Khamis, 30 Oktober 2008

DUA BERITA - MANA SATU YANG CUBA MEMBODOHKAN MELAYU

PEMBELIAN EUROKOPER PEOFESIONAL – PAC – Utusan Melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Penilaian awal yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati aspek teknikal pembelian helikopter Eurocopter EC725 dibuat secara profesional.

Bagaimanapun, kata Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid, kesimpulan lengkap mengenai pembelian itu hanya boleh dibuat setelah pihaknya membuat penilaian menyeluruh termasuk aspek kewangan yang akan dibentangkan pada hari kedua mesyuarat jawatankuasa itu esok.

''Dari segi teknikal yang dibentangkan hari ini, kita mendapati ia dibuat dengan profesional, tetapi saya tidak dapat memberikan komen lebih lanjut kerana banyak lagi aspek lain yang perlu diteliti.

''Saya juga perlu membuat perbincangan dengan ahli-ahli jawatankuasa lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat PAC yang turut disertai wakil rakyat pembangkang di bangunan Parlimen di sini hari ini.


EUROCOPTER INQUIRY POSTPONED DUE TO ABSENCE OF TOP OFFICIAL – Malaysia Insider

KUALA LUMPUR, Oct 30 - The Public Accounts Committee (PAC) investigation into the Eurocopter scandal has been postponed to next Monday.

Its chairman, Datuk Seri Azmi Khalid, told reporters in Parliament today that the investigation could not proceed further at this stage due to the absence of the Finance Ministry's most senior officer.

"We were forced to postpone the meeting because the topmost official from the Finance Ministry who is supposed to be present is absent," Azmi said, referring to Treasury Secretary-General Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah who was represented by a junior official.

"We want the secretary-general himself to be present because he is the custodian over purchases in the Finance Ministry. It is his responsibility," Azmi explained.

Asked if the secretary-general had notified him beforehand, Azmi replied in the affirmative, but added that the reason given was not very convincing.

"He is busy with other duties," he quoted Wan Abdul Aziz as saying.

Though he did not single out the Finance Ministry staff as being irresponsible, Azmi urged all parties involved in the Eurocopter deal to view the matter seriously and to give their full cooperation to the PAC investigation.


kah kah kah…..lihatlah usaha yang berterusan untuk membodohkan melayu… kah kah kah…. bila melayu bodoh melayu senang di tarik hidung…. kah kah kah…

bila melayu bodoh maka melayu akan takut ... mengikut dan menyokong UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ….kah kah kah

bila cina dan india cerdik…. marah pulak….. kkah kah kah ...tuduh cina dan india menumpang…. kah kah kah... tuduh mereka tak pandai bersyukur….kah kah kah….

maklumat dan berita lebih tepat dalam akhbar yang TIDAK bertulis melayu…. inilah proses pembodohan melayu dalam ajenda KETUANAN MELAYU…. kah kah kah...



BERITA GEMPAR BARU DI TERIMA – PLENTONG JOHOR BAHRU

Suasana kecoh diluar Mahkamah Tinggi Johor Bahru berlaku apabila Pegumbela dan penduduk Kg Plentong Tengah diberitahu Hakim bahawa Afidavit pembelaan untuk meroboh rumah mereka ditarik balik.

Ketua Cawangan United Malays National Organisation Kg Plentong Tengah
telah datang ke mahkamah semalam dan meminta Afidavit itu dibatalkan.

Penghakiman muktamad sidang hari ini membuat keputusan : SEMUA RUMAH DIROBOHKAN.

Hari ini Hakim memutuskan bahawa penduduk Kg. Plentong Tengah wajib merobohkan sendiri rumah mereka pada atau sebelum 31 Dis. 2008. Dalam suasana tegang dan sedih itu beberapa orang Angkatan Muda Keadilan Johor menasihat penduduk agar bersabar dan menerima hakikat bahawa dikalangan mereka ada Ahli United Malays National Organisation yang menjadi penghianat bangsa sendiri.

Penduduk telah 'dalam terpaksa' membuat akuan di hadapan Hakim untuk merobohkan rumah mereka sendiri sebelum 31 Dis 2008. Jika tidak esok rumah terpaksa dikosongkan dan dirobohkan oleh Pemaju Bukit Lenang.

