.

Isnin, 4 Julai 2016

UCAPAN HARI RAYA TAK JADI






KLIP SEJARAH

ucapan ini telah dirakam
pada malam ahad 15 mei 2016
esoknya gua ke mahkamah
rayuan di putrajaya
justeru isinya ikan masin
gua telah bersedia
ke penjara
hanya tak pasti
ke kajang atau
 ke sungai buluh

di mahkamah
gua telah dinasehatkan
oleh peguam
untuk berkeras menuntut
ke sungai buluh
ini hak banduan
ke sungai buluh kerana
gua diberi tahu 
kelengkapan agak moden
berbanding dengan kajang
malah penjara kajang
menghadapi masaalah air


MALAM INI 
gua sosok bebas
gua ucapkan terima kaseh
kepada semua penyokong
gua janji akan buat
satu lagi ucapan
selamat hari raya
dengan  
rendang itik 
ketupat tapai dan mercun
selamat hari raya

Image result for mercun panjang terbakar

BERZAKAT KEPADA DAPUR JALANAN





MARI ZAKAT


DAPUR JALANAN
projek memberi bantuan kepada
warga miskin kota  diteruskan
15 tahun dahulu dari food not bomb
kini menjadi dapur jalanan

dapur jalanan menyediakan
NASI PANGGUNG
makan percuma tiap petang ahad
di jalan panggung kuala lumpur


dapur jalanan memberi khidmat
kedai jalanan
ini bantuan pakaian percuma
kepada sesiapa yang memerlu

dapur jalanan memberi bantuan
nasehat guman jika diperlukan

kepada para pembaca 
yang mahu berzakat
sila hantar zakat kepada
akaun dapur jalanan

CIMB: 8001-7278-49 

SPKL Collect


segala sokongan
segalan bantuan
dapur jalanan ucapkan
terima kaseh daun keladi
kalau ada nak lagi

SELAMAT 

BERZAKAT

SELAMAT 

BERBUKA





-----------

SELAMAT BERBUKA





SELAMAT 

BERBUKA


hari ini gila panas
mungkin tuhan marah
kerana DBKL rutuhkan
arca kerja senai syed mat jamal

ESOK GUA BALIK
jai ezi balik kampong
mungkin mereka tak minat
balik  dikampong
kena tidoo diluar rumah
kena duduk bawah pokok rambutan
kah kah kah
apa nak buat dalam rumah
tak dibenarkan masuk

BERBUKA
tadi gua pergi ke balai seni lukis
ada sidang akhbar tentang
arca yang kena runtuh
tapi ini bukan pekara yang gua nak tulis

apa yang nak tulis
lepas balai seni lukis
gua  pergi chow kit 
gua masih mencari mercun
gua masih mencarai bunga api
kedai jual kuih dah tak banyak
lalu gua beli gulai itik

ITIK ANGSA ITIK ANGSA
kelmarin gua tangkap angsa
di meru klang
nama saje angsa
daging tak banyak
sembeli dan chow kit
dah hantar jelebu
untuk bersama tapai

ESOK SELASA

RABU RAYA







-----------

UMNO-XIT




MASA DAH

SAMPAI

UMNO-XIT



















-----------

HANYA KOTE MAMAK




INI ULAMAK



aebenarnya sekarang ini banyak ulamak ulamak cari makan dengan pejam sebelah mata, sebenarnya mereka mereka ini bukan nya ulamak tapi KOTE MAMAK on SATU PENCERAHAN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/4/16




----------

PRU 14 - JALANKAN PENIPUAN






KALAU 

PILIHANRAYA

BOLEH UBAH

APA APA TELAH

LAMA 

PILIHANRAYA

DIHARAMKAN

JANGAN LUPA

TAHUN  1964

PILIHANRAYA 

KERAJAAN 

TEMPATAN



SPR akan lakukan persempadanan semula 11 kerusi di Sabah, ramal Adun PKR

04 Julai 2016
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang See Chee How, menyakini Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sekali lagi akan melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya untuk kepentingan Umno-BN dalam menghadapi PRU14.
Beliau berkata kawasan persempadanan semula itu akan membabitkan kawasan parlimen dan dewan undangan negeri di Sabah ekoran pergolakan dalaman pemimpin dan ahli Umno yang berlaku kini di negeri itu.
Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak ini juga mendakwa kali ini, SPR akan mengumumkan 11 kerusi baru bagi persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri Sabah yang akan dilakukan pada Ogos depan dalam persediaan menghadapi PRU14.
"Mengikut perlembagaan seorang perdana menteri boleh mengeluarkan perintah kepada parlimen dan dewan undangan negeri untuk melakukan persempadanan semula kawasan untuk tindakan SPR.
"Ia akan diserahkan kepada SPR yang mana badan itu akan mencadangkan 11 kerusi baru di negeri Sabah," dakwanya kepada Malaysia Dateline.

