.

Rabu, 18 April 2018

SIAPA ARAH SIRUL BUNUH ALTANTUYA





SIAPA ARAH SIRUL

BUNUH ALTANTUYA






MENTAL








MENTAL
JANGAN RISAU

JANGAN TAKUT

SAKIT MENTAL

TAK BERKUMAN

TAK BERJANGKIT



Pemimpin pemuda PAS Kelantan pertahan kenyataan 'malaikat turun mengundi'


Selepas dihujani kritikan dan sindiran di media sosial, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi tampil mempertahankan kenyataannya berhubung "malaikat mengundi".

Beliau menganggap kritikan orang ramai terhadapnya tidak bersandarkan ilmu yang jelas, sebaliknya atas dasar tidak yakin dengan kemampuan malaikat untuk berbuat demikian.

"Saya nak sebut tentang kepercayaan kita, beriman kepada malaikat. Kita kena sedar malaikat makhluk Allah dan tidak pernah ingkar dengan setiap perintah Allah kepada mereka," katanya dalam video yang dimuat naik Facebook Kelantan TV hari ini.

Justeru, beliau berkata kenyataannya tempoh hari untuk menunjukkan bagaimana Tuhan boleh membantu mereka yang memperjuangkan Islam.


PERCAYA PADA

KARUT MARUT

BUKAN SATU 

JENAYAH


DAN TAK BUNUH

SELERA UNTUK

MAKAN MEE SIAM

-------------------

MALAIKAT DATANG BANTU PAS







KAH KAH KAH

SAPA NAMA

MALAIKT ITU?

JANGAN KE 

BETINA?

KAH KAH KAH

'Bohong malaikat mengundi'

Seorang pendakwah bebas menangkis kenyataan seorang pimpinan PAS berhubung dakwaan malaikat boleh mengundi jika Allah izinkan.

Pendakwah yang dikenali sebagai Abu Syafiq Al-Asy'ary itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Nor Azariza Mohd Alawi baru-baru ini sebagai mengarut dan pembohongan.

"Malaikat mengundi? Karut. Ada dua pembohongan, pembohongan kepada Allah dan pembohongan perihal malaikat.

"Dalam al-Quran Allah berfirman, malaikat hanya melakukan apa yang Allah perintah.

"Ada ke Allah perintahkan untuk malaikat ini ambil IC (kad pengenalan) kita, wakilkan kita pergi mengundi?


PAKAI IC MANA

KAH KAH KAH

APAKAH INI DIA

900 ORANG

FATIMAH ISMAIL

DALAM DAFTAR

PENGUNDI

KAH KAH KAH


-------------------

TIDO JANGAN TAK TIDO







INI KAWASAN

ZZZZZZZZZZ

APA UDAH JADI

KAH KAH KAH



PH akan buat kejutan di Kepala Batas, kekuatan Umno-BN sudah berakhir

Misi Pakatan Harapan (PH) untuk membuat kejutan di Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang bukan suatu igauan.

Ia merupakan harapan amat tinggi PH untuk membela nasib rakyat yang tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Demikian dizahirkan oleh Presiden AMANAH, Mohamad Sabu ketika hadir dalam program Kenduri Rakyat yang diadakan di Dewan Bakau Tua, Penaga, kelmarin.

Jelas beliau lagi, senario politik kini amat berbeza setelah rakyat bangkit untuk menyahkan pimpinan kleptokrasi yang menjadi amalan kerajaan sedia ada.

“Kepincangan kerajaan BN yang sedang memimpin negara menyebabkan rakyat semakin tertekan dan terbeban dengan kos sara hidup yang amat tinggi.

“Rakyat semakin melarat akibat sistem pentadbiran yang gagal diurus tadbir dengan baik oleh kerajaan.

“Kesannya mengakibatkan golongan yang miskin bertambah miskin dan melarat, golongan bawahan turut terhimpit dengan pelbagai desakan hidup bikinan polisi kerajaan kini,” ujarnya.

Tegasnya lagi, kejutan yang akan terjadi di Parlimen Kepala Batas akan memberi impak yang amat besar kepada kehidupan rakyat setelah PH berjaya menumpaskan BN.

