Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 29 April 2013

PENIPUAN SEDANG BERJALAN - UNDI TIPU SEDANG DIKUMPUL




KOMENTAR TUKAR TIUB
apa yang jelas penipuan sudah bermula
jika united malays national organisation menang
ini adalah kemengan dengan jlaan tipu



JUSTERU
1 - jangan terima keputusan tipu
2 - tubuhkan satu spr baru yang bebas dan adil
3 - adakan pru sekali 



Pengundi pos diarah mengundi di hadapan boss?

KOTA BHARU: Mungkinkah Umno sudah benar-benar terdesak apabila ada ketua-ketua jabatan dikatakan mengarah pengundi pos dalam kalangan kakitangannya membuang undi di hadapannya.
Beberapa pengundi pos dalam aduan kepada Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Luham), Dewan Pemuda PAS Kelantan mendakwa mereka dipaksa berbuat demikian.
Pengerusi LUHAM, Mohd Abd Rashid Yah berkata, pengadu mendakwa ketua jabatan mereka mengarahkan supaya pengundi pos memangkah kertas undi di hadapan ketua jabatan.
“Malah ada juga pengadu memberitahu ketua jabatan mereka mengarahkan kertas undi pos tersebut diserahkan kepada boss untuk dipungut. 


TIPU PILIHAN RAYA
KITA TURUN JALAN RAYA


-----------

JANJI BERSIH TURUN KE JALAN RAYA MEMBUAT 3 TUNTUTAN




 KOMENTAR TUKAR TIUB
yakinlah kerajaan  pakatan rakyat selangor
akan jatuh
bukan kerana rasuah
bukan kerana tidak cekap
bukan kerana jual tanah rakyat

kerajaan selangor akan jatuh


JUSTERU
1 - jangan terima keputusan tipu
2 - tubuhkan satu spr baru yang bebas dan adil
3 - adakan pru sekali 


TIGA INI ADALAH  TUNTUTAN
JANJI BERSIH
Selangorku,29 Apr 2013
SHAH ALAM: Pakatan Rakyat (PR) mendakwa satu langkah agresif sedang diambil untuk membawa pengundi ragu ke Selangor melalui pengangkutan udara secara besar-besaran menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hujung minggu ini.

Dalam satu sidang media, Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Shamsuddin mendedahkan beberapa senarai penerbangan berstatus ‘charter flights’ Malaysia Airlines (MAS) yang akan berlepas daripada Kota Kinabalu bermula 2 Mei sehingga 4 Mei ini.

PR percaya rancangan penerbangan khas ini akan membawa lebih 36,000 pengundi yang statusnya diragui sebagai talian hayat terakhir Umno-BN untuk merampas Selangor dan kekal berkuasa di Putrajaya.




Abdul Khalid: Umno flies in outsiders to vote in S'gor
SELANGOR Caretaker Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim has accused Umno of flying in outside voters, including army voters and especially from Sabah, to make up part of the electoral roll in the state.

Khalid said this when commenting on the 130,000 voters which appear on the state electoral roll, who he said the state was unable to detect through its democratisation project.

However, Khalid, who is also Selangor Pakatan Rakyat chairperson, did not provide any detail in his statement to substantiate his allegations, other than to say the claims were “based on intelligence”.

“Based on intelligence, we find Umno has carried out activities to bring in outside voters, especially from Sabah, using air transport.



TIPU PILIHAN RAYA
KITA TURUN JALAN RAYA
--------

TER NOW TERKINI TER HOTTT




SERVER TV BANGSAR UTAMA DU SERANG
KAMI DI GANGGU GUGAT
PASALK ITU TERLAMBAT
TIM TEKNIKAL SEDANG BERUSAHA

NOTA
bila musuh menyerang
tanda baik
kerana apa yang dilakukan
menakutkan musuh
kalau tak diserang musuh
tanda tak baik
ertinya
apa yang dibuat tidak
menggangu musuh
-----

PRU13 GEROMBOLAN HANYA BOLEH MENANG CARA TIPU




JAM 4:00 PETANG
PASTILAH
TV BANGSAR UTAMA



INI LAGU RESMI
UNITED MALAYS 
NATIONAL ORGANISATION


TIPU TERUS MENIPU – KITA TIPU MELAYU

Pada satu ketika dahulu  penganalisa politik dari dalam dan luar negara selalu merumuskan kemenangan United Malays National Organisation kerana 3M.  Setiap kali parti Ketuaan Melayu ini menang dalam pilihanraya umum atau pilihan raya kecil maka analisa 3M akan muncul. 3M ini memberi makna  Machinery, Media dan Money – jentera, media dan duit.

