Jumaat, 15 September 2023

SEMUA TURUN BERDEMO PETANG ESOK




Polis tiada kuasa sekat himpunan Selamatkan Malaysia, kata kumpulan peguam

KEENGGANAN polis membenarkan perhimpunan Selamatkan Malaysia Sabtu ini dengan memetik Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) hanyalah salah faham undang-undang secara terang-terangan, kata sebuah kumpulan hak asasi manusia.

Lawyers for Liberty (LFL) berkata polis tidak mempunyai kuasa di bawah APA untuk menghentikan perhimpunan yang dijadualkan pada Hari Malaysia.

Pengarahnya Zaid Malek berkata, orang ramai berhak untuk menghadiri perhimpunan itu.

“Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Suhaily Zain menyatakan ‘permohonan’ yang dikemukakan untuk perhimpunan akan datang pada 16 September telah ditolak kerana ia gagal memenuhi syarat di bawah APA.


“Pertama, polis sama ada jahil atau salah tafsir undang-undang; tiada “permohonan” dibuat untuk perhimpunan di bawah APA.

“Syarat itu menyatakan polis hanya perlu dimaklumkan mengenai perhimpunan itu,” kata peguam itu.

Selepas menerima notis itu, Zaid berkata polis kemudiannya boleh mengenakan sekatan dan syarat kepada perhimpunan itu.

“Tiada kuasa bagi mereka di bawah Akta untuk menafikan hak sesiapa pun untuk berhimpun dengan sewajarnya,” tegasnya.

Pemuda Perikatan Nasional (PN) bercadang untuk mengadakan perhimpunan di ibu kota Sabtu ini bagi membantah keputusan kontroversi pihak pendakwaan yang menarik balik kesemua 47 pertuduhan rasuah dalam perbicaraan rasuah Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Perhimpunan itu dilaporkan akan berlangsung di Kampung Baru.

Bagaimanapun, semalam Shuhaily berkata polis telah menolak permohonan untuk mengadakan perhimpunan itu, dengan mendakwa penganjur mengemukakan maklumat tidak lengkap.

Berdasarkan maklum balas Shuhaily, Zaid berkata polis sebenarnya telah dimaklumkan mengenai perhimpunan yang akan datang dan bantahan itu hanyalah terhadap butir-butir yang terkandung dalam notis itu.

“Berdasarkan itu, kita boleh membuat kesimpulan bahawa notis itu diberikan lima hari sebelum perhimpunan yang akan datang, kerana ia tidak disebut sebagai salah satu sebab ketidakwajaran notis yang didakwa oleh polis.

“OCPD dengan itu akan mempunyai masa yang mencukupi untuk menjelaskan dengan penganjur mengenai butiran perhimpunan sekiranya mereka ingin butirannya dijelaskan, kerana mereka diberi kuasa untuk melakukannya.

“Kegagalan untuk berbuat demikian adalah di atas mereka, dan polis kini tidak boleh berpaling dan mengatakan penganjur melanggar syarat APA dan dengan itu notis itu “tidak dibenarkan” melalui sidang akhbar,” katanya.

Tambahan pula, Zaid menegaskan bahawa seksyen 14(1) APA menghendaki OCPD menjawab pemberitahuan dalam tempoh tiga hari dari penerimaan pemberitahuan jika mereka berhasrat untuk mengenakan sebarang sekatan dan syarat kepada perhimpunan.

“Kegagalan itu bermakna perhimpunan akan dibenarkan untuk diteruskan mengikut notis.”

Zaid juga berkata bahawa keperluan untuk memaklumkan polis di bawah APA untuk perhimpunan adalah tanggungjawab yang dikenakan ke atas penganjur dan keperluan itu tidak menggantikan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman di bawah perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Mana-mana orang awam Malaysia yang ingin menghadiri perhimpunan itu mempunyai hak untuk berbuat demikian tanpa mengira sebarang dakwaan ketidaksesuaian prosedur dengan keperluan APA.

“Sebarang gangguan atau amaran oleh polis kepada peserta biasa perhimpunan itu adalah tidak berperlembagaan dan menyalahi undang-undang,” katanya.

Zaid juga membidas kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim kerana membenarkan polis menyebarkan ketakutan dan ugutan bagi menggagalkan pelaksanaan hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk berhimpun secara aman.

