Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 28 Disember 2008

CERITA BERSAMBUNG LAGI

AKHIRNYA AKU TEWAS

Bagitu berjaga agar tidak memakan apa yang di jual tepi jalan.

Betapa berahinya melihat roti dibakar dengan dapur lumpur. Betapa berahi melihat samoza di goreng mengelegak dalam minyak panas. Betapa berahi melihat susu sedang berwap menunggu untuk di minum.

Akhirnya aku tewas. Malam tadi aku deman ceret beret yang paling serious. Berpuluh kali ke tandas. Badan mengeletar sejuk. Menelan beberapa pil untuk mereda keadaan.

Pagi ini tidak berkurangan. Wajib menghantar semua laporan ke Dhaka. Hari ini 28 December kempen di tamat. Malam tadi jam 12.00 berakhir kempen. Hari ini di panggil ‘HARi PENYEJUK ‘ - Esok pilihanraya.

Siapa agaknya yang akan menang ? Aku tidak akan menulis disini – kerana seharusnya aku dilihat neutral – tapi dari apa yang aku perhatikan – aku tahu parti mana yang akan mendirkan kerajaan nanti.

MAKAN

Kerana ceret beret - aku tidak ada nafsu untuk ke pasar pagi ini. Tidak ada selera untuk makan.

KITAR SEMULA

Disini botol plastik di kumpul kembali. Di sini selipar Jepun boleh di baiki. Di sini tidak banyak yang di buang. Orang Bangla bukan konsumer yang rakus. Mereka tidak memiliki keupayaan untuk membazir. Kereta-kereta lama, injin lama – yang kalau di KL – sudah pasti berkarat tidak ada sesiapa yang ambil peduli.

GENDER


Aku rasa negara ini lebih baik dari negara Arab dalam hal gender. Betul – para mullah suka membungkus kaum wanita tetapi ada juga mereka di jalan-jalan walau pun tidak ramai

HINDU


Petang kelmarin aku terdengar bunyi musik kuil – lalu aku mencarinya. Rupa-rupanya tiga pintu dari hotel aku ialah kuil Hindu. Ertinya bukan semua Bangla beragama Islam – masih ramai yang beragama Hindu.

Tidak jauh dari kedai internet ini ada lagi kuil Hindu. Aku datang masuk sebagai tanda hormat. Ada patong Kali yang ganas memegang satu kepala yang terputus dari badannya. Untuk sesiapa yang tidak tahu siapa Kali – sila tanya bapa saudara saya Lebai Mat Google. Pasti Lebai Google ini akan memberi jawapan. Tetapi Kali ini tidak sama dengan Betong Kali, Batang Kali atau Kali Mullah dari NST.

TERBARU : Esok semua talipon bimbit tidak akan berfungsi. Kerajaan akan menutup semua talian. Kami yang memantau akan putus hubungan dan hanya boleh berhubung melalui talipon hotel. Apa rasional pemotongan talian talipon bimbit ini tidak pula jelas.

BUAH DELIMA

Buah delima dari India banyak di pasaran. Tetapi belum membelinya lagi. Buah anggur rupa cantik tetapi masam. Limau – hairan – agak mahal dari Chow Kit. Yang paling murah ialah ciku dan pisang.