United Malays National Organisation cukup anggkuh  dan berbangga apabila dikatakan 3M yang membuatkan  parti mereka terus  berkuasa. Sebenarnya pandangan 3M ini pandangan kangkong.   3M ini adalah pandangan dari Profesor Kangkong dan penganalisa politik lulusan  Universiti Donut.

United Malays National Organisation berkuasa bukan kerana 3M tetapi kerana 3T. Apa dia 3T ini?  Tiga T ialah Tipu, Tipu dan Tipu. Dari semanjak zaman berzaman 3T inilah yang memberikan kuasa kepada parti Ketuanan Melayu ini.  Penipuan dalam pilihan raya ini dirancang oleh Suruhanjaya  Pilihan Raya, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis , KEMAS, Ketua Kampong, Tuan Pegawai Daerah dan dan dan. Semua jentera kerajaan membantu menipu untuk memastikan parti Ketuanan Melayu menang.

Apabila menang maka Profesor Kang Kong pun memberi analisa bahawa 3M yang membolehkan United Malays National Organisation berkuasa. Ini untuk menutup penipuan. Hampeh.  3M ini adalah cerita karut dan analisa politik bangang. 

Penipuan dan kerja jahat dari United Malays National Organisation  dan SPR ini tidak akan berhenti. Mereka hanya berhenti satelah kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih  kerajaan. Mereka semua dimasukkan ke dalam penjara. Tidak ada ampon dan tidak  ada maaf. Ketua-ketua besar dalam SPR  ini  adalah orang-orang  jahat yang memporak peranda negara kita ini.  Walau pun mereka dilihat sebagai perkakas tetapi mereka adalah pekakas dan barua yang amat-amat diyakini oleh United Malays National Organisation. Kesetiaan mereka kepada parti Ketuanan Melayulah yang membolehkan mereka dilantik untuk mengepalai SPR. Mustahil Tian Chua atau  Saifuddin Nasution akan dilantik  untuk menjadi Pengerusi SPR.

Minggu ini satu lagi penipuan telah dilakukan dengan satu perancangan licik.  Sesudah penamaan calon kelihatan terlalu banyak calon bebas bertanding. Malah  ajen-ejen Kerajaan Perpaduan  dalam Pas yang masih setia dengan garis Hasan Ali juga mendaftarkan nama penyokong  mereka.

Setelah ditapis terdapat  7 kerusi bertindih antara Pas dengan PKR. Melalui perundingan, isu kawasan bertindeh ini selesai.  Kalau selesai apa masaalahnya? Masaalah ini tahun ini dengan licik SPR telah membuat tambahan undang-undang. Nama calon yang menarik diri akan terus tertera dalam kertas pengundian. Ini akan menimbulkan kacau untuk para pengundi. Ini rancangan licik SPR. Undang-undang ini sengaja diperkenalkan tahun ini dengan tujuan untuk buat kacau.

Kenapa tidak  boleh nama bakal calon yang menarik diri dikeluarkan dari kertas undi? Mustahil tidak boleh dilakukan? Manusia telah naik dan pulang ke bulan. Manusia telah menghantar roket kaji selidik ke bintang Marekh. Mustahil di Malaysia ini tidak wujud teknoloji untuk memadamkan nama calon yang telah tarik diri. Jelas semua ini adakah perancangan  SPR  untuk menipu.

Minggu ini juga kita  telah terperanjat apabila maklumat dalaman bocor. Umum diberitahu oleh media baru – internet -  bahawa polis dan mata-mata telah mengundi terlalu awal. Polis dikatakan telah menjalankan undi pos. Biasanya  undi pos akan dijalankan 3 hari sebelum hari buang undi. Kenapa kali ini terlalu awal – lebih dari satu minggu?.

Sebenarnya  undi pos awal ini juga adalah rancanganh licik untuk menipu. Orang ramai tahu dan sedar bahawa  terlalu ramai polis dan mata-mata  yang memiliki dua kad pengenalan. Satu kad pengenalan sebagai anggota PDRM. Dan satu lagi kad pengenalan biasa. Satelah mengundi pos – mata-mata  dan polis ini  boleh mengundi sekali lagi. Ini bukan fitnah ini sedang beroperasi.

Ketika saya menulis tulisan ini satu berita ‘gempar’ telah tersebar.  Anwar Ibrahim telah mengadakan satu sidang akhbar.  Secara terbuka Anwar telah memaparkan bukti-bukti dan  gambar-gambar rakaman penipuan SPR  kepada media.