Angkatan Muda Keadilan Johor
tidak menyangka United Malays National Organisation menjadi penghianat bangsa Melayu. Sia-sia semua usaha kami disebabkan si-penghianat ini.

http://amkjohor.blogspot.com/2008/10/keputusan-mahkamah-kg-plentong-tengah.html




6 HARI LAGI OBAMA KE RUMAH PUTEH

Malam tadi amerika menonton obama
30 minit obama jual diri

6 hari lagi ke rumah puteh

Semua yang perlu dilakukan telah dilakukan
Obama bin hussein
Obama bin lebai hussein
Obama bin haji lebai husein
Obama bin ayatollah hussein

Gagal

Akhirnya obama di kiri kan
Lalu kiri dijadikan alasan
SDS dan Weatherman di jadikan tunjuk sebab

Kiri di takuti bukan kerana kiri
Kerana kiri tepat dan betul

Republikan akan kalah bukan kerana obama kiri
Tidak ada beza antara coco cola dengan pepsi cola
Republikan kalah kerana dunia menjadi kiri

Amerika latin mula jadi kiri

Venezuela kiri
Cuba kiri
Chile kiri
Bolovia kiri
Nicaragua kiri
Eropah timur kembali kiri
Eropah utara sedang kiri
Eropah barat berfikir kembali untuk jadi kiri

Dalam krisis kapitalis jawapanya hanyalah kiri

Di Amerika – tidak ada beza antara coco cola dengan pepsi cola



STATISTIK EKUITI DAN BUMIPUTERA TIADA MAKNA


Pembohongan ada pelbagai bentuk. Ada orang yang membuat janji tetapi tidak ditunaikan. Ada parti politik yang membuat manifesto pilihanraya tetapi sesudah menang dan berkuasa manifesto ini dilupakan. Ada menteri yang berjanji akan telus tetapi apabila berkuasa menjadi kukubesi. Ada menteri yang berjanji menentang nepotisma tetapi apabila berkuasa yang diutamakan ialah kaum keluarga. Semua ini pembohongan yang kita semua tahu, sedar dan faham.

Ada lagi satu pembohongan yang namanya – Statistik. Malah statistik adalah pembohong yang paling tersusun lagi licik lengok jalannya. Saya tidak pernah percaya kepada statistik. Saya menolak statistik sebagai patukan untuk dijadikan rujukan. Ini kerana selama ini saya melihat bahawa statistik ini boleh dimanipulasi dan ditunggang terbalikan. Statistik juga dijadikan senjata untuk mengolah pandangan orang ramai.

Mari kita lihat kes statistik tentang pencapaian ekonomi Bumiputera yang terus dihebohkan. Kes statistik ini menjadi heboh dan sengaja diheboh-hebohkan untuk tujuan mendapat sokongan politik. Mula-mula keluar satu angka statistik mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru telah berjaya mencapai matlamat. Bumiputera sudah memiliki 45% ekuiti ekonomi negara ini.

Kemudian, satu lagi statistik yang mengatakan Dasar Ekonomi Baru belum berjaya. Bumiputera hanya memiliki hampir 19% sahaja. Kemudian satu lagi angka statistik keluar – bukan yang ini dan bukan yang itu – tetapi dipaparkan satu angka baru. Tiga angka statistik dimunculkan kepada umum. Membingongkan ? Tidak. Lupakan sahaja kerana ketiga-tiga angka ini tidak memiliki apa-apa untuk kita semua.

Saya tidak peduli sama ada Bumiputera memiliki 50%, 60% atau 100% ekuiti ekonomi negara ini. Angka-angka ini tidak memberi apa-apa makna kepada saya. Hujah saya menolak angka statistik ini cukup senang. Statistik ini hanyalah satu ‘omong kosong’. Statistik adalah angka-angka yang dikumpul tetapi dalam kehidupan harian kita ianya tidak bermakna.