“Isu kekuatan maupun kubu kuat Umno-BN itu adalah situasi yang ada pada zaman kepimpinan Tuan Haji Abdullah Ahmad Badawi di Kepala Batas.

“Namun begitu keadaan ini tidak terus berlarutan dan ia sudah berubah kini.

“Jika dilihat pada hakikatnya Umno-BN Kepala Batas tidak lagi mempunyai kekuatan sepertimana dahulu lagi,” tegasnya.

Selain itu katanya, hubungan dan kerjasama yang begitu baik antara komponen dalam PH memberi tamparan yang hebat kepada Umno-BN.

Tambahnya, berdasarkan kepada komitmen yang diperlihatkan kesungguhan untuk menumbangkan BN di Kepala Batas, PH optimis dapat membawa kejutan pada kali ini.

Oleh kerana itu sarannya, bagi memastikan kemenangan menjadi realiti, PH akan meneruskan gerak kerja yang telah dan sedang dilaksanakan bagi memberi pembelaan terhadap semua golongan masyarakat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Dr Zaidi Zakaria, calon AMANAH bagi Parlimen Kepala Batas serta kepimpinan PH
.

TIDO TIDO

JANGAN TAK TIDO

KAH KAH KAH


------------------------

KEELING AZEEZ








KEELING
JANGAN MARAH

 BUKAN KLING

INI KEEELING
Isu 1MDB, TRX fitnah kitar semula
BALING - Pengerusi Tabung Haji (TH)   Abdul Azeez Abdul Rahim menganggap dakwaan pihak pembangkang  yang tular di media sosial bahawa pembelian tanah Tabung Haji di TRX adalah untuk membayar hutang-hutang 1MDB sebagai fitnah kitar semula.

Beliau berkata, perkara seumpama itu sudah tular pada 2015 dan kini pembangkang sengaja mengaitkan TH dan dirinya sekali lagi memandangkan pilihan raya umum kini makin hampir.


RANAP

KALAU ADA

BANI MELAYU

PERCAYA PADA

KEEELING INI

HANCUR

TANAH MELAYU

MACAM MANA

ITAM LEGAP

JADI MELAYUI

MUSTAHIL

INI MSTI 

KEEEELING

--------------

BERITA BAIK UNTUK UMAT MANUSIA







BERITA BAIK

UNTUK UMAT

MANUSIA



North and South Korea Reportedly Set to Announce Official End to War
Ahead of a summit next week between North Korean premier Kim Jong Un and South Korean President Moon Jae-In, lawmakers from the neighboring states were thought to be negotiating the details of a joint statement that could outline an end to the military conflict between the two countries.

Pyongyang and Seoul have technically been at war since the 1950-1953 Korean conflict ended with a truce — and not a peace treaty.






-----------------------

FAKE OSTAD





FAKE OSTAD
Wooi..eddy wang$ turban berjubah..fake ostad..gadai agama tongkat lanun umnooo.. kastam sahkan pelepasan GST pada syarikat China..apa lu berkecuali kasi untung komunis cina merah.. wooii melayu islam miskin felda, ahli pas.. apa mau tunggu lagiii. sedar lah dari temenung..!!! on 
BABI HALAL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/17/18






-------------------

RABU ERTINYA TIPU





 RABU ERTINYA TIPU 

Hanya Mat Pet, Mat Gian ,  Mat Bangang, Mat Sotong, Mat Eddi Wang dan Raja  Syabu sahaja  yang tidak faham apa makna Rabu untuk PRU14. Mereka ini adalah Warga Berdengong. Kepala mereka telah dirasuk oleh syabu. Sosok bentuk  ini  berkeliaran menjadikan mereka pergi tersepak pulang terlanggar.

Manakala  Mat Gerombolan dan Mat Ketuanan  Melayu buat buat tak faham apa makna hari Rabu 9 Mei 2018. Walau pun  dalam hati sanubari mereka tahu apa bahana yang akan dibawa oleh  Rabu.
Walhal satu Malaysia malah satu dunia tahu bahawa Rabu ini  memberi makna bahawa Pakatan Harapan menang PRU14 - kecuali  di tipu. Rabu itu maknanya tipu. 

Hari Rabu yang diistiharkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR ) adalah hari penipuan.