Mengikut  Ketua Pembangkang ini  pada 8 April yang lalu sebuah kereta resmi SPR yang membawa  2 peti undi telah ngelencong dalam perjalanan ke Putrajaya. Kereta ini  telah ngelencong masuk ke Kawasan Industri Sungai Chua Kajang. Mengikut Anwar peti undi ini adalah peti undi PRU13. Peti ini ada tanda dan memakai logo SPR. Malah kereta yang membawa peti undi dibuktikan saheh sebagai   kereta resmi SPR.

Ketua Pembangkang  mahu SPR menerangkan apa tujuan 2 peti undi ini disinggahkan ke kawasan perindustrian ini? Apakah  peti undi ditinggalkan  untuk memungut undi-undi hantu – undi-undi pendatang haram -  yang akan  mengundi secara gelap. Untuk memungut kertas-kertas undi ini akan  dibawa lambat ke bilik pengiraan? Saperti telah berlaku di Lembah Pantai dan di Pekan pada PRU11.

Hingga tulisan ini selesai ditulis Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR telah diam membatu. Mereka  pasti  terperanjat besar.  Kerja sulit mereka  sudah terbonggeng. Pasti  mereka akan tertanya-tanya - bagaimana gambar kereta dan gambar peti undi ini dapat dirakamkan. Bagaimana Anwar boleh mendapat maklumat yang dikawal rapi ini. Siapa membocorkan maklumat ini? Siapa merakamkan gambar-ganbar ini?.

Dalam sidang akhbar yang sama Anwar juga mahu mendapat jawapan  bagaimana 28,953 -  semua ini adalah pengundi  Pilipina,  Bangla, Pakistani dan Indon  - dapat menjadi pengundi.  Seramai 15,907 akan mengundi di Sabah, selebihnya akan mengundi  di Selangor. Soalan ini juga gagal mendapat jawapan. Pada hemat saya Anwar Ibrahim membuang masa bertanya kepada SPR.

Pengundi-pengundi ini sebenarnya pengundi hantu – pendatang haram -  yang telah susun dan diatur  untuk memastikan Selangor dapat dirampas dan Sabah terus dalam tangan United Malays National Organisation.  Apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita minggu ini – satu minggu sebelum 5 Mei ini membuktikan saheh  thesis 3T saya ini.

Thesis 3T saya bukan hanya sampai ke tahap ini.  Penipuan akan terus dijalankan hingga ke hari mengundi. Pada hari pengundian bukan sahaja Pengundi Hantu akan datang mengundi. Peti undi juga boleh bertukar.  Peti undi baru akan  dibawa masuk. Justeru, mungkinkah ini tujuan 2 peti undi yang negelencong hilang ke Kawasan Perindustrian Sungai Chua Kajang?

Peti undi bertukar sering terjadi. Di Semenanjung orang ramai selalu mendengar pertukaran ini berlaku. Di Sabah dan Sarawak ini lumrah.   Peti undi bertukar  dalam helikopter. Peti undi bertukar dalam van. Peti undi bertukar dalam perahu. Hakikatnya pekerja  SPR yang  membawa peti undi ini  tidak boleh dipercayai.

Ini bukan fitnah. Ini bukan tohmah. Umum telah diberitahu tentang pertukaran peti undi ini  oleh seorang   Menteri dan ahli United Malays National Organisation di Sabah. Datuk Seri Lajim Ukin dengan senyum telah  menerangkan bahawa poster, kain rentang dan ceramah ini hanya wayang.  Semua ini dilakukan untuk memberi gambaran  bahawa di Sabah  demokrasi pilihan raya sedang berjalan sehat. Ini semua sandiwara.

Hakikatnya amat-amat berlainan. Apa yang telah dilakukan olah  Datuk Seri Lajim ialah membeli Pacaba. Pacaba – adalah pekerja parti yang akan memastikan parti yang dianutinya tidak akan dpat ditipu. Disini ajen-ajen parti Ketuanan Melayu akan datang untuk membeli para Pacaba. Membeli Pacaba ini lebih murah dari membeli calon yang telah menang.


Tugas Pacaba ini ialah untuk memerhatikan kiraan kertas undi berjalan dengan betul. Mengikut Datuk Seri Lajim yang kini menyokong Pakatan Rakyat, para Pacaba ini  dari awal lagi telah dikenal pasti dimana tempat tugasan. Ketika pengiraan undi berjalan maka Pacaba memainkan akan peranan yang amat penting.