Kalaupun Bumiputera memiliki 70% atau 90% ekuiti ekonomi negara ini, untuk rakyat seperti kita, ianya tidak akan mendatangkan apa-apa perubahan yang hakiki. Kalau kita Bumiputera naik bas tambangnya sama dengan yang Bukan Bumiputera, beli sayur harganya sama, bil lektrik, bil air dan harga top-up pun sama. Setiap bulan sewa bilik harganya sama. Di hujung tahun kos kehidupan bertambah – Bumiputera atau Bukan Bumiputera. Pemilikan ekonomi Bumiputera ini tidak ada sangkut paut dengan kehidupan harian kita, walaupun kita Bumiputera.

Katakanlah Bumiputera dalam negara ini telah memiliki 50% dari jumlah ekuiti ekonomi negara. Saya cukup yakin 50% ekonomi ini tidak akan dimiliki oleh semua Bumiputera. Jumlah 50% ekonomi negara ini mungkin dimiliki oleh 10 orang, 20 orang, 200 atau 200,000 orang Bumiputera. Apa yang terjadi kepada 16 juta Bumiputera yang lain? Mereka juga Bumiputera dan apabila statistik ini dirangka kewujudaan mereka juga dihitung sama. Jelas disini statistik ini tidak memiliki apa-apa makna.

Dalam ekonomi kapitalis, setiap individu dan warga diberi kebebasan untuk memiliki sebanyak mana kekayaan. Dalam ekonomi kapitalis disediakan ruang dan galakan untuk warga mencari dan mengumpul kekayaan. Jika kita faham ini maka bermakna kita semua sebagai warga akan mendapat peluang yang sama. Salah. Kita TIDAK akan memiliki peluang yang sama dalam ekonomi kapitalis. Peluang ini tidak wujud untuk kita yang tidak memiliki modal. Hanya mereka yang memiliki modal sahaja yang akan dapat mempergunakan peluang itu.

Bagitu juga dalam hal Dasar Ekonomi Baru ini. DEB ini telah menobatkan bahawa setiap Bumiputera di Malaysia berhak untuk memiliki 30% ekuiti ekonomi negara. Ini dongeng. Ini juga statistik. Mak Jah dari Felda Taib Andak yang memohon untuk mendapat projek membuat Istana Negara yang berharga 400 juta ringgit itu tidak akan mendapat melawan Maya Maju Sdn.Bhd. Mak Jah dan syarikat Maya Maju ini sama , mereka berstatus Bumiputera. Tetapi hakikatnya adalah berlainan. Ada hukum-hukum dan syarat-syarat lain yang TIDAK bertulis. Bumiputera ini hanya satu dongeng sama seperti statistik. Ianya tidak memiliki apa-apa makna yang hakiki.

Heboh-heboh statistik baru-baru ini bertujuan untuk mengolah persetujuan rakyat terutama Bumiputera untuk terus menyokong DEB. Dan terus menyokong gerombolan United Malays National Organisation. Amat jelas dari heboh-heboh ini ada dua pembohongan. Bohong pertama statistik. Bohong kedua ialah Bumiputera. Dua pembohongan ikat berikat.

Saya sedar ramai yang terpengaruh dengan pembohongan ini. Di sini saya ingin menerangkan terutama yang menganggap diri mereka Bumiputera. Saya harap mereka sedar bahawa konsep Bumiputera itu tidak ada apa-apa makna. Konsep ini juga sama dengan peratus statistik pencapaian ekuiti ekonomi Bumiputera - kedua-dua hanyalah ‘dondang sayang’ yang kedengaran tetapi tidak dapat dimasukkan ke dalam saku.

Selama 30 tahun ini bunyi perkataan Bumiputera telah dijadikan kempen oleh gerombolan United Malays National Organisation untuk mengumpul sokongan terutama dari orang Melayu. Rasa saya, manusia Bumiputera ini telah lama berdongeng bukan kerana ganja tetapi kerana mendengar bunyi dan statistik Bumiputera. Masanya telah sampai untuk kita bangun dari terus berdongeng dan berkhayal. Sila lihat disekeliling dan perhatikan apa yang sedang berlaku.

