Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 9 September 2010

SELAMAT HARI RAYA





JAM 4. 17 PETANG


dalam beberapa minit lagi akan berangkat
ke jelebu - ikut genting perah -
hutan dan berhutan.

sampai titi - leh cari makan di sana.

restauran china d titi terkenal
dan kalau nasib baik ada orang asal jual
petai.

jaga diri !

jangan lupa makan tapai !



INGATAN UNTUK BERHARI RAYA



bertapailah kamu sebelum kamu di tapaikan

ingat sebelum tapai
tapai sebelum ingat

hanya mutu yang mengenal maniam
hanya tapai yang mengenal tuak

tanpa tapai raya tak jadi
tapai tak jadi
raya pun tak jadi


nota:
tahun ini gagal dapat mercun
anak anak di sekeliling rumah pasti kecewa
janji nak bawa mercun

tokan mercun kehabisan supply




SEBELUM MENAPAI

sila baca laman ini dahulu:

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11072

WOIT !


lu ingat tt ini ada buat salah ke?
mana lu tahu salah?

maaf dari tim tukar tiub
kalau lawak tak menjadi
nak lawak tapi jadi seram

maaf dari tim tukar tiub
kalau tak panggil datuk dan tun
ini kerana kami tak tahu macam mana nak eja

maaf dari tim tukar tiub
kalau sensitif terusik tentang bangsa
ini kerana tim tukar tiub semunya orang asli

maaf dari tim tukar tiub
kalau sensitif terusik hal agama
ini kerana hari raya pun hari tak sama
macam mana agama nak sama

nota:
jangan makan banyak banyak
nanti jadi badak macam bik mama kah kah kah..

laaa.... baru minta maaf dah mula tibai kah kah kah


INI BUKAN CERITA POLIS PENCEN



nota:
raya memang raya
tapi mana sempat kita ketuk
kita ketuk juga kah kah kah








AWEK DAN BALAK



sapa ada awek
jangan lupa pakai kondom
sapa ada balak
jangan lupa beli kondom

- iklan khidmat khusus untuk orang muda -



JANGAN LUPA


jangan lupa untuk makan tapai
kalau dirumah sendiri tak ada
sila cari di rumah tetangga
kalau di rumah tetangga tak ada

bakar diri sebagai bantahan kah kah kah



TAHU KAH ANDA ?


hari bulan telah muncul lebih awal
di libya dan di eropah

warga libya dan warga warga negara eropah
telah berhari raya pada hari ini - hari khamis.

tapi ini tidak sehebat beberapa keluarga di kangar perlis
mereka telah berhari raya dari kelamrin lagi kah kah kah

DI NEGARA CHINA PUN DEPA DAH NAMPAK ANAK BULAN ... CISssssss

nota:
ramai china masuk surau
dan masjid di negara china
dari orang melayu masuk masjid
dan surau di malaysia kah kah kah





INGATAN DARI MENTERI PENGANGKUTAN



tt menerima satu sms dari datuk seri kong chu ha
menteri pengangkutan.

datuk menteri ini teman tt - kami sama masuk ke
kolej ke lima universiti malaya pada tahun 1971
dan sama di orientasi pada tahun itu.

ini bunyi sms itu:

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Satu Malaysia
Maaf Zahir dan Batin
Pandulah dengan cermat jiwa selamat
Daripada DS Kong Cho Ha MOT
Ahli Parlimen Lumut

dan ini jawapan dari tt:

Terima Kaseh Datuk.
Saya tidak ada kereta.
Saya tidak pandai memandu.
Saya naik bus. Kalau bas lagi
banyak saya lagi suka. Tq


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA

tim tukar tiub
sidang pengarang
pemberita , penulis.
pembantu teknikal memgucapkan
selamat hari raya kepada semua
pelayar blog tt.

kalau ada kekasaran memang di sengajakan
kalau ada silap typo memang di sengajakan

tapi jangan salah lapor

ketika dalam perjalanan berhari raya berwaspada
ketika berhari raya bercanda canda berjaga jaga
ketika jumpa sanak suadara bermata mata

ketika makan ketupat jangan lupa lemang
ketika makan lemang jangan lupa bahulu
ketika makan bahulu jangan lupa rendang

boleh lupa semuanya tapi jangan lupa tapai !