Hakikatnya Najib  suami Rosmah, ayah tiri Riza Aziz dan rakan perniagaan Jho Low tahu dan sedar bahawa dirinya tidak ada pilihan melainkan menipu untuk terus berkuasa.

Waspada penipun ini tersusun lagi terancang. Malah dipermolekkan dengan pelbagai bentuk   hukum dan hakam. Ini menjadikan Tuan Haji Hadi Awang pemimpin ulung Parti Islam Pas  percaya bahawa Najib inilah pemimpin Bani Melayu yang syumul, alim, warak dan tak tinggal sembahyang sambil mulut berbuih-buih menyebut ya Rabu ya Rabu ya Rabu … opps Ya Rabbi. Amin

Hadi Awang telah dilaporkan berkata mengundi pada hari Rabu bukan satu masalah. Awas waspada sokongan  Tuan Haji Hadi Awang terhadap  Rabu ini jangan dikaitkan dengan dedak. 

Hakikatnya Najib tidak ada pilihan. Pada Rabu 9 Mei dalam  PRU14 ini Pakatan Harapan menang - kecuali ditipu. 

Fakta ini telah diketahui oleh satu dunia.  Telah diumumkan ke satu dunia. Kitab suci kaum Kapitalis Dunia yang dipanggil The Economist - telah mengeluarkan lidah pengarang memberi tahu dunia   bahawa Najib akan kalah PRU14. Untuk menang Najib akan menipu. 

Kaum pemodal antarabangsa telah diberitahu untuk bersedia. Bersedia untuk apa? Bersedia untuk satu kerajaan baru di Malaysia.

Ini fatwa dari The Economist. Ini bukan laporan mingguan Baca Ria atau dari majalah Mastika  atau pandangan Profesor Datuk Dr. Keng Kong dari Universiti Utara a.k.a Universiti Sintok. Ini tulisan lidah pengarang  majalah The Economist.

Penipuan semakin jelas. Semakin terang. Dalam tulisan ini saya akan cuba menerangkan jika masih ada lubuk lubuk penipuan yang masih gelap. Saya juga memperjelaskan agar kita semua dapat melihat Rabu sebagai Tipu.

Wama karu wama karallah -  ayat ini mula saya dengar dari zamaan Reformasi dahulu. Ayat ini dalam Bahasa Arab. Dalam Bahasa Melayu ertinya kita boleh merancang tapi Allah ada perancangan yang lebih baik.

Kebelakangn ini saya selalu mendengar Presiden Amanah Saudara Mat Sabu mengeluarkan ayat ini. Mat Sabu  sosok   hebat dalam penyampaian ceramahnya telah memberikan penerangan yang amat jelas tentang suasana politik hari ini berasaskan wama karu wama karallah.

Untuk memahami semua ini mari kita lihat tim dalaman - inner circle - yang menyokong dan bekerja  untuk Najib dan Rosmah. Tim Najib pasti ada pelbagai jenis . Mereka berkumpul bukan kerana nusa dan bangsa. Bukan kerana ada niat hendak berjuang untuk Melayu. Bukan. Bukan. Tidak.

Tim Najib ini tahu dan sedar Najib ini pencuri. Malah mereka tahu Najib ini sedang menggadaikan Tanah Melayu kepada China Merah. Mereka juga tahu  yang Jho Low itu ialah agen China Merah yang menyediakan suasana untuk Najib berhutang dari China Merah.

Fakta menunjukkan tim Najib ini bukan tak sekolah. Mereka bukan tidak belajar. Mereka ada otak. Mereka  terikat dan bernaung  dan menyokong Najib kerana Najib ada kuasa. Ada kuasa ertinya ada  fulus.  Kuasa,  ringgit dan dolar mengikat mereka. 

Kebenaran , kejujuran dan keadilan bukan garis hidup mereka. Kuasa , ringgit dan dolar menjadi tali simpai yang kuat mengikat sesama mereka. Mereka bergelumang dalam ringgit dan dolar. Inilah berasaskan falsafah Najib - cash is king - duit adalah raja.

Tak percaya apa yang saya tulis ini? 