Ini bukan labun atau kempen politik kosong agar saya mendapat menjadi YB. Kalau tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila pergi lawat Kampung Chubadak dekat Sentul di mana tanah yang di teroka oleh Bumiputera berpuluh-puluh tahun dahulu akan dirampas oleh pemaju… opps saya tidak jelas pemaju jenis mana – mungkin Bumiputera atau mungkin dari Nigeria atau mungkin dari gerombolan United Malays National Organisation yang buat ‘joint venture’ dengan gerombolan Malaysian Chinese Association.

Atau sila pergi ke Kampung Berembang di belakang Jalan Ampang – tidak jauh dari KLCC opps…maaf kerana nama ini nama Mat Saleh. Lihat di mana rumah-rumah Bumiputera telah dibumikan. Atau ke Plentong di Johor Bahru. Lihat bumiputera anak beranak ini sedang tidur di atas bumi. Ini bukan statistik. Ini adalah manusia hidup yang boleh kita pegang dan lawan bercakap. Mereka inilah yang tidak termasuk dalam kajian dari pakar-pakar statistik yang asli mahupun dari pakar-pakar statistik ‘cap ayam’.(tt)




TIDAK TEPAT PADA MASANYA -melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan desakan MCA untuk memansuhkan pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam sebagai cadangan yang tidak tepat pada masanya.

Pengerusinya, Datuk Reezal Merican Naina Merican menegaskan, tidak wujud keperluan yang sangat mendesak agar perkara-perkara asas seperti itu dibincangkan dalam waktu terdekat.

kah kah kah…. mestilah tak tepat pada masanya…. munkee ni baru jadi penyamun kecil…. kah kah kah… munkee ni nak masa lebih lama keran nak rembat duit KWSP…kah kah kah…

pelik nama munkee ni…. tak macam nama melayu…. tak macam nama bumiputera…. mamak kot…. kah kah kah….MAMAK ? …. mamak lah yang selalu buat kacau…. bukan melayu pun…. suka api-api melayu lawan cina… ini perangai KITUL dalam SEJARAH MELAYU…. cisss…. mamak kamu menyamar naik tongkang datang ke tanah melayu…. Menyamar nak jadi melayu ….kah kah kah…….



PM, TPM HADIRI RUMAH TERBUKA BNBBC - melayau

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di DEWAN BANKUET, bangunan Parlimen di sini.

kah kah kah…. BNBBC ni apa?.... kah kah kah…. ini bahasa apa?.....kah kah kah…. kenapa dewan bahasa dan petaka tak nak dakwa?.... kah kah kah…

macam mana terjadi kelab penyokong kerajaan barisan nasional jadi BNBBC …. kah kah kah… patutnya njadi KPKBN… kah kah kah…. woit dewan bahasa dan petaka bila nak saman…. kah kah kah…

dewan BANKUET…. BANKUET???…. kah kah kah… terguling guling dan terbahak-bahak …. kah kah kah…

nak tanya sikit … UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION ini bahasa apa?....kah kah kah… bahasa melayu ke?.... kah kah kah….



BERITA PALSU LAGI - PENDUDUK RESAH HARGA BARANG DI MELAKA TINGGI - melayau

MELAKA 29 Okt. Para pengguna di bandar ini kecewa dengan harga kebanyakan barangan di pasar raya besar di negeri ini yang masih kekal tinggi walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak tiga kali.

Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Malaysia di sini berpendapat, sewajarnya pengumuman harga minyak baru perlu disusuli dengan pengurangan harga barang terutamanya keperluan harian.

Menurut mereka, ini kerana semasa harga minyak dinaikkan pada Jun lalu, ramai peniaga dan pengusaha menjadikannya sebagai alasan untuk menaikkan harga barangan tetapi tidak menurunkannya semula ketika harga minyak turun.


kah kah kah…. ini mesti berita palsu lagi…. berita ini nak burukan mat mongol…. kah kah kah….

macam mana berita ini keluar…. ini mesti fitnah dan tohmah dari blogger… kah kah kah… mat mongol dah kata : EKONOMI MALAYSIA MANTAP, TAK ADA KRISIS….kah kah kah…

siapa punya kerja ni…. siapa buat fitnah ni?.... kah kah kah…. woit ni mesti saiful yang buat cerita…. kah kah kah…. saiful marah tak dapat scholarship….. kah kah kah