SALAM UNTUK KELUARGA YANG GUGUR !



BETAPA SEDIH NYA IBU MENGANDUNG SEDIH LAGI


nota:
dihari raya ini
semua pembaca tt
mengucapkan selamat hari raya
kepada semua kaum keluarga yang gugur
oleh peluru polis.


KES POLIS PENCEN



KALAU INI ROAD BLOK POLIS BARU TERBAIK



IGP INGATKAN POLIS JANGAN JADI ‘ORANG SURUHAN ‘ – mkini

Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.

Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.

Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah.
"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya.

KAH KAH KAH…

woit… KAH KAH KAH…. INI LAH DIA POLIS PENCEN…. kah kah kah..

kah kah kah… MASA ADA KUASA SENYAP…. kah kah kah..

kah kah kah… BILA PENCEN… TETIBA OTAK DATANG BALIK…. kah kah kah..

kah kah kah... BILA PENCEN... TETIBA BOLEH BERFIKIR... kah kah kah..

woit...MASA ADA KUASA ... MATA BUTA ATAU TELAH DIBUTAKAN OLEH CHINA DOLL ?... kah kah kah

nota:
bila agaknya polis pencen ini
nak minta borang pas kah kah kah


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA



KENYATAAN MEDIA
8 SEPTEMBER 2010


Ramadan yang diberkati baru sahaja meninggalkan kita. Sebulan berlalu terasa begitu pantas.

Sebaik sahaja bermula 10 terakhir Ramadan, junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, tabi’in dan salihin mulai merasa hiba, sedih dan pilu. Bulan yang kita lalu penuh nikmat ini akan pergi. Bulan yang sarat dengan keredhaan, rahmat dan pengampunanNya ini akan berlalu. Tidak ada jaminan kita akan menemuinya lagi pada tahun mendatang.

Ramadan ini hakikatnya bulan luar biasa. Dibulan yang rahmat ini, begitu mudah kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Juga, kita begitu selesa melaksanakan solat tarawih dan amal ibadat di malam hari yang lain. Malah, dibulan mulia ini juga kita berupaya mengawal segala anggota lahir dan batin kita supaya bersungguh-sungguh melakukan apa yang diredhai Allah. Terbukti, bahawa kita mampu mengawal tuntutan nafsu dan syahwat kita jika kita mahu. Namun, bukanlah mudah untuk kita mengulangi amalan seperti ini di bulan-bulan yang lain. Inilah kemulian dan istimewanya Ramadhan.

Kini, 1 Syawal kembali menjelma. Sesungguhnya ‘Eidul Fitri mempunyai erti yang cukup ma’nawi bagi setiap perorangan Muslim. Ia adalah tanda kemenangan (falah). Kemenangan yang hakiki di sisi Allah SWT hanyalah bagi mereka yang telah berjaya melaluinya melaluinya dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan ketekunan. Maka itu, berasa bahagialah bagi mereka yang memenanginya. Dan merugilah bagi mereka yang telah ditewaskan.

Sambutan ‘Eidul Fitri ini akan menjadi cukup berarti andainya kita berupaya mengekalkan kualiti diri seperti mana yang diamalkan di Ramadan yang lalu. Kita perlu bertekad secara serius untuk mengangkat martabat diri sebagai khaira ummah. Ia hanya akan dicapai dengan memiliki shakhsiyyah zahiriyyah dan ma’nawiyyah iaitu penghayatan nilai kerohanian yang tinggi, memiliki akhlak mulia serta kekuatan ilmu yang mencerahkan akal dan mata hati batin (basirat ul-qalb).

Justeru, selain kegembiraan dengan kehadiran syawal, ‘Eidul Fitri juga bererti ruang untuk kita mengekalkan amalan mengawal nafsu ammarah diri yang rakus dan menundukkannya kea rah ketaqwaan kepada Allah. Malah, kita wajib berikhtiar membanteras segala bentuk kemunkaran – kezaliman, salah guna kuasa, kebiadaban, pembohongan, penghinaan, pemfitnahan dan lain-lain amalan keji (mazmumah) yang terkutuk disisi Tuhan yang Maha Esa. Jangan hendaknya kesucian ‘Eidul Fitri ini dinodai dengan dosa-dosa baru setelah kita dijanjikan oleh Allah SWT kembali kepada fitrah suci diangkat darjat kepada kelompok insane yang bertaqwa disepanjang Ramadan yang lalu.