“Perdana menteri dan pemimpin Pakatan Harapan, yang sebelum ini melakukan perhimpunan jalanan yang tidak terkira banyaknya, harus menghormati dan menegakkan perlembagaan ini ketika mereka berkuasa. Untuk melakukan sebaliknya akan menjadi kemunafikan perintah tertinggi.

“Oleh itu, kami sangat menggesa kerajaan untuk memastikan perhimpunan yang akan datang pada Hari Malaysia ini bebas daripada gangguan dan campur tangan polis.
 
“Mereka mesti menghormati hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk berhimpun secara aman, bukan sahaja kerana menjadi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah kewajipan moral kerajaan pimpinan PH, untuk memastikan hak ini dilindungi,” katanya. – 15 September, 2023.
 


WOIT

JANGAN RISAU

INI CARA

ABANG POLIS

BANTU BERI

IKLAN

AMIN

LAGI BANYAK

BERITA POLIS

LARANG LAGI

RAMAI RAKYAT

TAHU

AMIN

DARI DULU

KALAU POLIS

TAK IKLANKAN DEMO

PASTI DEMO

JADI GAGAL 

KHALAS



JANJI

DEMO DIBANTAH - ERTINYA BERJAYA !!!



Polis terima 22 laporan bantah Himpunan Selamatkan Malaysia – KPN


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 22 laporan polis daripada pihak yang tidak bersetuju dengan ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang di ibu negara pada 16 September ini.

Ketua Polis Negara  Razarudin Husain berkata, kesemua laporan polis berkenaan diterima daripada pemilik premis serta orang awam dari seluruh negara.



WOIT

INI PETANDA

AMAT BAIK

AMIN

BILA DIBANTAH

MAKNANYA 

DEMO  DAH 

BERJAYA

AMIN

MAKNANYA DEMO

INI MENYENGAT

KAH KAH KAH

JIKA TAKDA

BANTAHAN 

MAKNANYA DEMO

INI DEMO PALAT

KAH KAH KAH

KHALAS

PENJAWAT AWAM SOKONG PERIKATAN



PENJAWAT AWAM

SOKONG

PERIKATAN

KHALAS



abuqassim commented on
 "KERESAHAN BANI MELAYU"

Tkdo yg polik doh..
Mlayu kn mudah kono tipu..
Dari nekmoyang kono tipu dek org putih..
Skrg lak kono tipu dek org mlayu sndri..
Mlayu tipu play..
Yg untong cino..
Mlayu politik sobab nk kayo copek..
Lobai ko.. Tk lobai ko..
Semuo eh golap mato dek duit..
Mlayu dgn duit bopisah tiado..
KAH KAH KAH

Unknown commented on 
"KERESAHAN BANI MELAYU"

Cara orang yg kencing basuh pipit berfikir tentu sekali jauh bezanya dgn org yg kencing tak basuh pipit. Buktinya jelas dua2 datang dari tempat yang sama. Dpt keistimewaan yg sama. Tapi sekarang terpisah seperti langit dgn bumi. InsyaAllah kemenangan tentunya berada di pihak org yg kencing basuh pipit. Bye bye.


Unknown commented on 
"KERESAHAN BANI MELAYU"

bani melayu terutamanya penjawat awam sokong perikatan & nak abah jadi PM semula, x lain x bukan sebab nak dapat habuan macam zaman pkp dulu. Nak duduk umah goyang kaki, duit tetap masuk. Dia peduli apa negara berhutang ke, bankrap ke. Yg dia tau, duit masyuk, hutang xyah bayar. Huhu




DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH


DI BAWAH

LINDUNGAN 

KAABAH

AMIN

Unknown commented on 
"KERESAHAN BANI MELAYU"

Kepala puki kau bom nuclear, Liwat. Hadi sendiri tulis buku bela Anwar dari Liwat rekaan Atok dan Khairuddin Abu Hassan, barua Atok. Buku Hadi adalah tajuk Qazaf Fitnah Liwat Mahathir terhadap Anwar. Kau kaki Carlsberg, Ezy dan Tak Tak ada masa ke untuk Bani Melayu?

