah juga mengagih-agihkan hutan hutan dara yang telah wujud berjuta-juta tahun untuk di balaki. Kayu kayan menjadi hasil mashul Kuasa Lama. Berpestalah sesiapa sahaja yang bernaung di bawah Kuasa Lama.

Melalui bijeh dan balak Kuasa Lama telah mengumpul berkoyan-koyan harta dan kekayaan. Dengan harta kekayaan ini maka ramailah ‘semut-semut kampong’ datang berkumpul dan berjoget untuk mendapat sepihan madu dan gula.

Pesta semut berkumpul memakan gula ini berlangsung selama 50 tahun.

Dalam masa yang sama - selama 50 tahun pesta-pestaan ini - banyaklah pula orang-orang kampong yang tidak bertanah. Ada yang telah dinyahkan dari kampong halaman kerana tanah ingin digali. Ada yang kehilangan tanah kerana ada orang kaya ingin membuat projek perumahan.

Hasilnya ramailah orang-orang kampong yang duduk di tanah tetapi mereka tidak memiliki geran tanah. Mereka beranak bercucu di atas tanah tetapi hati mereka selalu sangsi, gundah gulana dan berdebar-debar. Mereka sedar Kuasa Lama memiliki kuasa – bila-bila masa sahaja tanah kediaman mereka akan dirampas kembali. Tanah yang di duduki tanpa geran pastilah tidak membawa keselesaan dan ketenangan untuk anak bini dan keluarga.

Kuasa Rakyat telah mengubah semua ini. Rakyat Perak telah bosan diperlakukan sebagini. Lalu beramai-ramai mereka mendirikan sebuah kerajaan yang berpaksikan kesejahteraan dan kepentingan ramai. Kerajaan baru ini mementing dan mendahului kepentingan ramai dari kepentingan para towkay dan para cukung.

Langkah pertama kerajaan Kuasa Rakyat ini ialah memberi geran-geran kepada orang-orang kampong yang selama 50 tahun ini tidak di pedulikan. Betapalah sukanya hati rakyat Perak yang telah berpuluh puluh tahun menunggu geran.

Inilah bezaya kerajaan Kuasa Rakyat dari kerajaan Kuasa Lama. Kuasa Lama mementingkan dan memilihara para cukung dan kroni untuk mengumpul harta. Kerajaan Kuasa Rakyat untuk kesejahteraan ramai.

Langkah adil kerajaan Kuasa Rakyat ini tidak di senangi oleh Kuasa Lama. Mereka merasakan jika ini berterusan maka kuasa mereka bukan hanya akan lupus di Perak malah di seluruh Malaysia. Ini kerana masih banyak Pak Cik dan Mak Cik peneroka Felda yang telah berpuluh-puluh tahun menunggu tetapi geran tanah mereka masih belum di dalam tangan.

Kuasa Lama tidak mahu dasar tepat dan adil Kerajaan Rakyat di Perak ini akan mempengaruhi dan menjadi contoh untuk beratus ribu lagi rakyat di seluruh negara yang sedang menunggu-nunggu hak geran tanah mereka. Warga Perak akan di jadikan warga contoh - jika inginkan hak tanah maka orang ramai wajib memilih kerajaan Kuasa Rakyat.

Amat saheh Kuasa Lama tidak berpuas hati. Dendam kesumat berkobar-kobar. Lalu mereka memainkan rasa benci orang Melayu terhadap Orang Cina. Kuasa Lama berpropaganda bahawa geran tanah ini di beri kepada Orang Cina. Orang Cina dijadikan alasan untuk menunjukkan bahawa Kuasa Rakyat ini adalah Kuasa Cina. Para pemimpin politik Kuasa Rakyat di Perak di tuduh sebagai ‘hamba Cina’.

Ini TIDAK betul. Data-data dan angka-angka resmi dari Kerajaan Perak menunjukkan Orang Melayulah yang mendapat lebih banyak geran tanah dari Orang Cina. Dalam projek memperbaiki kampong tersusun jumlah Orang Melayu lebih ramai. Pekara ini sengaja di tutup lingkup. Ini kerana Kuasa Lama mahukan Orang Melayu membenci Kuasa Rakyat di Perak.


Prasangka dan sikap perkauman ini wujud. Bukan sahaja di Perak malah di mana sahaja dalam dunia ini. Ianya wujud kerana kita memiliki nilai prasangka. Nilai prasangka wujud kerena kita ‘dididik’ untuk memiliki ‘sikap benci’ terhadap orang lain. Sikap benci ini wujud kerana kita tidak pernah mengenal ‘orang lain ‘ itu.

Selama 50 tahun ini Kuasa Lama telah melahirkan tembok dan pagar agar kita tidak dapat berkenalan rapat antara satu dengan yang lain. Lembaga-lembaga di dirikan bukan untuk merapatkan kita tetapi untuk menjauhkan kita sesama kita. Justeru sikap prasangka semakin menebal. Ini di tambah pula dengan cerita-cerita ‘ bencikan Cina’ yang menjadi peluru berpandu Kuasa Lama untuk menewaskan Kuasa Rakyat.

Kuasa Lama tidak sedar Kuasa Rakyat bukan ‘hamba Cina atau hamba Melayu’. Kuasa Rakyat ialah hamba rakyat. Kuasa Rakyat ialah hamba keadilan dan ketelusan.

Ketika artikle ini di tulis Kerajaan Kuasa Rakyat sedang di asak. Tumbukan datang bertubi-tubi. Ini samalah seperti tumbukan yang di terima oleh Joe Bugner di Stadium Merdeka 30 tahun dahulu.