Sila  tunggu dan lihat apabila FBI atau CIA berjaya menangkap Najib. Semua  penyokong dan tim Najib dari para pemikir  ‘war room hingga ke pemikir  bath room’ akan bertempiaran lari. Malah saya tidak hairan akan ada yang akan menukar kulit dan mengkeritingkan rambut untuk menjadi Negro lari ke Afrika agar selamat.

Babak bertempiaran lari ini pernah berlaku di Jakarta, di Manila, di Cairo dan di Tehran. Malah ketika saya menulis ini - mungkin ramai tidak mengetahui - ada seorang Mamat Syria  bernama Hassan al-Kontar yang telah tersangkut di KLIA lebih dari sebulan. Mamat ini  lari kerana Bashar telah berjaya menawan kembali Syria. 

Umum tahu bahawa kuasa dapat memberi dedak. Dan untuk mereka mendapat dedak cara yang terbaik ialah membodek kuasa. Ramai kaki bodek ini membuat kerja dari jauh. Ini kerana mereka belum dapat diterima untuk mendekati ‘war room’ Najib.

Contoh bodek terbaik ialah apabila Pendaftar Pertubuhan mengharamkan  Parti Pribumi Bersatu. Sekali pandang langkah ini selari dengan harapan Najib agar Bersatu yang dipimpin oleh Mahathir ini akan menjadi huru hara dan kacau bilau. Lemah dan gagal dalam PRU14.

Jenis bodek  mengharamkan Parti Bersatu  ini termasuk  dalam genre bodek Kelas A1.  Pegawai Pedaftar Pertubuhan  bukan sahaja  akan dapat berumrah percuma dari Najib.  Bodek jenis ini akan membawa selendang Tan Seri. Dan mungkin dapat hadiah  tali barut Rosmah Mansor.

Tapi… wama karu wama karullah - tetiba satu kejutan berlaku. Ada hikmah dibelakang kejahatan Najib. Para pemimpin Pakatan Harapan mengambil langkah untuk menggunakan satu logo. Logo Bersatu, logo DAP atau logo Amanah - tidak akan digunakan dalam PRU14. Hanya  logo PRK yang akan digunakan.

Ha. Ha. Ha. Pembodek Najib dari Jabatan Pendaftaran boleh merancang. Tapi rancangan kamu gagal. Kah kah kah.

Sabar dulu bukan semuanya bagini. 

Tidakkah pembaca terfikir bahawa  langkah mengharamkan Parti Bersatu ini  adalah satu rancangan gelap. Rancangan yang diatur  oleh satu kumpulan kecil. Kumpulan ini bermuka-muka menyokong Najib. Walhal dari dalam mereka membuat kerja sabotaj.

Kumpulan ini sengaja mengambil langkah mengharamkan Bersatu. Tujuannya ialah untuk menaikkan kemarahan rakyat.  Mengapi-apikan rakyat. Membakar dan menaikkan kebencian rakyat terhadap Najib dan Rosmah.   

Bijak. Langkah mengharamkan Bersatu ini akan menjadikan rakyat  melihat penipuan dan kejahatan Najib dengan lebih jelas. Hasil dari pengharaman Bersatu mucul satu logo. Syabas untuk tim ini yang sedang bekerja dibawah tanah. Amin.

Tetiba datang Rabu. Ini satu lagi penipuan yang dirancang. Kaki bodek dalam SPR dalam usha membodek Najib telah menetapkan Rabu sebagai hari mengundi. 

Penipuan ini amat senang difahami. Rabu bertujuan agar jumlah pengundi  datang mengundi akan kurang. Rabu ini membawa niat jahat. Ini bukti niat jahat Najib menipu untuk menang. Inilah yang difatwakan oleh The Economist.

Sabar dulu.  Wama karu wama karullah. Sama saperti mengharamkan Bersatu - menjadikan Rabu hari mengundi ini juga dilihat sebagai satu sabotaj kepada Najib. Seolah-olah ada tim ‘bawah tanah’  dalam SPR  yang berfikir untuk memastikan rakyat makin benci dan makin menyampah kepada Najib dan Rosmah.

Memilih hari Rabu ini betul betul menaikkan kemarahan rakyat. Bukan sahaja rakyat marah malah ada yag akan mengambil cuti satu minggu untuk memastikan  Najib tak sempat lari ke Kazakhtan sesudah Rabu. 