PANGLIMO !!! ANGAN SEBAR FITNAH


PANGLIMO !!!

JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "ESOK PETANG BERDEMO"

Den nonggar suami Najib pun ado kek Sogo esok .. yo ko ..

LAGI IKLAN DEMO


KENYATAAN MEDIA 

SELAMATKAN MALAYSIA


15 SEPTEMBER 2023

1. Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya penahanan aktivis Saudara Badrul Hisham Shaharin yang berlaku semalam.

2. Sekretariat telah mengadakan satu pertemuan dengan semua badan-badan gabungan; NGO, NGI dan parti-parti politik untuk membincangkan hala tuju Gerakan Selamatkan Malaysia yang akan bermula pada 16 September 2023 dan tuntutan-tuntutan kepada Kerajaan. Sekretariat juga bersetuju untuk membentuk satu Sekretariat Bersama bagi tujuan menarik lebih banyak NGO, NGI dan parti-parti politik untuk bersama dalam satu gabungan yang lebih inklusif. 

3. Gerakan Selamatkan Malaysia juga telah memutuskan 3 tuntutan kepada Kerajaan dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan dilaksanakan pada 16 September bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur

INI KERAJAAN CAMPURAN BUKAN PERPADUAAN


KERAJAAN 

PERPADUAN

PN PERLU SAMA

DALAM  KERAJAAN

DARI FAKTA SEJARAH
 MUHYIDIN YANG KERAS KEPALA
BILA DI JEMPUT OLEH SULTAN
UNTUK MENUBUH KERAJAAN PERPADUAN

ESOKNYA
TAKI DAN HAMZAH
BUAT KENYATAAN BERSEDIA BERSMA
AMIN

DEMO - LEPAS MAT ZAHID MAT PEDO



TERUSKAN 

BERDEMO

AMIN

LEPAS MAT ZAHID

MAT PEDO

KHALAS

Unknown commented on 
"MANA SUARA RAFIZI ?"
gua sokong lu bro tt..selain kes DNAA zahid, anwar dan rafizi wajib berbicara mengenai DNAA shahidan kasim yg jelas mengelapkan masa depan kanak2,oh ya norita mati seks ganas oleh lembaga hitam dari arau ke? saja tanya sebab tiktok tak keluar cerita norita lembaga hitam atau DNAA pedo dari Arau parti agama PAS..

DATUK SERI BERJIWA RAKYAT


DATUK SERI

BERJIWA RAKYAT

KHALAS

KERESAHAN BANI MELAYU


KERESAHAN 

BANI MELAYU


Hari ini ramai warga sedar bahawa politik Malaysia sesudah PRU15  masih terumbang ambing. Kita tidak  perlu pergi belajar ke Oxford Universiti atau ke  Havard  Universiti untuk membaca, melihat  dan memahami apa yang berlaku. 

Hari ini ramai warga  melihat negara tidak terurus dan semakin bercelaru walau pun telah hampir setahun kerajaan baru ditubuhkan.

Kerana ini ramai  warga, ramai menganalisa dan pemerhati politik memberi sebab itu dan sebab ini. 

Ada yang menuduh Anwar gagal. Kini Anwar  menjadi  seleberiti berjoget terpekik terlolong  ke sana sini.  Anwar tidak boleh buat kerja. Anwar tidak masuk pejabat dan fail kini membukit. Banyak jawatan GLC masih belum di isi.

Tidak cukup dengan  berita ini  timbul pula cerita apabila Anwar buka mulut dia berbohong. Semua janji jadi capati. Anwar  dicap sebagai kaki putar numero uno. 

Ada warga dan pemerhati politik yang memberi pandangan bahawa jemaah menteri kabinet Anwar tidak ada pengalaman dan  ada yang tidak cerdik. 

Justeru, kerana keadaan ini maka  yang paling resah gelisah ialah Bani Melayu. Tidak Bani China. Tidak Bani India.

Hakikatnya Bani Melayu makin gelisah.  Bani Melayu makin resah. Bani Melayu merasa tidak selesa. Perasan resah dan gelisah ini tidak difahami secara tuntas. Hanya  dirasakan.

 Resah gelisah  wujud tetapi  Bani Melayu secara ilmiah lagi  tuntas  mereka tidak tahu dari mana punca kegelisahan ini datang.