Kertas undi  ini akan dikira 10 helai untuk diikat dalam satu kumpulan. Untuk Pakatan Rakyat 12 atau 15 helai kertas untuk akan dijadikan 10 helai. Manakala untuk parti Ketuanan Melayu  7 atau 8 helai akan dijadikan 10 helai.  Penipuan ini dirancang dengan kerja sama SPR. Mustahil pegawai  SPR tidak tahu hal ini berlaku depan mata.  Pacaba dan pegawai SPR ini semuanya telah menerima habuan dari Datuk Seri Lajim Ukin.

Apa yang cuba saya katakan disini ialah penipuan ini bukan hanya ada pada senarai pengundi, bukan hanya ada pada Kad Pengenalan segera. Dalam setiap  lubang, dalam setiap sudut penipuan dirancang.  Yang menjadi taruhan dan rebutan  ialah berbilion bilion rinnggit harta kekayaan negara. Justeru, dalam PRU13 ini   United Malays National Organisation akan terus memperbaiki cara penipuan. Hasil 2008 dahulu memastikan  penipuan PRU13 kali  ini lebih licik dan   lebih meluas.

Dalam masa 9 hari lagi kita akan tahu sama ada rancangan penipuan United Malays National Organisation ini akan berjaya menghalang kemaraan ombak rakyat yang mahukan perubahan. Penipuan akan beralaku malah sedang berjalan. Soalannya samada penipuan ini  dapat menjadi tembok atau tidak.

Rakyat Malaysia anak semua bangsa telah lama menunggu masa untuk menghumbankan parti Ketuanan Melayu ini ke dalam tong sampah sejarah. Justeru, jika 3T berlaku secara besaran, rakyat Malaysia anak semua bangsa tidak ada pilihan. Hanya jalan raya yang akan membenamkan 3T.(TT)

SIAPA DAPAT TANGKAP MALAON INI
AKAN DIBERI LANGGAN SETAHUN
SUARA KEADILAN PERCUMA


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
akhbar tanpa lesen ini
adalah akhbar paling TOP
sila langgan dan jadi cool


--------

WASPADA - BERJAGA JAGA - BANGLA SUDAH SAMPAI




KOMENTAR TUKAR TIUB
tt minta maaf
kerana potong stim
dibawah ini adalah berita
yang mengumbirakan

dari tajuk berita ini
pastilah kita yakin
bahawa pada 6/5/13
sebuah kerajaan baru didirikan
dan malaysia baru yang demokratik lahir

tapi
dalam pru13
bukan siapa turun mengundi
tapi siapa mengira undi!

CARI DAN AJAK MAKAN KENDURI

2,000 Murut sokong PR, Umno Beaufort lumpuh

KUALA LUMPUR:Mereka menyerahkan borang keahlian itu kepada Anwar dan calon Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin pada program di pekarangan rumahnya yang dihadiri ribuan rakyat.


Umcedel pertahan hasil kajian Anwar lebih layak jadi PM
KUALA LUMPUR:Dalam satu kenyataan semalam, pihaknya berkata kajian akademik tersebut dibuat dengan mematuhi standard dan tidak bias kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.





Puluhan cawangan Umno di Selangor akan dibubar?

Berita yang mengatakan Umno akan menghadapi masalah besar dalam sehari dua ini telah saya dengar seminggu dulu. Semalam saya mendengar pula banyak cawangan Umno akan dibubarkan di Selangor.


N resah, peluang PAS cerah di Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR:Menurut Khalil Idham, walaupun berlaku perpecahan Umno Kuala Kangsar berikutan Datuk Kamalia bertanding atas tiket Bebas, PAS perlu kepada kekuatan tersendiri untuk menang.






BANGLA AKAN MEMENANGKAN
GEROMBOLAN


--------

BUKAN SIAPA MENGUNDI - TAPI SIAPA KIRA UNDI



KOMENTAR TUKAR TIUB

waspada!

ramai datang ceramah bukan tanda menang
ramai turun mengundi bukan tanda menang
dalam pru 13 ini bukan siapa mengundi
tetapi siapa kira undi

SATU INGTAN KEPADA PENYOKONG PAKATAN
mat bangla
mat indon
mat pakistani 
telah mula masuk

jangan heboh dengan betapa ramai
datang dengra ceramah di nik aziz di putra jaya

jangan leka dengan jumlah ceramah yang ramai

pru13 ini bukan siapa mengundi
tapi siapa kira undi

MAT BANGLA 
TAK DATANG CERAMAH 
tapi
MENGUNDI 
MEMENANGKAN GEROMBOLAN

Calon BN JB Shahrir berceramah dihadapan ‘kerusi kosong’