Selanjutnya, ‘Eiidul Fitri ini adalah saat yang terbaik untuk meningkatkan kualiti silaturrahim sesama keluarga, jiran dan sahabat handai serta memberikan keprihatinan kepada golongan lemah dan kurang bernasib baik tanpa mengira agama dan kaum, sesuai dengan sifat Islam itu sebagai agama rahmat ke seluruh alam.

Dengan warkah ini, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KeAdilan mengucapkan Selamat Menyambut ‘Eidul Fitri kepada seluruh kaum Muslimin. Semoga sambutan kali ini mendapat barakah dari Allah SWT. Maaf Zahir dan Batin.

Dr. Muhammad Nur Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)


KES KLASIK MELAYU TIPU DAN JUAL MELAYU




JADI HAMBA DI JUAL PADA ALONG



NGO MELAYU TUNTUT BATAL PERJANJIAN YBPP –HUNZA – harakah daily

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bagi menuntut supaya perjanjian antara pemegang amanah Yayasan Bumiputera Pulau Pinang (YBPP) dengan Hunza Properties Berhad dibatalkan.

Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) yang mengetuai kumpulan NGO tersebut menuntut supaya tanah seluas 283 hektar milik YBPP yang dipindah milik dikembalikan kepada Bandar Kepala Batas Sdn Bhd (BKB).

Menurut Presidennya, Mohd Yussof Latiff, tanah tersebut terletak di atas lot tanah bernombor 2083, 2085 dan 4047 Mukim 6, Seberang Perai Utara (SPU).

"Kita menuntut supaya tanah tersebut dipulangkan kembali kepada YBPP untuk dimajukan oleh Syarikat Amanah Bumiputera. Tanah tersebut adalah milik orang Melayu. Ia tidak sepatutnya diserahkan kepada sebuah badan yang mana majoriti dari pemegang sahamnya adalah bukan Bumiputera.

"Pemenang, Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang dan beberapa NGO Melayu yang ditubuhkan untuk mempertahankan kedudukan ini merasakan adalah perlu bagi kita mempertahankan tanah milik YBPP ini demi manfaat orang Melayu sendiri.

"Apa yang kita perjuangkan ialah memohon supaya perjanjian yang telah dimeteri itu serta tanah yang telah dipindah milik kepada BKB pada 26 November 2001 dibatalkan serta dipulangkan untuk dimajukan oleh syarikat Bumiputera," katanya.

Tambahnya lagi, ekuiti pemegang saham dalam BKB dikuasai oleh Hunza Properties sebanyak 70 peratus dan 30 peratus lagi dikuasai oleh YBPP.

Beliau juga berkata semasa pindah milik dilakukan nilai tanah tersebut dinyatakan sebanyak RM21.96 juta.

Walau bagaimana pun menurut laporan juru nilai bertauliah nilaian sebenar mengikut harga pasaran ialah RM137.44 juta.

"Daripada penilaian ini kita dapati YBPP mengalami kehilangan sebanyak RM115.5 juta dengan nilai sebenar semasa proses pindah milik hartanah tersebut berlaku.

"Sehubungan itu maka kita mengambil tindakan dengan memfailkan saman kepada mereka yang terlibat supaya dibatalkan perjanjian terdahulu antara YBPP dan Hunza Properties Berhad demi manfaat dan masa depan hartanah yang melibatkan kepentingan orang Melayu di sini," tegasnya lagi.

KAH KAH KAH…

woit… INI CONTOH TERBAIK… MELAYU TIPU MELAYU…. kah kah kah..

kah kah kah... KES MELAYU JUAL MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah… TAK LAMA LAGI… AKAN TUDUH LIM GUAN ENG PUNYA KERJA… kah kah kah..

kah kah kah… KALAU TIDAK AKAN TUDUH… EDITOR MALAYSIAN INSIDER PUNYA ANGKARA…. kah kah kah..

kah kah kah… SUSAH SUSAH TUDUH…. BANDERA DARI JAKARTA PUNYA ANGKARA… kah kah kah