Virus yang mengganggu Bani Melayu ini  dari mana ? Dari bilik makmal mana bocornya virus yang  menjadikan Bani Melayu gelisah resah dalam  negara mereka sendiri?

Tulisan ini  cuba  memberi satu jalur  pandangan untuk mencari  sebab musabab yang mewujudkan kegelisahan Bani Melayu.

Sebenarnya sebab musabab  wujud kegelisahan Bani Melayu ini cukup jelas. Memahaminya tidak memerlukan ilmu  bedah otak. 

Bani Melayu gelisah resah kerana untuk pertama kalinya dalam sejarah moden  tamadun Tanah Melayu - Perdana Menteri yang di lantik bukan datang dari parti Melayu.

Najib Perdana Menteri walau  pencuri yang di masukan ke dalam penjara masih berasal dari  parti   Melayu – parti United Malaya National Organisation. Mahathir  ketika dilantik kali ke dua berasal dari Parti Melayu Bersatu. Begitu juga Muhyidin. Ismail Sabri pengganti Muhyidin juga dari parti Melayu   United Malaya National Organisation. 

Tetapi  Anwar bin  Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri   Ke 10 satelah PRU15 bukan dari parti Melayu. Anwar dipilih jadi PM bukan berasal  dari parti Melayu.

Anwar datang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Parti ini bukan parti Melayu. PKR klim parti berbilang bangsa bukan eksklusif parti Melayu. Ada India , ada China, ada Baba  dan ada Yang Lain dalam PKR
Jangan silap baca Anwar bin Ibrahim adalah Melayu. Hanya Anwar tidak memimpin parti Melayu.

Justeru kerana PM kali ini bukan dari parti Melayu maka semenjak selesai PRU15 kita lihat suasana politik Tanah Melayu semakin tidak stabil – porak peranda tunggang langgang.  Retak menunggu belah.

Tidak ada pula pemerhati  dan penganalisa politik  berkata  dengan sempoi ‘... Anwar bukan dari  parti Melayu... bukan dari UMNO... Bersatu... PAS... ini sebab orang   Melayu jadi huru hara ...gelisah...’

Bani Melayu keseluruhan kini melihat kuasa  politik Tanah Melayu telah terlepas dari tangan Melayu.  Hakikat ini  adalah hakikat empirikal lagi ilmiah. 

Malah amat jelas  dalam real politik jumlah  YB DAP  lebih ramai dari  YB  PKR. Dalam Parlimen DAP ada 42 kerusi. PKR hanya ada 31 kerusi.  Jumlah 42 lebih ramai dari 31.

Dalam sistem demokrasi mengundi dan  pungutan suara pastilah suara 42 YB DAP lebih kuat dari suara 31 YB PKR.

Tambah meresahkan lagi dalam  PKR sendiri masih ramai YB yang bukan Melayu.

Jeng jeng jeng sampai media sosial. Masuk Tik Tok.  Kempen PKR jadi kuda DAP bermula.

Justeru  kempen  Tik Tok yang menggambarkan    PKR ditunggang oleh DAP menusuk dan menggigit. Kempen naratif ini  dalam media sosial ini berjaya . Naratif DAP menunggang PKR  ini amat-amat  di yakini oleh Bani  Melayu.

Bani Melayu melihat kuasa politik kini telah masuk ke tangan parti DAP. Parti DAP ini walau pun klim sebagai parti berbilang bangsa  masih di lihat oleh Bani Melayu sebagai  parti Bani China.

Tidak semua Bani Melayu buta sejarah. 

Bani Melayu sedar  fakta  dimana sejarah DAP ini berasal usul dari Parti Peoples’s Action Party (PAP)  yang di kepalai oleh Lee Kuan Yew. Sosok Lee Kuan Yew ini dengan licik   berjaya mengambil pulau Singapura yang asalnya sebahagian dari Tanah Melayu untuk  dijadikan wilayah Bani China.

Dari suasana ini  muncul dua naratif induk dalam landskap politik Tanah Melayu hari ini. 

Pertama : Kuasa politik Melayu telah hilang dari  milik Bani Melayu.  Ke dua :  Parti PKR sedang di tunggang oleh DAP.