DALAM NEGARA

DUNIA KE TIGA

TIDAK ADA

PERUBAHAN 

KERAJAAN 

MELALUI

PILIHANRAYA



----------------

PEMIMPIN MELAYU DI HINA






MUKA PEMIMPIN

NEGARA ISLAM

DIPIJAK LAGI

























INI SATU

PENGHINAAN

TERHADAP 

PEMIMPIN ISLAM

TERAS MELAYU

BILA NAK AMBIL

TINDAKAN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH





-------------

MISTER DICKHEAD





F.BOOK



Our non cultured minister. This dickhead kata arca itu "turut menyakitkan mata". *wa tengok muka lu pun apa kurangya.. Agaknya Kunan ni tentu tak tahupun pasal kes saman 2010.

MANA SATU

DICKHEAD

GUA KANFUSE





--------------

INI DIA RUPANYA





F.BOOK

GAMBAR AIB PM NAJIB - maka sah ! penulis otai YAHYA ISMAIL ditahan polis di kediamannya PJ - direman 3 hari utk bantu siasatan bwh Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah - kes disiasat ikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998























--------------

SATU PENCERAHAN



PIS MALAH BERFIKIR

Nama di alam nyata adalah haron din, di alam ghaib haron jin, dua dua nama tu boleh digunapakai. Kabarnya nama haron jin di alam ghaib amat digeruni oleh para jin. Dengar nama haron jin aje para jin akan terkencing terberak dalam seluar, kalau jin islam akan terkencing terberak dlm jubah.


Begitulah hebatnya haron jin di alam sana. Di alam nyata pula, nama haron din tak hebat pun tapi dia cobak tonjolkan diri guna nama berkaitan jin untuk tunjuk kuat, tapi lebong tersebut hanya berjaya di kalangan ahli PIS yg malas berfikir. Bagi yg selain dari ahli PIS, nama haron din aka haron jin cuma sekadar ahli agama yg cuba carik makan atas nama agama, tak hebat pun. Air liur jampi pun dah tak berapa laku kabarnya. on TAK BOLEH FAHAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 7/4/16



-------------

MUVE COLLECT UFTI






WAHAI

MOVE COLLECT

UFTI PAHANG


APAKAH GAMBAR

INI ADA CIRI

KAPIR HAR-B

ATAU 

KAPIR HAR-A

SAJE TANYA

JANGAN MARAH




----------

KALAU MUKA HODOH








 

KALAU MUKA

INI HODOH

MACAM KERETA

BELANGGAR

TENGOK MUKA

KANAK2 TAKUT

TENGOK MUKA

PATAH SELERA

TENGOK MUKA

HILANG NAFSU

BERAHI SEX

ADAKAH KITA

HAPUSKAN 

MUKA INI?

KITA PAHAT

MUKA INI?

KITA RUNTUH

BULLDOZER

MUKA INI?

SAJA TANYA

JANGAN MARAH





-------------

TAK BOLEH FAHAM




MANA  BETUL

HARUN DIN KE

HARUN JIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH
‘Haron Din lebih baik duduk diam-diam”
 | July 3, 2016
Ulama PAS seolah-olah gajah depan mata tak nampak, tetapi kuman di seberang laut nampak, kata bekas pemimpin Umno itu.
PETALING JAYA:  Khairuddin Abu Hassan hari ini mempersoalkan “nasihat”  Haron Din kepada ketua menteri Pulau Pinang untuk bercuti sehingga kes rasuahnya selesai.
Beliau bertanya mengapa mursyidul am PAS itu tidak memberi nasihat sama kepada perdana menteri.
“Kalau Haron Din gentleman, suruh Najib bercuti sehingga siasatan ke atasnya selesai,” kata bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu, merujuk wang “derma” RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

WOIT

dah silap

guna gentleman

mana jin faham

kah kah kah

bahasa jerman

mungkin ok

kah kah kah

JINAKOLOJIS



---------