Ombak kemarahan rakyat ini tidak dapat dibendung. Dalam media sosial Najib mendapat sumpah seranah yang tidak terampon. Carutan dan makian semuanya dutujukan kepada Najib dan Rosmah.

Tidak dapat tidak Rabu menjadi hari cuti umum. Ini sah bukti saheh bahawa rakyat marah. Sah dan saheh rakyat sedar Najib menipu. Rabu jadi hari cuti kerana Rabu adalah tipu.

Tipu. Tipu. Tipu. Dr Mahathir,  Dr Wan Azizah dan Mat Sabu dalam semua ucapan  dan ceramah mereka  telah  menerangkan bahawa Najib telah , sedang dan akan terus menipu untuk menang.

Persempadan semula, Fatimah Ismail, 70 orang  dalam satu rumah - ini hanyalah contoh-contoh yang diketahui umum. Malah saya telah menulis pekara ini.

Hakikatnya ombak rakyat menyokong Pakatan Harapan semakin ampuh. Makin banyak ‘ malaon’ keluar parti Bersatu  maknanya makin kuat sokongan rakyat. Makin banyak kutukan terhadap pemimpin Pakatan bermakna ombak rakyat untuk Pakatan semakin mengelombang.

Para pembaca, para penyokong Pakatan Harapan, ahli Parti DAP, ahli  PKR, ahli BERSATU , ahli  Amanah dan anak-anak muda - kita semua wajib bersedia.

Bersedia untuk apa?

Biar saya terangkan disini. Kita telah berjuang. Kita telah mengharung ombak dan duri. Kita telah dipukul polis. Kita telah dibantai FRU. Kita telah dipenjara. Kita telah berkorban. Ini perjuangan namanya. 

Tapi ada satu lagi pekara yang sama pentingnya dengan perjuangan. Tapi ramai gagal  mentarif untuk  memahami pekara ini.

Berani berjuang - berani menang. 

Berani menang inilah yang masih gagal dihayati. Berjuang untuk menang. Kita wajib memahami bila dan ketika untuk merebuat kemenangan. Kemenangan tidak akan datang berguling. Kemenangan hanya lahir hasil perlawanan. 

Berani berjuang sahaja TIDAK cukup. Kita juga wajib berani menang. 

PRU13 kita telah menang. Tapi kita gagal merebut kemenangan. PRU14 ini kali kedua kita akan menang. Apakah kita akan ditipu saperti PRU13 sekali lagi? Tunggu minggu hadapan. (tt) 


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45





---------------------

SATU LAGI BUKTI








BUKTI
PAKATAN 

DIHALANG

INI BUKTI 

PAKATAN AKAN

MENANG PRU14

KECUALI DITIPU


Pakatan Harapan tetap guna logo PKR walau dihalang SPR

Pakatan Harapan (PH) akan tetap mengunakan satu logo dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang membabitkan empat parti dalam gabungan itu, kata  Dr Mahathir Mohamad

Pengerusi PH itu juga berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sengaja menolak untuk mengadakan sebarang pertemuan dengan wakil PH bagi menjelaskan penggunaan satu logo dan isu berkaitan pilihan raya,

“Kita mahu mengadakan pertemuan dengan SPR tetapi gagal dilakukan dengan pelbagai alasan diberikan suruhanjaya itu.

“Tidak ada reaksi oleh SPR untuk kita minta penjelasan mereka hanya jawab tiada masa.

“Ini bukan cara kerajaan. Sepatutnya SPR membantu melancarkan proses pilihan raya secara tertib, aman dengan cara baik. Inilah masalah yang kita hadapi.

“Jadi kita isytiharkan tetap mengunakan satu logo iaitu simbol PKR di Semenanjung.

“Calon PPBM akan bertanding sebagai calon bebas kami akan guna logo PKR. DAP,AMANAH dan PKR akan mengunakan logo PKR.

“Tidak perlu mendapat kebenaran pada SPR,” ujarnya dalam sidang media yang diadakan selepas Mesyuarat mingguan Majlis Presiden di ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.