JOHOR BARU, 29 April — Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Johor Baru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berucap dalam satu majlis dengan dewan yang hampir kosong apabila hanya kurang 100 sahaja penduduk Cina dari Taman Century  di sini yang hadir semalam.
Shahrir yang merupakan ahli Parlimen di kawasan yang dikenali sebagai “sting garden” oleh penduduk temapatan sejak enam penggal itu juga dilihat gagal menarik kelompok masyarakat Cina dalam program anjuran parti komponen BN, Gerakan.
.
JAM 4:00 PETANG
PASTILA
DI TV BANGSAR


-----

BERTINDAK SEKARANG JANGAN TERLAMBAT



PENGUMUMAN
masa untuk bertindak
jangan sudah kalah
baru bertindak
masanya ialah
sekarang!

WARGA SERDANG SILA BERTINDAK

Dekat Taman Sri Serdang....ada satu rumah NO 34.... di jalan 18/62....terdapat 11 nama pengundi yang tidak dikenali oleh tuan rumah itu sendiri. Kalau kami kata SPR dan Jbt pendaftaran menipu macam mana????. Ini baru satu rumah....Taman Sri Serdang ada berapa ribu rumah?????Bagi aku....BN ni sebenarnya adalah PARTI PENDATANG. on LAGI BUKTI PENIPUAN DALAM PILIHAN RAYA
adios TSS
on 4/29/13
JIKA BUKTI TELAH ADA
LAKUKAN  TANGKAPAN
CIVIL ARREST

-------

SIAPA MAIN MERIAM BULUH?



MAT NGANTOK

  • Pak Lah yakin BN mampu tawan Balik Pulau



  • MAT NGANTOK 
  • SUDAH BANGUN



  • "Saya melihat kesemua calon di kerusi Parlimen dan tiga calon kerusi DUN sangat komited, bersungguh-sungguh dan bersemangat tinggi. Ini sekali gus menyuntik semangat untuk berdepan pembangkang yang bertanding di kawasan ini," kata Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... SIAPA BUAT BISING?.... kah kah kah...

kah kah kah.... SIAPA MAIN MERIAM BULUH.... kah kah kah..

kah kah kah...SIAPA BAKAR MERCUN?..... kah kah kah..

kah kah kah...GANGGU MAMAT INI DARI TIDOOOO.... kah kah kah



NOTA
dinasehat kan
mamat ini lebih baik
zzzzzzzzzz  dari bercakap
kah kah kah

---------

KAJIAN BUKTI PAKATAN AKAN MENANG





PARTI KEADILAN BERSIKAP POSITIF TERHADAP KAJIAN PENDAPAT UMUM UMCEDEL, MEMPERTAHANKAN INTEGRITI UNIVERSITI

Parti Keadilan berasa bangga dengan angka survei dari Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) yang menunjukkan bahawa usaha berterusan parti untuk menjanakan perubahan yang bermakna kini menjadi kenyataan.

Perdana Menteri sementara Najib Razak sebetulnya tidak menolak dan memandang rendah hasil kajian pendapat umum UMCEDEL. Sebaliknya, beliau patut menghormati hasil kajian tersebut yang dijanakan oleh sebuah badan akademik Universiti Malaya, institusi pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia. Lagipun, Najib telah memuji UMCEDEL pada Jun 2012 apabila hasil kajian pendapat umum UMCEDEL memihak kepada pihak BN.

Kajian pendapat umum apabila dikendalikan secara professional dan berpandukan metodologi amalan terbaik merupakan barometer yang releven dan boleh dipercayai. Namun, kami akan menghormati keputusan pilihanraya seperti yang diputuskan oleh rakyat pada Mei 5.

https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gifPihak kami berasa bangga dan rendah hati bahawa 43% orang Malaysia yang ditemubual antara April 3-20 (yang mencerminkan hampir separuh penduduk Negara) percaya kepada kebolehan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri berbanding angka 39% untuk Perdana Menteri i Najib Razak.

Adalah menggembirakan bahawa 54% daripada pihak orang Melayu yang ditemubual yakin kepada Anwar. Hal ini jelas menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat tidak mempunyai sokongan di kalangan orang Melayu.

Pakatan Rakyat kini berjaya meraih sokongan daripada semua sektor dan komuniti. Pihak kami akan berpegang teguh kepada kepercayaan rakyat dan berjanji akan berkempen bersungguh-sungguh sehingga hari pengundian.

Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan



---------