Untuk memperkukuhkan naratif  PKR jadi kuda tunggang ini dibuktikan bahawa PKR tidak memiliki sokongan Melayu. Bukan sahaja dalam PKR ramai YB bukan Melayu malah dalam  undi pilihan raya  juga YB Melayu hanya menang dengan undi Bani China a.k.a   undi China penyokong DAP.

PKR tidak mendapat sokongan Melayu ini bukan mitos politik. Bukan propaganda politik. Ini terbukti secara ilmiah bahawa sokongan Melayu terhadap PKR tidak melintasi 20%.

Kajian demi kajian. Pungutan suara demi pungutan suara telah dijalankan. Merdeka Center dan Ilham Center membuat kajian mendapati  Bani Melayu tidak menyokong PKR. 

Sekali lagi kita tidak perlu belajar politik di Oxford Universiti atau di Yale Universiti. Memadai kita rujuk keputusan PRN 6 Negeri  yang baru selesai untuk memahami sokongan Melayu terhadap PKR.

Rata-rata keputusan PRN 6 Negeri membuktikan  Bani Melayu tidak menyokong PKR. Negeri lubuk Melayu  -  Kedah, Terengganu dan Kelantan semuanya menyokong Bersatu atau Parti PAS.  

Malah di  Selangor di wilayah lubuk-lubuk  Melayu calon PKR , calon  Amanah atau calon United Malays  National Organisation semua bungkus.

Di Pulau Pinang lebih menakjubkan. Paling tertonggeng ialah 3 DUN di Permatang Pauh semuanya jatuh ke tangan Perikatan Nasional. Permatang Pauh adalah kubu kuat kampung asal Anwar Ibrahim. 

Permatang Pauh ialah kerusi tradisional anak beranak  Anwar. Ketika Anwar dalam penjara kerusi ini dimiliki oleh  isteri Anwar. Sesudah itu kerusi yang sama di duduki oleh anak Anwar.  Kali ini semua bungkus. Parlimen kalah dan 3 DUN lingkup.

Bukan sahaja Profesor dari Oxford akan tersenyum membaca kesah  Permatang Pauh ini  malah Profesor dari Sintuk juga akan akur bahawa Bani Melayu tidak lagi menyokong Anwar bin Ibrahim.

Kenapa Bani Melayu tidak menyokong PKR? Kenapa Bani Melayu tidak menyokong Anwar Ibrahim?

Apakah kerana Anwar dituduh meliwat  Saipol Bukhari ?  Kes liwat ini menjadikan  Bani Melayu tidak percaya kepada Anwar ?  Mungkin betul mungkin tidak.

Tapi apa yang jelas kempen media sosial yang menggambarkan Islam sedang terancam adalah sebab utama. Islam dihebohkan  sebagai  sedang digugat. 

Yang mengancam Islam , yang menggugat Islam pastilah parti DAP parti  milik Bani China. Malah DAP dituduh sebagai Parti Komunis yang anti agama dan anti Islam.

Malah Hadi pemimpin Parti Pas menganggap kerajaan Anwar Ibrahim ini sebagai kerajaan  luar tabii. Kerajaan yang di tunggang  oleh DAP yang anti Islam.

Ancaman terhadap Islam ini menjadi satu kempen yang berjaya. Bani Melayu     mendengar  Islam diancam ini dari kuliah-kuliah tidak resmi  di Masjid. Merak juga   melihat  dari apa yang berlaku di hadapan mata. Bani Melayu  merasa yakin akan  naratif Islam diancam.

Propaganda dan naratif  Islam Diancam  dari Tik Tok, dari YouTube  dari FB  dari Ustad YouTube inilah  yang menjadikan Perikatan Nasional  mendapat kemenangan besar dalam PRN 6 Negeri. 

Untuk mempertahankan Islam yang sedang terancam Perikatan Nasional dan para penyokong memiliki 4 bom nuklear.

 Empat bom nuklear ini ialah Liberal, Plural. Sekular dan LGBT. Bom-bom ini jika dilepaskan ke wilayah  PKR pasti akan memusnah dan menghancurkan saki baki  sokongan Bani Melayu kepada PKR.

Contoh terbaik bagaimana bom ini bergerak telah dibuktikan dalam PRN 6 Negeri yang lalu. 