Tumbukan boleh datang bertalu-talu. Selama 50 tahun – bukan sepuluh pusingan - rakyat menerima tumbukan dari Kuasa Lama. Tumbukan-tumbukan Kuasa Lama telah menghancurkan mimpi, mengkeringkan bumi, memindahkan rumah, menggondolkan hutan dan merosakkan alam.

Rakyat masih lagi berdiri dalam gelanggang. Tidak ada satu kuasa – tidak juga tumbukan Muhammad Ali Clay – yang akan dapat menumbangkan Kuasa Rakyat. Rakyat Perak dan Rakyat Malaysia telah bangun berdiri tegak dalam dalam gelanggang untuk menggunakan kuasa menentukan masa depan anak bini mereka.

Untuk sementara waktu loceng munkin berbunyi. Dolar dan ringgit bertukar tangan. Emas dan Perak bertukar tangan. Hakim mungkin berat sebelah tetapi Rakyat Perak tetap dalam gelanggang. Merekalah yang akhirnya akan menentukan Kuasa Rakyat.(TT)

(Tulisan ini telah disiarkan dalam Harakah)







NIZAR TETAP DERHAKA KEPADA RAJA - melayau


IPOH 7 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria tetap mempertahankan kenyataannya semalam bahawa sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja tetap dianggap derhaka.

Katanya, perkara itu sudah jelas disebut di dalam Al-Quran kerana raja dan rakyat adalah berbeza dari segi kedudukan dan darjatnya.

‘‘Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja pemerintah sesebuah negeri itu.

‘‘Kalau dah tidak tunjuk taat, maka itu adalah derhaka,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.



kah kah kah …. kah kah kah … kah kah kah…. kah kah kah… kah kah kah...

kah kah kah...kah kah kah....kah kah kah...kah kah kah...kah kah kah...




PENGUMUMAN CERAMAH PERDANA - MALAM AHAD INI DI RUMAH MB PERAK




CERAMAH PERDANA ------ CERAMAH PERDANA

AHAD - 8HB FEBUARI 2009

WAKTU: JAM 9.00 MALAM

TEMPAT : RUMAH MENTERI BESAR PERAK - IPOH

AKAN BERUCAP:

Saudara Anwar Ibrahim
Saudara Lim Kit Siang
Saudara Tuan Haji Hadi
Saudara Nizar Jamaluddin

AGENDA: MENERANGKAN KEPADA UMUM TENTANG APA YANG SEDANG BERLAKU DI PERAK.

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI SELURUH NEGARA AKAN HADIR SAMA.

SEMUA DI JEMPUT DATANG.





BATU NESAN UNTUK MAT GELAP ZAMBRY – malaysian insider



IPOH, Feb 8 – Mat Gelap Datuk Zambry Abdul Kadir telah di hadiahkan batu nesan dan bunga kuning sembahyang kubur oleh warga Tionghua malam kelmarin di Ipoh.

MG Zambry sedang memberi ucapan di sebuah sekolah China yang tidak berapa jauh dari rumah MB Nizar.

Warga Tionghua Ipoh kemudian berdemo dan melaungkan bantahan mereka.
Suara para penunjuk perasaan telah menengelamkan bunyi meriah sambutan
Tahun Baru China dalam sekolah tersebut.

Batu nisan ini kemudian di letakkan di tepi jalan dimana orang ramai datang membakar lilin.

Apabila kereta MG Zambry lalu para demonstran telah melaungkan kutukan.





ISTERI ROSMAH TAKUT DATANG KE IPOH


Pada malam kelmarin Isteri Rosmah Najib Razak telah tidak berani datang ke Ipoh untuk menghadiri satu menyuarat gerombolan United Malays National Organistion.

Dia juga gagal untuk menyertai sambutan Tahun Baru China yang telah bagitu lama dirancang.

Isteri Rosmah telah di beritakan takut di hampehkan oleh warga Ipoh
.




JANGAN PEKRKECIL KEBIJAKSANAAN SULTAN – MUHYIDDIN - melayau


JOHOR BAHARU: Pakatan Rakyat dan Pengerusi DAP Karpal Singh diingatkan supaya jangan memperkecil kebijaksanaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, dengan keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri itu serta melantik Menteri Besar yang baru.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata baginda yang pernah memegang jawatan Ketua Hakim Negara mempunyai asas perundangan yang kukuh untuk membuat keputusan sedemikian.

"Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda Pakatan Rakyat dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan.



kah kah kah… kah kah kah… kah kah kah….kah kah kah

woit… MAT SEMBAB ….KALAU BODOH MACAM MANA ?.... kah kah kah

woit… KALAU MUKA SEMBAB MACAM MANA?.... kah kah kah




DEMONSTRASI JALAN BUKAN BUDAYA KITA : MAHAFIRAUN



MARAH... SEBAHAGIAN ahli-ahli UMNO Bahagian Ampang Jaya dan NGO mengadakan demonstrasi membantah tindakan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang disifatkan menderhaka kepada Sultan Perak di hadapan IPD Ampang dekat Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang yang hilang kuasa mentadbir kerajaan Perak perlu sedar bahawa demontrasi jalanan bukan budaya Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan menunjuk kekuatan seperti itu juga boleh berlaku kepada pembangkang suatu hari nanti.

"Ini (demonstrasi jalanan) bukan budaya kita. Bagaimana anda hendak membentuk sebuah kerajaan dengan bertindak di jalan raya. Jika mereka (pembangkang) sendiri menggalakkan demonstrasi jalanan, macam mana pula mereka hendak mentadbir negeri.

kah kah kah… kah kah kah …LETIH DENGAN MALAUN NI…. kah kah kah

kah kah kah… ASIK-ASIK BUKAN BUDAYA KITA… kah kah kah…

woit… GAMBAR NI BUKAN GAMBAR GEROMBOLAN..… kah kah kah…