TIPU

TIPU

TIPU

SPR TIPU

KITA

BANGUN

LAWAN




-----------------------

SAPA SABOTAJ JAMAL








KECEWA
WARGA SELANGOR

SEDIH KECEWA

BAKAL MB TARIK

DIRI

RAMAI FRUST

MENONGGENG



Jamal tidak bertanding pada PRU14

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Tuan Haji  Jamal Md. Yunos hari ini berkata beliau tidak akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum kali ini.

Jamal berkata, beliau mendapat cadangan untuk bertanding di kawasannya atau kawasan lain tetapi beliau memilih untuk tidak bertanding


WHY

WHY

SAPA SABOTAJ

SAPA KACAU

INI KENA TIKAM

DARI BELAKANG

SEORANG

PEMIMPIN HEBAT

BERUPAYA LAWAN

AZMIN ALI

APA SUDAH JADI

SAPA NAK BANTU

WARGA SELANGOR

GALI PERIGI

INI MESTI 

KHAIRY TAKUT

JAMAL JADI

KETUA PEMUDA


-----------------

KECUALI DITIPU






PAKATAN MENANG
PH program pulihkan negara, program sosial khidmat utk rakyat tua mudah, Muhibbah berbilang kaum, restu hak Rakyat Keluhuran Perlembagaan Kehormatan Undang2. Dacing pulak mementingkan cina merah, tambah cukai curi dana akyat, projek untungkan kroni, pembangunan seleweng dana. memperkenalkan satu kelas rakyat yg Mengemis. 

KECUALI DITIPU

lanun parti bermaharajalela bebas didakwa. Cubo tenguk Pemandu Teksi yg tertekan berebut rebut... memalukan.. yg takda kerja, pencen dan tua di abaikan, bahkan jholow dan riza aziz dpt bet bilion, berbilion lagi mungkin ada kat Cayman Islands... on MAHATHIR SENARAI PENIPUAN NAJIB
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/18/18



-------------------

NAJIB TAKUT TENGKING ROSMAH









NAJIB TAKUT
Kepala bapak kau komen macam ni. Nak komen biar tau semua fakta dulu. Kalau kau tak tau fakta jangan nak auta. Kalau kau nak auta jangan tak tau cara kona. Sebab kitorang semua ni bukan bodoh. Kitaorang tau najib takde nye nak lari. Nak kena tengking dengan rosmah? 

TENGKING ROSMAH

Kau tak nampak ke laki dia tu kan kaki pendek, mana larat nak catch up kalau najib start lari! Dah tu gedempol pulak tu, takde nye najib larat nak dukung laki dia sambil berlari! on 
PAKATAN MENANG NAJIB LARI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/17/18




--------------------

JAI MENATU CEPAT NAIK







JADI MENANTU
Kahkahkah level Menantu si hairy juja leval Menantu mengunakan kedudukan Ahmad Badawi untuk mendaki Cita Cita rosmah juga leval Menantu pada tun razak mengunakan aura tun razak untuk juga Cita Cita zaharudin juga leval Menantu mengunakan kedudukan darjat ulama tuan hadi awang 

CEPAT NAIK

jadi kesemuanys untuk darjat untuk tujuan untuk nama dan materials jadi u all jangan kencang duku seorang seorang t.ini juga Cara memanipulasi untuk pengaruh dan kedudukan di alaf ini khususon di Alam buana melayu on 
HANYA LEVEL MENANTU
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/17/18




----------------

RAMAI KELUAR BERSATU




RAMAI KELUAR 

PARTI BERSATU
Hari tu 4000 org kluar..aku dh kira secara manual bro TT..dr tahun lps..yg kluar Bersatu dh mencapai 2,743,848 org...ramai oooo..sbb tu la lebai parti sarkas jd babi..kohkohkoh on TAK SANGKA BERSATU RAMAI AHLI
Publish | Delete | Spam
Arie_73
on 4/17/18





-----------------

SATU CADANGAN





SATU CADANGAN
Oleh kerana najib sedang menipu dan akan menipu lagi.. Apa kata kita rakyat pakat ramai2.. gotong royong... bersatu hati.... untuk menipu najib balik dengan mengundi PAKATAN HARAPAN...... tt kena kempen hingga titisan air liur terakhir... sebelum hasutan d haramkan.... on MAHATHIR SENARAI PENIPUAN NAJIB
Publish | Delete | Spam
haron haron
on 4/17/18




---------------