Kiraan Undi Awal adalah bukti  ilmiah bahawa Bani Melayu tidak lagi menyokong  PKR. Justeru pengundi Melayu  percaya  Islam sedang  terancam.

Pengundi awal terdiri dari Pegawai Kerajaan, Polis dan Tentera. Mereka ini hampir 100% dari Bani Melayu. Mereka menjadi pengundi awal kerana bertugas dihari mengundi.

Bila kertas undi dibuka jelas dibuktikan hampir 80 % - 90 % pengundi awal telah menolak Pakatan. Pengundi awal telah  memberikan undi kepada Perikatan Nasional.

Pelik tetapi benar perkara ini belum pernah berlaku. Pegawai kerajaan, Polis dan Askar amat setia kepada kerajaan. Tapi kali ini secara terbuka  mereka telah termakan kempen Hadi yang mempropaganda kan  Islam sedang digugat. Kerajaan Anwar Ibrahim kerajaan di luar tabii. Kerajaan  campuran Pakatan-Barisan sedang ditunggang oleh DAP parti Komunis.

Jelas lagi terang Polis tidak tunjuk hormat dengan Menteri KDN. Jelas lagi terang Askar tidak tunjuk hormat pada Menteri Pertahanan. Jelas lagi terang Pegawai Kerajaan tidak ambil pot tentang habuan yang ditabur  oleh Anwar Ibrahim.

Apakah betul kerajaan Anwar di luar tabii ? Apakah betul Islam sedang diancam ? Apakah benar Islam tergugat oleh DAP ? Tunggu minggu hadapan Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/09/15/keresahan-orang-melayu
DAN
THE MALAYSIAN INSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/462170



YAB DAP SOKONG DEMO


YB DAP

SOKONG DEMO

KHALAS

LAGI IKLAN DEMO DARI POLIS


Polis tahan Chegubard

AKTIVIS politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard ditahan di luar ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Perkara itu disahkan kepada The Malaysian Insight oleh Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari.

“Saya dimaklumkan Chegubard ditahan di luar pejabat PAS di KL.

“Tetapi saya tidak pasti untuk apa kerana saya tidak berada di KL untuk mengesahkan perkara itu,” katanya.

Badrul adalah ahli sekretariat perhimpunan “Selamatkan Malaysia”, perhimpunan membantah keputusan kontroversi oleh pihak pendakwaan untuk menarik kesemua 47 pertuduhan rasuah dalam perbicaraan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Perhimpunan itu dijadualkan diadakan di ibu kota pada 16 September.

Sementara itu, polis mengesahkan penahanan Badrul dan berkata ia tidak ada kaitan dengan perhimpunan itu.

Polis dalam satu kenyataan berkata kes itu berdasarkan video disiarkan di Tik Tok yang didakwa menunjukkan seorang lelaki digelar Che GuBard mengeluarkan kenyataan mengenai rundingan konflik sempadan Malaysia-Indonesia.

Beliau didakwa berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyerahkan blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Blok Ambalat, kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di tengah-tengah pertikaian wilayah di luar pantai Sabah memegang rizab minyak mentah terbesar dunia dan dipertahankan oleh Malaysia sejak sekian lama.

“Polis menahan Badrul di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas mendapat waran daripada mahkamah majistret Kuala Lumpur berikutan keengganannya untuk bekerjasama dengan polis selepas dipanggil untuk membantu siasatan,” kata kenyataan polis itu.

Polis berkata Badrul disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Polis turut mengesahkan sebanyak lima kertas siasatan telah dibuka terhadap Badrul sejak Jun tahun ini. – 14 September, 2023.

 

BIJAK BIJAK

AMAT BIJAK

KAH KAH KAH

AMIN

DEMO DAPAT

IKLAN LAGI

KAH KAH KAH

PELIK KENAPA

POLIS BERI

BANYAK IKLAN

JENG JENG JENG

ADA APA APA KE?

KHALAS

TANGKAP KE

LARANG KE

KAH KAH KAH

SEMUA INI

IKLAN UNTUK

DEMO

AMIN

KHALAS

PERJUANGAN BANI MELAYU


PERJUANGAN

BANI MELAYU

KHALAS